Makin dekat makin tenang rasa ..

Friday, August 07, 2015 PCL 8 Comments

Orang yang tak pernah bahagia di rumahnya, maka dia tak pernah rasa bahagia di tempat lain walaupun kelihatan gembira di wajahnya ketika itu.. boleh faham tak maksud aku ni? walau sembunyikan perasaan tapi kita yang 'dekat' tetap boleh agak reaksi dari raut wajahnya. #istilah sebuah persahabatan yang akrab gitu.

Mencari Bahagia

kebahagiaan
Jam tangan mamaD, jam dia lebih mahal harga dari jam aku yang putih tu.. (gambar sebagai hiasan saja)
Tempat yang paling mententeramkan jiwa adalah rumah sendiri, kalau itu tak boleh nak mententeramkan jiwa semasa bermasalah... bawa-bawalah diri berkelana di masjid-masjid yang paling indah di kawasan berdekatan anda. Lakukan sesuatu yang jarang kita lakukan, solat sunat, mengaji atau membaca kitab agama dan seumpamanya di dalamnya. InsyaAllah ketenteraman ada di sana. Pengalaman ini dikongsi oleh salah sorang sahabat aku.. nasihat baiknya gini "selalulah dekatkan diri kita kepada Allah swt, makin dekat makin tenang rasanya"
dan satu lagi... Carilah bahagia dalam diam, sebab orang diam selalu disegani, orang yang tidak banyak bicara akan selalu dikasihi. Ingat... bala sering timbul akibat pembicaraan yang melampau.

8 comments:

  1. Setuju apa yg diperkatakan abg PCL.. Kat rumah je dapat mengembalikan kebahagiaan dalam diri.. Boleh tidur dengan selesa ehh ehh hehehe

    ReplyDelete
  2. Lidah itu tajamnya melebihi sebilah pedang..bila kita berdoa..belum ditunaikan....kita tak jemu...doa lagi...dan lagi..tiada rasa jecil hati pun dengan Allah..tapi bila kita minta dengan manusia..sekali...dua kali..kali ketiga kita dan dia dah mula ada rasa yang hitam dihati..

    ReplyDelete
  3. betul tu PCL... kalau rasa bahagia kat rumah, bahagialah kita.. kadang kan ada org yg balik rumah je panas.. rimas kan..

    ReplyDelete
  4. kan..betul..rasa tenang bila balik rumah..

    ReplyDelete
  5. Dekat pada mu....

    terima kasih pengkongsian...

    ReplyDelete
  6. Singgah Malam...
    Datang membalas kunjungan..
    Maaf yea..hari ini terlalu bizi..
    Tak sempat nak terjah siang hari =)
    Setuju dgn kenyataan dan perkongsian tu.. =)

    ReplyDelete
  7. clear apa yang PCL cakap. setuju !

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.