Kitalah yang kena mulakan dulu..

Wednesday, August 05, 2015 PCL 8 Comments


Hemm.. kadang sedih sangat bila budak kecil dimarahi ibu bapa sendiri  atau penjaganya. Tersentap dalam hati ini sebab kita pon pernah lalui zaman nakal kanak-kanak dulu. Sifat itu berlaku bukan atas kehendak kita pada masa tu, tetapi naluri semulajadi nakalnya  membatasi segala.

Sesekali terdengar lagi jeritan monster Mak budak ! huh..  emak sapa lah tu?
Tengking herdik, berkasar dengan anak-anak amatlah bertentangan dengan kehendak naluri anak-anak itu sendiri. Jangan anggap anak-anak sebagai orang luar atau insan kerdil yang tak perlu diberi perhatian apa-apa. 

Cuba kita masuk balik ke alam masa kita kecil dulu..macam mana? Nakalnya kita ..atau baiknya kita. Sebagai ibu atau bapa, kita biar mereka dengan kenakalan semulajadi di samping kita perhati jangan sampai kelakuan melampaui batasan. Budak setakat mana lah kenakalan mereka, akan tiba masanya semua itu akan berakhir. Aku percaya ramai yang suka throwback , kita sangat merindui zaman itu. Bila berjumpa rakan lama, berpuluh tahun baru bertemu semula sejak kecil..  maka moment itulah penyeri bicara, penaut kasih bersahabat silaturrahim terus terbina.

anak-anak PCL

Tugas berat ibu bapa

Kekuatan fizikal dan mental amat penting dalam menangani tugas mendidik anak-anak. Fahami sikap dan tingkah laku mereka, jadikan sebagai kawan bila mereka remaja. Kita tak minta tapi mereka akan faham seperti mana kita memahami tanggung jawab kita terhadap ibu bapa kita. Aku cuma ada dua anak dara buat masa ini.. Anak dara tak perlu jerit pekik kepada mereka jika memberi arahan, kena lembutkan suara bila bicara, beri nasihat dengan sesekali tinggikan sikit nada suara dari biasa hanya apabila perlu. Saling hormat menghormati itu sangat penting. 

Kadang akan ada juga waktunya hadapi jalan sukar, berdoalah kepadaNya mohon pertolongan. Jika kita baik dengan ibu bapa kita, orang yang lebih tua dan masyarakat sekelililng.. insyaAllah mereka akan ikut apa kita buat. Kepimpnan melalui tauladan. Hendakkan anak yang baik tingkah lakunya, kitalah yang kena mulakan dulu.

Di mana beratnya tugas ibu bapa? Tugas mendidik yang utama.. asas agama perlu ada, ajarkan mereka dan tekankan bab itu.. tak lepas kita, usahalah cari guru agama.. sememang ada jalannya dan kita perlu ubah dan jangan biarkan saja. Merekalah waris kita yang mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kita di sana nanti.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh solehah. Amin ya rabbal a'alamin

8 comments:

  1. Assalamualaikum..selamat pagi...
    Nieyl singgah di sini =)
    terimbas kembali pulak..dulu pun nakal..balik dr sekolah tadika..
    main kat luar ngan kawan² sampai petang..selagi tak dgr suara mak panggil..
    selagi itu lah tak balik...alamak..nakalnya =)

    ReplyDelete
  2. Pada kakak agama adalah element penting dalam mendidik. Kalau dari kecik dah didedahlan tentang agama biasanya anak akan lebih mudah di didik sebab peraturan dlm agama sudah ada dlm diri. Bila agak terlajak mudah utk segera berundur sebab sudah ada garis panduan. Tidak ada agama yg mendidik utk menjadi tak baik. Itu yg pasti.

    ReplyDelete
  3. Amin..amin..amin..ibu bapa melabur..faedahnya melalui anak anak..indah atau usangnya istana di sana kelak bergantung pada kukuh atau tidak landasan yang kita bina di dunia..

    ReplyDelete
  4. assalam, terimakasih singgah blog kakak...
    betul tu ....kita pun pernah menjadi kanak2 satu ketika dulu ,..kakak pun rasa zaman kanak2 kakak lagi nakal dari anak2 kakak skg...

    ReplyDelete
  5. entri yang bagus ni.. tugas ibu bapa sangat menyeluruh..

    ReplyDelete
  6. Nice sharing PcL..Betul tu kekadang kita ibubapa ni kena AMBIK CAKNA ..

    ReplyDelete
  7. ummul setuju,kadangkala terjadinya masalah sosial di kalangan anak-anak muda adalalh kerana didikan ibubapanya..itu yang selalu kita terlepas pndng..anak2 perlukan kasih sayang dan perhatian.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.