Tak plan selalunya jadi?

Tuesday, August 04, 2015 PCL 7 Comments

Ahad baru baru ni kami beraya di sekitar KL. (Orang luar Selangor selalu guna perkataan 'KL' untuk mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang). Saudara sebelah emak aku ramai kat sini.. kita tak plan pon nak beraya.. memula tu memasing sibuk dengan jemputan open house dan kerja, tapi yang tak plan itulah yang selalunya menjadi.. setuju tak dengan aku ? biasa jadi?


Dalam gambar, sebelah pcl tu ialah my auntie ... nama dia Knor, blogger cinamon.com. Rajin buat bisnes. Rempeyek rangup sedap dialah yang punya sampai tak henti henti dapat oder. Buat pelbagai kek juga untuk tempahan. Memang respekla.. korang kenal tak dia.. ok ni url beliau sila terjah;
http://norihanchocolatebakery.blogspot.com/

Cik yan dengan anak anak dan yang lelaki macho berdiri tulah paktam abe, Bisnes half-cut kereta.. selalu ulang alik Jepun. Aku belajar nihongo japanese dengan dia la.. bulan depan nak ke Australia pulak.. cari rezeki katanya.

Kami ambik kesempatan untuk rapatkan silaturahim keluarga. Ada lagi yang tak sempat jumpa, namun di hati tetap dekat selalu sebab whatsapp group jadi medan berborak.

Keluarga paktam dari Bukit Subang datang Banting petang Sabtu dan bermalam di rumah kami, esoknya kami semua ke Damansara dan Subang.. Kami berhimpun di rumah acik Ila, berjumpalah pakat datang beraya.. Acik Yan pon ada , best bila dapat jumpa.. bermaafan di hari raya.

Ahad, penuhi aktiviti makan dan beramah mesra.

7 comments:

  1. Tak terlambat untuk ucapkan salam Aidilfitri buat PCL sekeluarga... maaf lama tak bertandang disini.... selalunya macam tu laa... bila tak plan... menjadi je pergerakan tu... kalau plan... last minute asyik nak cancel... hahaha...

    ReplyDelete
  2. Seronokkan dapat beraya bersama... hu hu hu.. terasa meriah sungguh suasana hari raya .

    ReplyDelete
  3. betul tu pcl...selalu yang tak plan tu la yang menjadi...

    ReplyDelete
  4. selalunya macam tu kan PCL ,kalau diizinNya pasti bersua juga :)

    ReplyDelete
  5. ...alhamdulillah
    jgn lupa sabtu ni rmh paksu plkk ye..pot luck

    ReplyDelete
  6. bila plan kengkadang x jd...tp yg x plan yg best...surprise gtu pxl..bestnya dpt braya sesama rakan blogger

    ReplyDelete
  7. Hehhee wah anak beranak blogger la ni hehehe...Kiranya ada jugak laa blogger dikalangan keluarga PcL...Belah Lya takde lagi setakat arini..Kot2 esok lusa kot ada taktau laaa..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.