Menu udang sempena cuti Merdeka

Monday, August 31, 2015 PCL 3 Comments

Dari pagi sampai ke malam menu kami berasaskan udang, menu di hari Merdeka.


Cucur udang mamaD, memang udang dan sayur tauge dan kucai dilebihkan kuantitinya dari tepung. Ini sebenarnya lebih sedap rasa dan kalau makan memang tak puas, lagi sedap dicicah dengan kuah cili kering.


Tengahari menu kami juga ada udang, kali ni makan kat luar kawasan. Kami di Food Republica One Utama. Hanis nak makan wok noodle. Rasa memang best , yang paling best sampai habis licin tinggal kualinya saja.

Petang, balik rumah siap sedia untuk makan malam, kali ni pcl masak.. kesian mamaD kepenatan. Udang masih berbaki dalam peti sejuk, tauge , kucai ada . Pcl buat char kuey teow banjir, ini menu kegemaran Hanis dan nina .


Seharian dengan menu-menu berudang. Alhamdulillah.

p/s kalau ada  majalah makanan sudi menjemput,  kemudian barulah boleh kami berkongsi resepinya insyaAllah

3 comments:

  1. ngam2 tengah nak order makanan. Tapi kedai masakan panas je.. kue tiow goreng udang lebih pon cara ni.

    ReplyDelete
  2. Wah..berudang ye sepanjang hari PCL..

    ReplyDelete
  3. Assalam abang nazlee,
    ooohooiiiiiiiiiiii
    menu udang bertingkek2 :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.