Mata memang cemburu dengan aku.

Saturday, July 11, 2015 PCL 4 Comments

Salam pagi Sabtu...

Sudah masuk 24 Ramadhan hari ni, Rabu nak mai ni aku dah start cuti raya, cadangnya nak gerak balik kampung seawal subuh...sahur di perjalanan. Singgah rumah mak, insyaAllah beraya di Perak dulu tahun ni. Raya kedua terus kat Kedah pulak.

Semalam lepas iftar kat Putrajaya, bergegas ke Damansara jemput anak sulung kami, Nina ..dia cuti dah, ambik cuti awal kalau ikutkan kelas ada lagi pada Isnin dan Selasa. Hanis suka sangat bila kakanya balik sesekali..kesiannya dia. takda geng. Dari Marina Putrajaya ke Damansara, lepas maghrib dan iftar memang tak best driving..mata mengantuk sangat..nak belasah kopi o kaw masa iftar tadi tak sempat pulak...gagahkan juga memandu ke Damansara. Mencabarnya laa hai, kesian mamaD co-pilot memerhati...macam biasa sesekali kena tampaq peha..terus segar mata tapi tak lama..Aku yakin mata tak akan terlena... boleh sampai...alhamdulillah, sampai jugak.

Tak sabar nak cari air minum, dahaga sangat macam siang hari berpuasa padahal baru beberpa jam lepas makan minum. Nina ajak pi Damansara Uptown, ada benda nak beli. Pekena air botol beli kat dalam uptown tu baru boleh ikut diorang jalan-jalan, kalau tak kaki aku ni nak melangkah pon tak mermaya.

Malam tu tak berterawih berjemaah lah di masjid, janji balik tak kira pukul berapa nak kena buat jugak..itu kemestian. Lama jugak round dalam tu cari barang...hemm tak ada yang berkenan di hati memasing, last balik dengan tangan kosong...adatlah kot , nak jamu mata depa tapi mata aku yang makin kecik.

"abah tu kalau ngadap henfon, laptop..ok pulak mata dia, bawak kerta dah macam kena badi mayat..mata nak pejam selalu!" ...ayat sama, lebih kurang sama ...rimas hati dia nengok aku selalu macam tu. Dulu mata tahan jugak..driving long distance tak jadi hal...yes ! faktor usia...dan aku bukan perokok, kalau ngantuk mata boleh sit dua tiga pam segar mata ! tak aku tak merokok.


Singgah lagi kat restoran mamak, kali ni oder Radix panas untuk orang mengantuk, anak-anak oder french fries kongsi makan kami berempat, lepak sembang anak beranak bagi hilang penat jalan-jalan tadi. jam dah pukul lebih 1 pagi,  nak gerak ke Banting ambik masa sejam lebih...mama suruh aku tapaw kopi o kaw buat bekal dalam perjalanan nanti. Serius ! aku patut ada pengganti driver.. Nina cuti panjang nanti boleh suruh ambik test driving, buat lesen...aku dan mama berangan boleh lepak kat belakang jadi tuan..

Damansara ke Banting ikut jalan hiway Plus, sedap memandu tengah malam..mamaD mata dah layu semakin kuyu, nina hanis boleh layan gelak lagi mungkin banyak topik sembang sebab jarang berjumpa.
Lepas tol Saujana Putra, mata dah mula ngantuk...kopi pon tak boleh. Kali ni memang tak yakin nak teruskan...so, park kereta tepi jalan untuk layan mata, boleh sejam aku lena sampai ternganga mulut kata mamaD. Puas tak puas tapi hilang la rasa seksa menahan ngantuk.

Alang-alang dah lewat, jam masa tu pukul 2 lebih..kami terus plan makan sahur di kedai, elok-elosk sampai kedai makan kat area Kancung Darat yang berderet setiap malam memang bukak kedai dan meriah suasana.
Hanis dan nina oder char koew teow, teh o ais. MamaD oder nasi goreng pattaya dgn air suam. Aku..share dengan mamaD. perut dah banyak air..memang makan tak lalu dah.

Jam 4 baru kat rumah..., anak-anak mata masih segar. Siap menerai baju raya..walau tak beli tadi tapi bila kakak nina ada, hanis jadi excited.. Aku dan mamaD jadi juri fesyen masa tu ...kat rumah memang mata aku steady sambil tengok henfon..haha, betul la apa kata mamaD..aku dengan gajet memang tak boleh terpisah lama. Whatsapp beribu noti, instagram lagi..blog lagi..skrol laju sepintas lalu. Sempat melayan gelagat anak-anak dengan fesyen "boyfriend shirt" ...haha baju aku lah jadi mangsa. Aku lah boyfriend kepada nina dan hanis. Baju kemeja aku yang baru beli dan yang lama semua dikeluarkan dari almari...nak test metching, Nina memang ngam sesuai bila kenakan kemeja fit aku. Fesyen dari insta lah kot agaknya...

"Ambik je la mana berkenan kemeja abah tu..nanti abah boleh beli baru" ...suka la Nina, dan hanis sikit jeles terasa, tak sesuai pulak sebab dia kurus sangat.. "adik nak jugak...nati nak beli , nak beli.."

Okay..janji nak solat terawih tadi, aku masuk bilik dan buat sekadar mampu...mamaD ikut sekali.
Mata memang cemburu dengan aku..sesekali tersentap macam nak rebah sebab terlena dalam berdiri..haha ;

Astaghfirullhal'azim, A'auzubillahiminasSyaitanirrajimm !!



4 comments:

  1. Mengantuk satu lumrah dan gejala yang sememangnya tidak boleh bertoleransi..dapat lelap sekejap pun jaaaadilah..bagi fresh sikit urat urat kornea tu..

    ReplyDelete
  2. bahaya kalau mengantuk memandu PCL next time kena ada co-pilot nie..ehehe..

    ReplyDelete
  3. wahhh packnya jadual.. sbb tu lah penat

    ReplyDelete
  4. Penuh jadualnya uncle.....alhamdulillah selamat sampai

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.