TEATER MADUKU KALUT RETURNS

Tuesday, August 04, 2015 PCL 8 Comments

TEATER MADUKU KALUT RETURNS 

Panggung Sari, Istana Budaya

Kembali di atas permintaan orang ramai. Tanggal 7, 8 dan 9 Ogos ini, pentas Panggung Sari, Istana Budaya bakal dimeriahkan dengan pementasan semula, sebuah naskah teater yang berjaya mencipta fenomena tersendiri  sekitar 2 tahun lalu.

Maduku Kalut Returns, itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik.

Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.

Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, MKR bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, MKR lebih dari sebuat pementasan teater. MKR merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia.

Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum.

Jangan bertangguh lagi takut nanti kehabisan tiket pulak! tempah segera ye..   TEATER MADUKU KALUT RETURNS 

Pada 7, 8 dan 9 Ogos ini, pentas Panggung Sari, Istana Budaya .

8 comments:

  1. selamat menonton..
    singgah syawal

    ReplyDelete
  2. macam best jerr..mesti lawak habis ni sbb ade jihan muse...

    ReplyDelete
  3. Jihan Muse,,Sherry Al hadad..wah mesti best ni..

    ReplyDelete
  4. hai be... lain macam jer... entri madu2 ni.. heheh

    ReplyDelete
  5. Best tu layan teater... lagi2 pelakonnye boleh tahan kelakar tu.... moga terhibur PCL...

    ReplyDelete
  6. Mak aiiii tajuknyerr ..Bikin gempaq daa tuuu .....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.