OPPO Smartphone R7 Plus & R7 Lite kini di pasaran Malaysia.

Wednesday, July 08, 2015 PCL 10 Comments


OPPO R7 Series - Pelancaran di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur pada 07 Julai 2015


OPPO Smartphone model terkini sudah memasuki pasaran Malaysia, Ramai penggemar ternanti-nantikan kehebatan model terbaru keluaran oppo yang semakin meyakinkan.

Majlis Pelancaran yang bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur petang semalam menyaksikan dua buah model oppo terkini iaitu R7 Series .



Pihak Media dan juga sebahagia dari Bloggers di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang membuat review model Oppo Smarphone terbaru. R7 Series diperkenalkan, ianya tampak lebih meyakinkan dengan spesifikasi berkualiti tinggi. Terdapat 2 model ; R7 Lite dan R7 Plus

OPPO Smartphone : R7 Lite 


OPPO smartphone R7 Lite ini berharga RM1,298 termasuk GST

OPPO Smartphone : R7 Plus 


OPPO smartphone R7 Plus ini berharga RM1,998 termasuk GST

Kedua-dua model mempunyai persamaan spesifikasi iaitu resolusi pada kamera hadapan (13 megapixel) dan belakang (8 megapixel). Ia mampu memeri kepuasan kepada pengguna yang gemar merakam gambar dengan menggunakan telefon pintar. Lain-lain spesifikasi boleh dirujuk pada jadual di bawah ;

kredit blog Lan Careno


Selain dari reka bentuk yang sangat menarik , R7 Series menampilkan kelebihan dari segi penggunaan cas bateri 'VOOC Flash Charge' yang sistematik dan terkini mampu membuat pemiliknya berbangga.  Vooc Flash Charge berfungsi dengan mempercepatkan tempoh caj ; dalam masa 5 mini tempoh mengecas, pengguna boleh mendapat kuasa bateri selama 2 jam penggunaan untuk perbualan telefon. Memang R7 Series begitu sesuai kepada mereka yang sangat memerlukan telefon pintar yang sentiasa 'bernyawa'.

Untuk rujukan lebih terperinci boleh klik link berikut:
Web : www.oppo.com/my
Facebook :  OPPO Malaysia .


Gambar-gambar sekitar pelancaran di Shangri-La Kuala Lumpur

Orang kuat -  OPPO Malaysia

 Media dan para tetamu Majlis Pelancaran memenuhi ruang bahagian pendaftaran

Orang kuat - Kelab Blogger Ben Ashaari

santai-santai tetamu sebelum pelancaran

Pelancaran bermula sekitar jam 5 pm 07 Julai 2015



R7 Series Media testing product  ;


Group Photo : Kelab Blogger Ben Ashaari (sebahagian yang sempat bergambar)
Berdiri dari kiri : Mas, Sue, Ollie(oppo) , Nina mirza, (Ben), YayaCendana dan Zarin
Duduk depan dari kiri : Pcl, Azwar dan Razi

kredit blog Nina Mirza


10 comments:

  1. macam tau tau je tengah riki-riki tepon baru ni.. hihihihi bole pertimbangkan la oppo ni ^_^

    ReplyDelete
  2. Teruja tengok phone nie kat blog bro Ben... Persaingan makin sengit antara Samsung nampaknya...

    ReplyDelete
  3. cantik la design yg ni... menggoda je oppo ni..hihi..terase nk satuu..kih3

    ReplyDelete
  4. gerammmm tengok Oppo ni ...hehe

    ReplyDelete
  5. Hermmmm..beli lah satu untuk hilang mengidam tu...hahahahah

    ReplyDelete
  6. Cantikla oppo ni. Macam nak try... Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  7. mula-mula keluar Oppo, ingatkan produk orang jawa. Oppo iki!!!

    ReplyDelete
  8. Apalagi..kena sambarlah satu..hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.