Kerja mudah tapi kesannya baik sangat !

Thursday, August 20, 2015 PCL 16 Comments

Salad segar bulat lettuce atau salad iceberg memang mejadi pilihan menu setiap hari sebagai 'sayur mentah'. Salad jenis ini yang kebiasaannya kita temui berada dalam ramuan sajian Burger. Murah dan senang dapat, tak mahal harganya cuma dalam Rm2 ke Rm4 sahaja untuk sebiji saiz kepala budak. Okay, jangan serius sangat yuk.. nak ukur pon ikut saiz kepala haha kan.


Rugi kalau tak amalkan makan sayuran hijau

Bebudak la ni memang payah nak makan sayur ..entah la susah sangat: anak-anak pcl dedua orang memang tak suka sayuran ! (kadang tengok depa,  hemm...patut la lembik semacam aje..)
salad iceberg
Mereka yang senang sembelit memang elok makan banyak salad, boleh juga kurangkan kolestrol dalam badan. Lagi satu bila makan salad akan cepat terasa kenyang, berat badan boleh dikawal sebab kurangnya pegambilan kabohidrat (kenyang makan sayur/salad). Mudah sangat nak kurus kalau diamalkan.

Kerja mudah tapi kesannya baik sangat untuk diet anda. Kenapa mudah?  beli salad, bawa balik dan cuci bersih terus hidang, tak perlu dimasak. Bagi mereka yang mengalami gangguan tidur atau insomnia salad boleh menjadi penawarnya.

emm ..tetiba teringat  SUBWAY .




16 comments:

  1. nasib baik suka mkn ^_^

    jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Argh. Tensi jugak bila ingat subway. Grr. Selalu request dekat brader jaga subway tu, 'bang, salad lebih sikit ye. tomato lebih sikit ye" Semua nak lebih, haha =D

    ReplyDelete
  3. sedap buat ulam ulaman ni cicah dengan sambal belacan..hehe

    ReplyDelete
  4. Selalu makan dengan nasi ayam je. Itu pun selalu minta salad & tomato lebih. Rangup

    ReplyDelete
  5. Salad salah satu favourite efa jugak..makan dgn sambal tempoyak...fuhh sedap...hehehe

    ReplyDelete
  6. ooo.. ye ke.. hiii.. klu order beger, slalu mntk jgn ltk sayur. ptt r sembelit. kihkih

    ReplyDelete
  7. salad biasanya gunakan untuk buat sandwich tak pun untuk nasi ayam...sedap krup krap...

    ReplyDelete
  8. SUBWAY tu fav saya.. hahaha.

    ReplyDelete
  9. ok...tak suka sayur...adoii...hihihi

    ReplyDelete
  10. suka salad cicah sambal belacan. pehhh

    ReplyDelete
  11. sama macam anak sulung saya..susah nak makan buah dan sayur..bila demam je kami akan cakap.."tu la,kurang makan sayur dan buah.." tapi tak de dia peduli nya..

    ReplyDelete
  12. Imitiyaz blender je syaur2. biar tak perasan.. klu suh makan gitu je mmg x nak.

    ReplyDelete
  13. sedapnya..fav ummul...ank ummul yg sulong sayur ni je dia lyn...yg lain xnk..

    ReplyDelete
  14. Assalam en PCL, hari ni baru berpeluang follow balik kt sini, tapi trmkasih sbb sudi follow akk yea.
    Sayur hijau mmg awesome, cuma mmg betul la, ssh nk bagi ank makan,hu hu

    ReplyDelete
  15. hhmmm..sedap sangat..sekarang ni pun tengah amalkan eat clean.. jaga makan untuk kurangkan berat badan dan untuk jaga kesihatam..

    Lovely Friday Charity!! Fill Up The Form & You will Receive a GIFT!

    ReplyDelete
  16. Assalam abang nazlee,
    haah
    tetiba teringat subway he3

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.