Jamuan Raya : Menariknya ada lepat cendol ?

Saturday, August 08, 2015 PCL 5 Comments


Jamuan Hari Raya di tempat kerja kami, Peringkat Unit kecil (unit pengurusan fasiliti) dan kontraktor perkhidmatan, nak selit jugak dalam blog ni sikit kisahnya biar sikit jangan tak ada cerita langsung.. nanti ada yang terasa hati. Jamuan raya di tempat lain ada pulak ceritanya hemm.. Mula jam 3 petang selepas solat jumaat kelmarin. Ramai yang terlibat termasuk kakitangan pembersihan dan pencucuian, langskap dan maintenance.

Majlis jamuan Raya selain dapat makan, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim yang sedia terbina; kemesraan dengan semua tu penting dalam sesebuah organisasi. tak mudah nak buat semuanya ok tapi dalam hal-hal lain ada juga percanggahan pendapat. Biasalah tu..!
Majlis jamuan hari raya ni kiranya boleh dilihat semua yang terlibat menjayakannya...nampak kesepakatan dan maufakat dan juga sikap bekerjasama.

Antara juadah yang tersedia sepert gambar di bawah.. memang lazat, kebanyakannya menu dibuat sendiri...mavles lah akak-akak yang rajin buat menu yang lazat dan terbaik !


Lepat Cendol

Ada kuih lepat, yes ..aku ingatkan memang lepat pisang tapi bila disentuh sejuk dingin.... kalau korang nak tau ini lah dia "Lepat Cendol" (gambar bawah)  ..baru pertama kali tengok dan rasa..tu pasal macam terkejut lain macam je !
jamuan raya
jamuan raya



Ada buah-buahan segar dari dusun sendiri.. almaklumlah , pejabat kita ni dalam kawasan kampung. Semua menu kebanyakanyua ala-ala kampung. Tapi memang best 'hidup merantau cari rezekei di sini' .. entah lah sampai bila? (khabarnya macam tak lama dah..huhu).

Meraikan kelahiran yang jatuh pada bulan Ogos, ada kek untuk kami-kami anak merdeka..


#SelamatHariRayaAidilFitri #AgensiAngkasaNegara #UnitPengurusanFasiliti


5 comments:

  1. Berkeroncong terus perut tengok makanan yang disediakan... menarik!

    ReplyDelete
  2. PCL..lepat cendol tu..ni pertama kali PC dengar dan tengok..mesti sedap..

    ReplyDelete
  3. lepat cendol tu macam x pernah tgok dan tau...apa rasanya PCL?

    ReplyDelete
  4. wah selamat hari lahir PCL....potong kek tu best

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.