Penah terlelap semasa memandu ? Bahaya Microsleep !

Tuesday, July 14, 2015 PCL 14 Comments

Microsleep punca kebanyakan berlakunya kemalangan jalan raya

Ramai orang bercakap tentang microsleep, aku selalu guna istilah kekampungan jer.. NGANTUK yang tak terkawal bila pemanduan jarak jauh. Itu yang aku faham.

Mengantuk adalah suatu tabiaat yang sukar dibendung, selalu mengantuk semasa memandu itu makin menjadi-jadi disebabkan faktor umur kebanyakan orang..hurmm.

Hari ni last day kerja, kalau boleh nak balik kampung cecepat, aku bukan apa..risau dalam perjalanan berkereta nanti masalah kemenagantukan sukar di atasi. Pagi tadi sempat baca perkongsian di grup whatsapp, tentang "Microsleep, Ingatan untuk yang memandu pulang berhari raya"

Sedikit info microsleep dari sumber tersebut :

Microsleep secara mudahnya didifinasikan sebagai tidur yang singkat yang tidak berlaku secara sengaja dan tidak dapat dikawal oleh minda. Microsleep boleh berlaku samada ketika pemandu memandu dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja.

Individu yang kepenatan dan mengantuk tetap masih mahu meneruskan pemanduan. Kerap berlaku dalam pemanduan di jalan raya yang lurus seperti di lebuh raya. Microsleep memyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tetiba. Pentingnya rehat dan tidur sekejap di kawasan tertentu bagi memulihkan keadaan dari microsleep. Pemandu boleh melakukan kaedah 'power napping' sebagai saranan oleh Doktor Muhamad, HKL (sumber artikal tentang microsleep)

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).


>>Bukan nak iklan..tapi ni ayaq tin yang sedap boleh mata tahan ngantuk masa drive long distance..oyehh !

Sikap Pemandu

Tentang sikap pemandu yang 'degil' ni yang aku selalu kena leter..haha, masa menaip ni memang la sikit insaf, tapi kalau boleh insaf terus la..kita ni nak cepat, malas nak berhenti sebenaqnya , kalau boleh 4 jam sampai Kedah... Apa pon, sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan diri dan keluarga yang menumpang kita.

Semoga selamat sampai ke destinasi



14 comments:

  1. sy penah sekali, tp mujur sempat tersedar..kalo lewat sesaat mungkin akan rempuh devider jln huhu

    ReplyDelete
  2. Hati2 memandu balik kampung beraya pcl

    ReplyDelete
  3. Bahaya microsleep ni. Sebab tu aklau memandu kena ada orang yang teman berbual

    ReplyDelete
  4. selalu sgt dah terlelap time drive..time blik dr kampung nk g tmpt keje blik..(mood nak kmbali bekerja xdek sebenarnyeeee)

    ReplyDelete
  5. bahaya.. cik en minum air lemuju untuk segar.. ahahhaha

    ReplyDelete
  6. elok kalau ada second driver

    ReplyDelete
  7. pegi keja hari2 pun microsleep jugak

    ReplyDelete
  8. selamat pulang ke kampung PCL..sampaikan salam PC pada mamaD dan anak anak..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah masih dipanjangkan lagi usia..

    ReplyDelete
  10. pernah sekali drive sabil mengantuk , layan.... eksiden langgar tiang signboard , signboard hancur.. dah la kereta mak mertua... huhuhu...
    skrg nak drive jauh minum cinch tea je ( bukan nak iklan , nak bagitahu je..)

    ReplyDelete
  11. Info yang menarik dan berguna mengenai sebab-sebab kemalangan jalan raya yang boleh dielakkan. Sebaik-baiknya, untuk mengelak daripada mengantuk semasa memandu, kita pastikan yang tidur dan rehat kita cukup sehari sebelum perjalanan. Selain itu, cuba rancang masa perjalanan agar kita tidak terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang boleh mengganggu masa perjalanan kita.

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang amat baik sekali..
    AM juga pernah beberapa kali mengalami situasi begini..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.