Jangan membazir dengan kuah kacang ?

Sunday, August 09, 2015 PCL 9 Comments

Kuah kacang sedap

Kuah kacang atau kuah lebihan dari kuah sate yang kita beli tapaw selalunya berlebihan atau kuah nasi impit lebihan semasa jamuan raya itu hari yang masih elok jangan dibuang, jangan dibazirkan . Cuba buat gado-gado atau pecal.

Gado-gado

Sajian cara begini memang menyelerakan.. cukuplah beberapa hari kita menjamu selera Raya dengan makan makanan berkabo tinggi, cuba tukar sesekali dengan memakan sayuran pulak.

kuah kacang buat pecal

kuah kacang

kuah kacang

Ini gado-gado yang disediakan oleh mamaD tengahari tadi ;  mudah saja. Sotong kembang, pucuk ubi kayu, timun, telur, tauge semuanya direbus sekejap ..potong kecil dan hidang dengan kuah kacang yang digaulkan kesemuanya.

Kalau kat Banting, orang sini namakan pecal. Ada kelaianan dari segi rasa kuah kacangnya. Kalau sebelah utara kami biasa dengan nama gado-gado. Kedua-dua adalah makanan originalitinya dari nusantara Indonesia.

Sekali pandang nampak hampir sama saja sebab gado-gado dan pecal menggunakan bahan-bahan asas sayuran yang sama.

sajian terbaik hari ni di #mamaDcafe


9 comments:

  1. sedapnya pecal..mak ummul pun slalu mcm tu..lebih xbuang..buat pecal..sedap!klau buh tempe pun sedap tau pcl.potong kecil2.gorg garing..sedap sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaannnn.....!! kalau ada tempe dengan tauhu memang perfecto laahh... hehehehee... :)

      Delete
  2. Adui..dah lah tengah mengidam nak makan pecal nie..hehehe

    ReplyDelete
  3. Pecal atau gado gado ni sangat sesuai yang sedang berusaha untuk berdiet..hehe..jadi yang tidak berduet pun hangan risau kalau nak makan lebih..

    ReplyDelete
  4. Tak penah rasa pecal..sbb nmpk pelik...hehehe..tp kuah kacang mmg feveret...

    ReplyDelete
  5. lama tak makan gado gado. makanan sihat ni. harap PCL tak gado gado ya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. siapa gadoh-gadoh tak leh makan pecal lahh... :p

      cc : Papaglamz.. jangan nak #CariGadoh kat sini plak... kikikikikiii

      Delete
    2. memang la menjadi kegemaran ain menu pecal ni..
      kena pula kalau kuah kacang tu pedas-pedas sikit.. aduuuhhh...!! makin laju suapan.. tak toleh kiri kanan dah... :p

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.