PERCUTIAN DI LANGKAWI LAGOON RESORT
Langkawi Lagoon - Private Residence
Percutian 3 hari 2 malam kami di bumi Pulau Lagenda Mahsuri memang mengujakan kerana sudah lebih 15 tahun tidak jejakkan kaki ke sini. Adat lah bagi orang tempatan yang berhampiran tempat selalunya tidak begitu menarik perhatiannya untuk datang melawat. Setelah sampai melalui perjalanan feri dari Kuala Perlis, PCL nampak banyak sangat perubahan infrastruktur berlaku, Malaysia negara maju dan Langkawi begitu pesat membangun.Langkawi Lagoon Resort, sebuah perhentian yang selesa di mana lokasi hanya 11.3 km dari pusat bandar dan 4.1 km dari lapangan terbang, Hotel bertaraf 4 bintang yang selesa dan mendamaikan suasana ini menarik banyak pelancong asing kebanyakannya pelancong dari negara timur tengah.
2 malam kami di sini hanya ternampak kelibat orang Arab sesaja. Kenapa Orang Arab? , pcl tak pasti, mungkin juga tarikan mereka lebih ke sini kerana terdapatnya menu-menu makanan kegemaran tersedia. Dengan lokasi yang strategik, hotel ini memberikan akses mudah ke destinasi di bandar ini yang mesti dilawati pelancong. Tengok kat bawah ni, pihak berkenaan menyediakan perkhidmatan dengan papan tanda bertulis dalam bahasa Arab lagi.. welcome sangat kepada warga pelancong dari kalangan mereka yang banyak menyumbang pendapatan kepada hotel.
PCL datang sekeluarga (mamaD, Nina dan Hanis), kami menginap di Bilik Sea Village Deluxe Studio Suite, Langkawi Lagoon - Private Resident.
Hari pertama kami datang tu, cuaca lembab dengan hujan renyai-renyai. tak best nak mandi manda pantai atau kat kolam dengan view yang cantik tu.., kami plan bershopping lagi best kot !
Lepas saja check-in bilik, bersihkan badan dan solat, terus kami ke Pantai Cenang, lokasinya tak jauh cuma 10 minit berkereta (8 km). Kami sentiasa teringatkan Pantai Cenang yang indah memang tak asing namanya bagi kami, dulu aku pernah ke sini dan kali ini juga ke sini tempatnya yang disinggahi. Shopping time sampai ke malam ! lenguh kaki belakang cerita, ubat gamat dan segala minyak angin sudah dibeli, semuanya hasil tempatan langakawi. Hari pertama ni kena membeli belah dan hari seterusnya cuma nak jalan-jalan cuci mata di sekeliling Langkawi.
Pcl sempat buat entri-entri santai semasa kami jalan-jalan di Langkawi, korang boleh baca (klik) pada pautan berkenaan ; best sesekali melawat Langkawi memang tak cukup masa 3 hari 2 malam tau !
- # Langkawi Eagle Square - Dataran Lang
- # Background view :Ombak Villa Langkawi Lagoon Resort Langkawi
- # SkyCab Rates ; Langkawi Cable Car
- # Telaga Tujuh, Langkawi, Telaga Harbour Park, Pantai Kok
- # Jom Mai Langkawi !
- # Cenang Langkawi Steamboat moving truck
Terima kasih #KelabBloggerBenAshaari dan Langkawi Lagoon Resort - Private Residence.
Langkawi Lagoon Resort - Private Residence ;
Untuk tempahan bilik hotel boleh layarai web ini : http://langkawiresidency.com/
@ hubungi talian 013-6409111
Lokasi - 3 km dari Langkawi International Airport (LIA) dan 21 km dari Jetty Point Kuah (30 minit berkereta)
atau terus ke alamat berikut :
Langkawi Lagoon Private Residence
78, Jalan Kuala Muda,Kampung Padang Masirat,
07100 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel: 013 640 9111
Bestnya... next trip nak stay sini
ReplyDeleteBestnya... tkpnah pi lngkawi ag
ReplyDeleteDah lama tak ke langkawi... cantiknya bilik hotel tu... pcl borong apa je tu? Hee.. :D
ReplyDeleteWah.. beraya kat langkawi. Nampak selesa tepat menginap ni pcl..
ReplyDeletetempat memang best dah 2 kali menginap di sini..
ReplyDeleterasa org Arab suka sini sebab depa ada private beach..
jadi depa boleh bercanda di tepian pantai tanpa ramai org :)
cuba tak makanan arab di restoran sebelah hotel?
boleh try lah stay sini kalau pi langkawi..
ReplyDeletemenarik,next time boleh cuba kat sini pulak..
ReplyDeleteBestnye..teringin nk g langkawi tp blum ade pluang lg..huhu
ReplyDeleteBestnya dan tempat menginap yang menarik. Boleh la menginap disini pula bila bercuti di Langkawi nanti.
ReplyDeletelangkawi.. tiap tahun pegi sini... ^_^
ReplyDeleteCantiknya view dia..teringin nak stay sini..in sha allah ada masa bole pergi ni
ReplyDeleteDua tahun sekali Sal mesti dtg Langkawi...hehehe..best sangat kat sana...laksa pun terbaik !!
ReplyDeletesesekali pi Langkawi memang best...
ReplyDeleteCantiknya resort ni! Tetiba tringin plak nak pi langkawi...
ReplyDeleteLawa sungguh hotel ni...tergugat tgk...
ReplyDeletetak sabarnya nak gi langkawi bulan 10 ni,tak pernah sampai lagi huuuhuu
ReplyDeletemenarik.... boleh la pergi sini bila nak kelangkawi nanti.
ReplyDeletebestnyaa pcl :D
ReplyDeleteNak g jugakkk!! Memang cantik tempat ni kan??
ReplyDeletebestnye pcl !
ReplyDeletelast pegi langkawi masa ada anak no.2 huhuhu..tp nampak cantik tempat ni
ReplyDeleteKne tunggu anak besar baru boleh g jalan2 jauh sikit. Nk shopping bawa baby mmg xbest la
ReplyDeletedah lama tak pi langkawi.. mesti banyak perubahan pembangunang..
ReplyDeleteWah bestnyer bercuti..
ReplyDeleteBanyak moment dgn arwah apak kat langkawi T.T
ReplyDelete