Jangan bagi abah marah..!

Saturday, July 11, 2015 PCL 7 Comments

Hari pertama bukak puasa di rumah , Nina dah plan dengan kawan-kawan lama sekolahnya iftar di luar ; kita ni sebenarnya tak apa..bukan kisah tapi lebih kepada mengembirakan anak dan kawannya, diorang dah lama rancang...kita ni malas nak spoilkan plan ; harapan yang baik-baik saja. Tiidak mahu sangat mengongkong ...kita dulu pernah jadi remaja ; nak mintak keluar dengan kawan sesekali pon jenuh mak nak bagi..bertapa perasaan kita masa tu...


Cuma berkali kita pesan, mama dia pesan jugak..."jangan buat sesuatu yang di luar jangkaan". Nak iftar buat cara iftar, jumpa kawan lama...siap tu terus balik. Budak sekarang tak boleh nak 'cenging' sangat . Hanya perlu bertegas, biar rasa hormat sentiasa ada dari pada rasa takut melampau..

Pengalaman kita dulu, kalau takut kepada seseorang kita mesti ada plan nak elak dan sembunyikan dari pengetahuan orang itu. So, garang sampai anak-anak takut nak bersuara itu bukan cara mendidik terbaik. Rasa hormat dan ikhlas itu sebenannya dapat membentuk peribadi sampai mereka dewasa.

Abah garang?
Mama garang?
Abah dan mama garang?
Dedua biasa saja..?
kalau tanyakan kepada anak-anak pcl, entah macam mana lah jawapan depa...

Tapi mamaD selalu kata dan warning anak-anak "jangan bagi abah marah..."
Aku harap aku akan kekal bertegas dan sporting dalam banyak perkara...insyaAllah untuk sebuah keluarga yang harmoni.

7 comments:

  1. Mama PC tegas..Babah PC lebih bertoleransi..tapi bila sekali Babah bersuara..dan terkadang pandang PC je pun dah cukup menghantar isyarat..tapi alhamdulillah bila tegas + toleransi=respect bukan hormat sebab takut..

    ReplyDelete
  2. Cik akak dulu takut ibu je..kiki

    ReplyDelete
  3. betul tu, jgn garang sgt sampai anak takut nak cerita apa pun. macam tu lagi bahaya

    ReplyDelete
  4. Ada kes sorang ni, ayah dia terlalu garang sampaikan hubungan anak dan ayah jadi renggang. Tegas tak bermaksud kena marah dan garang.

    ReplyDelete
  5. mata anak2 pcl sebijik macam mata pcl...apapun klu KG tanya anak2 KG "mama garang kah?" mereka jawab "TIDAK.." tp di sekolah depan kawan2 mereka sebarkan yg mama dorang ni garang...tsk..tsk...tskk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul KG garang la tu..atau dorang punya trick xnk bg kawan dtg beraya rumah..ahaha.

      Delete
  6. dulu yoorin tak pernah terpikir nak berbuka puasa kat luar dengan kawan2..tp laa ni adik2..amboiii asyik buka puasa kat luar je..padahal masih sekolah..sungguh laa.dulu tak reti sangat nak keluar2..tak berani 1 hal..takut juga mak tak bagi

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.