Di Laman Kayangan Shah Alam

Thursday, August 06, 2015 PCL 5 Comments

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya oleh Kumpulan Segi Seri Sdn. Bhd. 


Okay, makan lagi selagi boleh kita tunaikan jemputan rakan-rakan.., kali ni di Laman Kayangan Shah Alam waktu lunch . Orang  yang bekerja makan gaji terikat dengan jadual kerja hanya ada masa terluang pada masa-masa tertentu sahaja. Bergegas ke Shah Alam dari Banting sambil tu ada kerja luar di sekitar sana .
jemputan blogger

Terima kasih Akuzle Ayu, jemputan anda mewakili Segi Seri Group menemukan aku bersama Acikayep dengan blogger hebat Acul dan Shakiddo. Borak sambil menikmati juadah raya hidangan terbaik. Dapatlah sedikit info berkenaan Kumpulan Segi Seri ni. Ia merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh antaranya events venue, catering, wedding planner, restauran dan banyak lagi. [Seri Segi Group]
Sempat tanyakan diorang kat situ, "boleh ke makan durian lepas tu makan seafood dalam masa dekat-dekat?"  Boleh  makan kalau nak tapi jangan banyak la.. lebih kurang macam tu lah jawapan yang aku dengar. So tak jadi masalah..okay je sampai entri ni disiarkan hihi alhamdulillah.
gini haa !! sambil thumb-up si AcikAyep kita. Sahabat yang bawa staf ke sana sini, lepas ke JKR Shah Alam kami singgah makan di sini.
Okay.. menu last bagi aku ialah mee kari, menu ni baru je menjadi salah satu juadah rumah terbuka raya faberet aku..layan jer. Cepat makan cepat habis balik kerja semula. Layan terbaik.

#kumpulanSegiSeri #lamankayanganshahalam #segiserigroup


5 comments:

  1. Duriannn...uwaaaaa... Niat dihati nak pi tapi bagai di kata cuti raya dah lama nak ambik cuti lagi bos dok jeling2 ja.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Selamat pagi...
    Nieyl singgah sini...
    paling yang buat mata yang mengantok nie segar..
    bila nampak durian tuh..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Mee kari..sedapnya.,rezeki di aidilfitri..bukan saja dapat menjamu selera malah dapat juga luaskan ukhuwah..

    ReplyDelete
  4. mak aiii gambo makanan dekatnya rasa nak colek pakai jari je...hahahahah salam pakcik lee...jemput singgah contest saya: http://bitttravel.blogspot.com/2015/08/contest-for-reader-bitt-2015.html

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.