Ke Seri Kembangan Cari Tom Yam Sedap..

Monday, July 13, 2015 PCL 7 Comments

Tak sangka pulak si +Jueliza Jamani boleh cam tempat kami bersantai iftar semalam..
Pcl dengan mamaD jejauh cari tempat makan semata nak penuhi keinginan anak dara kami si Hanis Umairah yang suka sangat tom yam kat situ. Setiap hari dok sebut nak makan situ.. Nina dan mamaD pon dah macam terpaut ..emm tak boleh lupa kot. Kuah tom yam Original Thailand agaknya..kalau tengok kepada peniaga tu memang orang Siam betul; Muslim...Aku pernah terserempak dengan taukeh kat surau dalam mall tu. terlebih yakin kot makanan depa jual Halalan.


Ok kat mana?  tau kan South City Mall, Seri Kembangan... haa dalam tu ada kios berdekatan mesin atm cimb . Sedap tara mana tom yam? ..entah..boleh la kot tak dapat cari kat area Banting, tu pasal lepas sampai ke sana..


Bila duduk santai sambil menunggu waktu sambil borak family, Nina kata muka abah ni garang! , kawan-kawan akak tengok pon takut...haha. Serius memang boleh buat muka gempaq bebudak tu nanti...grrr !!
mai la rumah beraya kalo berani..!

MamaD pulak memang cool orangnya, payah nak cari orang se-cool mamaD.., tapi dengan anak-anak cukup bertegas, nak keluar rumah dengan kawan bukan senang nak lepas..banyak kena interview. Nina dah faham...tu pasal sesekali nak keluar jenuh fikir nak bagi alasan yang betul-betul bernas. Nak jaga dua orang anak dara..tugas berat, rasanya anak lelaki pon sama tapi kerisauan tentunya kepada anak-anak gadis.


Sekarang ada dedua gadis kat rumah aku, tak sabar nak beraya kat kampung maktok kat Sg Petani..tapi kampung belah Opah depa kurang sikit..biasalah sebelah aku , ramai Lelaki..dengan pakcik-pakcik depa segan..hhu..biarlah nanti sampai masa depa akan mesra jugak. kan ?

ini dia menu yang dah selesai tu.. alhamdulillah anak-anak puas hati.


7 comments:

  1. alahahaiii jauh nyer nak pegi cari tomyam sedap dari cheras nie..tapi kalau sekali terpegi sana harus singgah ni!

    ReplyDelete
  2. Kalau sedap puas hati..bila bila boleh datang lagi..

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa tomyam. Hehhe.

    ReplyDelete
  4. singgah blogwalking..salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. saya pun kalau dengan anak2 tegas..tapi saya suka berlagak tenang..heheh..zaman sekarang bukan senang nak jaga ank..

    ReplyDelete
  6. Haji teringat ada orang tua bagitau mcm ni : jaga budak lelaki masa kecil lebih sukar dari jaga budak perempuan.
    Tapi masa dah remaja, jaga budak perempuan lebih sukar dari jaga budak lelaki.
    Mungkin kerisauannya lebih kot macam tuan nazlee kata.
    Sekian ulasan haji.
    .
    .

    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Cik. Tq

    ReplyDelete
  7. Alahai sedapnye.. jemput singgan blog, dah hampir 2 tahun tak berblogging ni. Hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.