Pilihan di hatimu wahai Lelaki !

Friday, July 31, 2015 PCL 9 Comments

Isteri solehah dambaan para suami 


Encik Y berasal dari Perlis berusia sekitar 40an, telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis yang 15 tahun lebih muda darinya. "kami mendirikan rumahtangga atas dasar suka sama suka, dia seorang gadis yang luas pergaulan sosialnya, ramai teman dan kenalan lelaki juga wanita tapi saya tak peduli dengan gelagatnya kerana saya percaya dia memang benar-benar cintakan saya."

Menurut Encik Y, di awal perkahwinan dia berkeyakinan akan dapat membentuk isterinya menjadi seorang suri rumahtangga dan ibu kepada anak-anaknya nanti. Malangnya segala cita-cita Encik Y tidak pernah tercapai. Isterinya tetap dengan sikap lamanya, suka besosial sampai lupa diri dan tanggungjawab sebagai isteri orang. Berfoya dan bersosial tak mengira masa.

Encik Y menjelaskan yang dia tidak boleh tahan lagi dengan sikap isterinya yang tak mahu dengar cakap dan sikap kurang dewasa isterinya itu. Walaupun Encik Y cuba mempertahankan rumahtangganya, dek kerana sikap isterinya yang tidak mahu dikongkong, dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dengan isterinya. "Rumahtangga kami hanya sempat bertahan tidak sampai setahun, akhirnya saya ceraikan dia dengan talak satu"

Pilihan di hatimu wahai Lelaki
"ok..dapat dah" ..entah apa yang dibualkan mamaD  ~ gambar sekadar hiasan

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ. “ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

heeemmm...tarik nafas sikit dan lepaskan, bukan mudah ye seperti apa kita impikan sebelumya untuk mengecap kebahagiaa dalam kehidupan berumahtangga. Syukur Alhamdulillah bagi keluarga kita dan kawan-kawan kita yang sentiasa dilindungi dengan rahmat Allah swt. Tahniah !. Kita tengok pon suka apa lagi kalau kita yang merasakannya.

Itulah kisahnya (Encik Y), kita ambil tauladan darinya...nak mencari anak dara orang untuk dijadikan isteri. Isteri solehah dambaan para suami. Solehkah kita?. Kita (bakal suami) kena persiapkan sebaik mungkin ilmu di dada. Jika jodoh kita itu tidak 'membebankan' alhamdulillah dan jika sebaliknya...usaha keras dan taggung jawab kita untuk memimpin ke arah yang terbaik semampu kita. Ujian untuk kita semoga ada hikmahnya..teruskan bersyukur atas nikmatNya sambil kita berusaha memperbaiki kelemahan kita.

Mampukah kita?
kalau mampu boleh la cari gadis-gadis yang cantik dan suka bersosial di luar sana.. Kita boleh membawa jalan kebaikan kepada pilihan kita tu kelak. Kalu tak mampu... usahakan temui jodoh di kalangan gadis dan wanita yang berbaju longgar dan hijabnya lebar. Pilihan di hatimu wahai Lelaki !

Entri lain berkenaan :
Jun 16, 2015
Sebagai isteri, anda suka tidak kalau dia (suami / bakal suami anda) sering bersama rakannya selepas waktu bekerja dan pulang lewat ke rumah atau selalu menghabiskan banyak masa dengan 'orang luar' berbanding ...

Jul 09, 2015
Relanya itu diteruskan kerana beranggapan suaminya itu adalah suami yang wajib dihormati dan dipatuhi. Dan hati yang tidak merelakan itu hanya tinggal di dalam dirinya yang semakin hari memakan dirinya. Pernahkah ...

9 comments:

  1. Lelaki..bakal suami..calon imam yang pasti..cukup walau hanya boleh dimakmumkan anak anak dan isteri..wanita..bakal isteri..jadilah bidadari di dunia untuk suami walau disyurga belum pasti..pendekkan langkah..in sya Allah bahagia bersama..

    ReplyDelete
  2. manis senyuman mamaD.. :)

    ReplyDelete
  3. mama D kerlaass gitewww .
    pasal en Y. mungkin ada jugak salah en Y dalam mendidik isteri. si isteri pon kena la paham bila dah berumah tangga. takkan nak hidup mcm bujang lagi . ecececeh . bajet2 da kawen pulak leyla ni

    ReplyDelete
  4. Lelaki kan ada 9 akal..manfaatkan sebaiknya

    ReplyDelete
  5. kalau si suami dah mencuba..tapi tak berhasil nak buat macam mana kan

    ReplyDelete
  6. Takot nak kawen.. Seriously..

    ReplyDelete
  7. Model handphone dengan spek hitam kat atas tu..MamaD ke?..
    wow nampak muda....share siket petua

    ReplyDelete
  8. Macam2 dugaan yg datang dgn pelbagai jenis bentuk dugaan

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.