EFG tiup semangat ahlinya tingkatkan UV blog

Tuesday, August 11, 2015 PCL 18 Comments


EFG kini sedang giat meniup semangat ahlinya untuk meningkatkan UV (Unique Visitor) blog masing-masing , beberapa program sedang dilakukan dalam kumpulan yang telah ditetapkan . Konsep dalam kumpulan di mana di dalamnya terdapat 'mentor mentee' yang saling membantu. Inilah kami di ExchangeFeedGroup, walau hakikatnya masing-masing ada komitmen tersendiri namun blog tetap dijaga dan dipantau selalu.

Sebagai Blogger, kita harus ada target dalam menentukan standard blog di mana kita mahukan. Mahukan pembaca yang setia, mahukan follower yang ramai atau mahukan komentar yang sporting! semuaya boleh kalau kita ikut strategi blogging dengan betul dan bersungguh.

EFG

Buat masa sekarang, keahlian EFG ditutup sementara (sehingga diberitahu). Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya Kenapa tidak teruskan pengabilan ahli baru? jawapan mudah.. ahli EFG yang ada perlu dimantapkan terlebih dahulu, bukan mudah untuk fokus dalam semua perkara dan bukan tugas mudah untuk menerima semua dalam suatu masa.

"Apa yang pcl difahamkan oleh tonggak EFG, kenapa tak masukkan ahli baru masa sekarang ni adalah ; 45 yang ada mesti jadi mantop dengan teknik blogging. Mereka ni semua sebagai perintis...kalau tak jadi blogger hebat pon, jadilah blogger yang berdisiplin InsyaAllah.
EFG "bukan sembang sombong" tak terima penambahan ahli, tetapi EFG berpegang pada slogan "bukan sembang kosong". Apa yang dikata akan dikotakan."  ~ EFG

Strategi Meningkatkan Unique Visitor Blog

Okay, di sini kita kongsi apa yang perlu ditekankan untuk meningkatkan UV blog, sebelum itu perlu difahamkan apa itu UV?  Unique Visitor ~ dalam bahasa adalah pengunjung unik, maksudnya dalam satu masa tertentu kehadiran pengunjung melawat blog hanya dikira dengan alamat IP dan browser yang sama. Setiap pengunjung yang berkunjung beberapa kali ke blog dalam tempoh sehari yang sama, ia hanya akan terkira sekali saja (1 unique) . Indikator ini selalu digunaka pada google analytics .

Buat entri dengan judul yang menarik ?

Menrik bagi kita tapi belum tentu pembaca lain.., jadi kita kena fikirkan sesuatu yang kreatif, kalau aku selalu ambil dari ayat perkataan yang terdapat dalam cerita entri itu sendiri. Bab judul ni susah nak grab tapi kalau dah biasa memang mudah nak tarik pembaca. Contohnya macam kita sendiri lah, nak masuk rumah orang kebiasaanya kena melalui pintu utama . Dalam blog pintu utamanya adalah Tajuk entri tu lah. Tajuk atau judul boleh dikreatifkan tapi jangan sampai pembaca tertipu pulak.

Selalu Blogwalking !

Sudah buat entri penat-penat memerah otak, jangan abaikan bab berkunjung blog rakan dengan meninggalkan kometar yang terbaik supaya boleh menarik kenalan blogger lain datang ke blog kita. Kita kena mulakan dulu, jangan selalu mengharap saja. Ada kaedah blogwalking yang efektif boleh dilakukan. Contoh macam ni aku buat ; singgah beberapa blog dalam blog list kita, ambik masa (30 minit tak sampai) komen entri terkini rakan blog list tu, kemudian klik di antara pengomen lain di situ yang belum pernah kita terjah blognya (jadikan kawan). Komen seikhlas mungkin dan kita akan nampak hasilnya.. (satu uniq visitor akan terhasil apabila dia berkunjung balas)

Bab lain banyak lagi kalau nak diikutkan, dipelajari.. Bab teknik SEO blog, kesesuaian template blog, kelajuan loading blog dan macam-macam lagi. Kita berdikit-dikit dulu memantapkan apa yang kita bole buat , yang selebihnya kita kena berguru dengan mereka yang lebih pakar dalam selok belok berkenaan.

Kenapa perlu tingkatkan Unique Visitor?

Dari suka-suka bloging telah menjadi satu pekerjaan sepenuh masa atau separuh masa, walau tak bergaji dengan sekala yang tetap pendapatannya namun ramai yang bersungguh dalam hal ini. Ada sesuatu yang menarik sebenarnya dalam blogging ini. Bukan setakat memenuhi masa tapi ia boleh sebagai sumber pendapatan sampingan. Anda usaha anda dapat! semuanya terletak atas kesungguhan pemilik blog itu sendiri. Usaha untuk blog terus maju dengan pertingkatkan jumlah pengunjung setiap hari, semakin tinggi uniq visitor semakin besar peluang blog tercapai dan efeknya pada ranking. Efeknya juga sangat bagus pada alexa rank di mana semua pelanggan blogger (pengiklanan, advetorial dan sebagainya melihat potensi untuk mereka melabur).

Perlu ada sokongan, dorongan dan kesediaan menerima juga memberi dalam konteks ukhuwah blogging. Di dalam EFG , perkara sebegini sangat-sangat ditekankan dan semua ahli memahaminya.

p/s : "You Can Be Next !" ~ masih ada ruang untuk anda yang belum jadi ahli EFG tapi bukan dalam masa tedekat ini.

18 comments:

  1. fuh...fuh....sy sedang meniup semangat ni

    ReplyDelete
  2. TQ PCL untuk entry naikkan semangat team EFG ni. Mintak-mintak lepas ni semangat semua team EFG naik, sekaligus UV naik sekaligus ..er. semua naiklah! =)

    ReplyDelete
  3. yer mentor! Saya nk tingkat UV saya ;)

    ReplyDelete
  4. PCL my Mentor tunjuk ajar ku sfu.....

    ReplyDelete
  5. idea bernas bila ada program mentor metee ni..xterfikir pun.TQ.bod efg

    ReplyDelete
  6. semangat sy sedang ditiup ni..heheheh

    ReplyDelete
  7. dah jarang bw sekarang ni..sejak laptop rosak..sakit pinggang dok kat PC..lebih suka baring2 masa bw...aci dak alasan nih..hehe..

    ReplyDelete
  8. Efg bukalah pengambilan baru...

    ReplyDelete
  9. Ukhwah umpama saudara,,sama sama saling membantu bukan membantut..hulur tangan tatkala dia tersungkur..hulur tangan bila kita telah masyhur..kekalkan kerendahan hati..in sya Allah..blog PC 57% je mesra seo PCL..hukhuk..cayok..cayok..

    ReplyDelete
  10. tersalah tiup nanti api semangat tu padam

    ReplyDelete
  11. Sama sama kita up kan blog masing2 :D

    ReplyDelete
  12. Zumal pun nak tingkatkan uv juga laa...

    ReplyDelete
  13. all the best EFGiers :)

    ReplyDelete
  14. Thanks pcl for the info!..kena semangat baru hasil tu muncul :)

    ReplyDelete
  15. Memang terbaik EFG. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  16. entri perkongsian yg bagus bro..semoga ahli EFG terus maju..

    ReplyDelete
  17. nak tingkatkan uv jugak... tq pcl!!! love EFG..

    ReplyDelete
  18. all the best EFGiers..semoga mencapai kejayaan yang cemerlang semua..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.