Sambutan Kelahiran Panda Gergasi (Giant Panda), Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara bersama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Monday, August 24, 2015 PCL 15 Comments

"Blogger Day" KBBA

Sambutan Kelahiran Panda Gergasi (Giant Panda), Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara bersama Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA).  Memang dinantikan dari sejak awal pagi lagi, tapiii..tapi kami hanya dibenar melawat ke dalam kawasan istirehat pasangan panda tersebut di sebelah petangnya.

Aktiviti di sebelah pagi sebelum melihat Panda,  anda boleh klik link berikut;
http://www.nazlee.com/2015/08/kbba-blogger-day-enjoy-di-zoo-negara.html

GIANT PANDA Xing Xing dan Liang Liang 

Okay, sebelum baca cerita dan melihat gambar-gambar yang menarik, di sini pcl nak kongsikan sedikit info berkenaan PANDA Xing Xing dan Liang Liang . Pasangan panda gergasi dari China, yang nama asalnya Fengyi dan Fuwa ini menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Negara China dan Malaysia. Pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Kawasan istirehat pasangan panda tersebut dikenali sebagai Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang sebelum ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri . Pembinaan Pusat Konservasi yang menyerupai habitat asal panda ini bermula April 2013 dan berjaya disiapkan pada Januari 2014.

Giant Panda merupakan khazanah negara Republik Rakyat China, RRC dan hanya beberapa negara sahaja diberi penghormatan bekerjasama dalam program Kerjasama Konservasi Giant Panda Antarabangsa.

Okay, kami sudah berada dalam 'habitat panda' , suhu persekitaran agak dingin dan nyaman.. patutlah pada mulanya panda tersebut tak menampakkan diri..baru bangun tidur barang kali. :)

 


dah nampak ..nun jauh di pintu 'bilik tidur' , memamg kena banyak bersabar dan keadaan dalam tu perlu senyap supaya tidak mengganggu keamanan panda tersebut.



Hampir 20 ke 30 minit kami setia menanti kemunculan panda di khalayak, suasana nyaman dan sejuk persekitaran habitat membuatkan hati kami tidak panas. Menanti dan terus menanti (hanya seekor panda sahaja keluar, iaitu Xiang Xiang panda jantan. Dan Liang Liang si panda betina masih dalam 'pantang' baru melahikan anak beberapa hari lepas.

Kemunculan Xing Xing memberi kepuasan kepada semua hadirin yang berada pada masa itu. Walau tak nampak keterujaan dengan sorak tapi dalam hati masing-masing dan raut wajah terpancar kegembiraan.




Ini mungkin sifat kebiasaan bagi Xing Xing, selepas bangun tidur nak kena 'membuang'lah .. aksi panda ini menarik perhatian lensa kamera hadirin. Kami dinasihatkan supaya tidak memasang 'flash' ketika mengambil gambar .

Tiba masanya bermain, tapi sayang ..macam mana nak bermain bergurau senda bila kesendirian macam ni? "biniku dalam pantang" mungkin itu yang cuba disampaikan Xing Xing. Namun tetap tidak mengeciwakan hadirin yang datang melawat. Kemunculannya sudah memadai dengan aksi selamba memuaskan hati kami semua.




Kelihatan beberapa kakitangan pihak Zoo Negara, menyediakan menu santapan Panda sempena meraikan hari kelahiran pada hari itu. Menu utama daun buluh, batang buluh dan juga kek panda.



Berikut adalah gambar kumpulan Blogger yang terlibat dalam BLOGGER DAY di  ZOO NEGARA 23/8/2015,  bersama GIANT PANDA. Terima kasih kepada semua yang terlibat di samping nama-nama penaja yang disebutkan ; ZOO NEGARA MALAYSIA, COSMODERM, FOODPANDA, CURVES DAN KBBA .


Gambar kumpulan blogger sebelum memulakan aktiviti di Zoo Negara dan di bawah adalah gambar kumpulan blogger bersama keluarga .



Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar menarik dan kisah-kisah menarik di sepanjang aktiviti Blogger Day, anda boleh selongkar blog-blog sahabat KBBA yang bersama-sama pada hari kejadian tersebut.

Sama-sama kita membacanya dan memberikan sokongan kepada mereka yang telah menulis entri berkenaan "Blogger Day" KBBA .

p/s : Blogger terlibat ..boleh la letak link di ruangan komen di bawah. Terima kasih.


15 comments:

  1. Rasa comel je panda tu semalam kan? Rasa nak terkam dan peluk je...hehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya..next time mungkin boleh tengok baby panda pulakkan..amin..

    ReplyDelete
  3. satu pengalaman yang tak dpt dilupakan..
    nanti nak dtg lg tgk baby panda pulak..

    ReplyDelete
  4. gerammmmmm,macam teddy bear je rasanya,haha

    ReplyDelete
  5. Tapi macam tak puas lagi tengok panda tu..rasa cam nak pegi lagi jerr..hehe..

    ReplyDelete
  6. mmg berbaloi tunggu lama kan..blh tgk Panda makan kek harijai..ehehe..

    ReplyDelete
  7. weeeee comel panda tu...

    ReplyDelete
  8. Panda tu comeiii sgt. mmg excited sgt bila dia keluar tu

    ReplyDelete
  9. Bestlah, Malaysia dapat baby Panda..

    ReplyDelete
  10. Meriahnya...seronok dapat tengok panda nak masuk dah le mahal.

    ReplyDelete
  11. Bestnyer dapat tengok dari dekat...

    ReplyDelete
  12. Assalam abag nazlee,
    waaaaaaaaaa
    reramai pegi zoo
    best3

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.