Terbaik di sini lempeng dan kuahnya, sambal ikan bilis special !

Friday, August 07, 2015 PCL 6 Comments

Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.

Dah selalu sangat lalu lalang depan kedai kopi Wak.. tak sempat nak menyinggah, ramai sangat pelanggan dia, orang kampung sini ramah betul ! ...yang segan buat aku kalau singgah mesti kena melepak lama, orang sini baik-baik belaka... kita tak hulur tangan dia yang salam kita dulu, hemm dah macam YB pulak.

Dengan Wak tuan kedai ni aku memang dah kenal lama sejak pindah kerja sini, kiranya sahabat #kakipancing jugakla. Tadi pon borak pasal menjala ikan... huh lamanya tak buat aktiviti tu. "IkanTilapia banyak ni Lee, bila lagi nak menjala"

Borak sekejap.. dan macam biasa kena tawaf  bersalaman dengan semua pelanggan...huh hebatkan, gini lah akrabnya masyarakat Jawa di sini. Tapaw 2 keping roti canai untuk Hanis dan 4 keping lempeng tepung. Terbaik di sini lempeng dan kuahnya, sambal ikan bilis special !
Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.
Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.
Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.
Boleh singgah kalau teringin makan lempeng sedap ;
Lokasi : Kedai Kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat 42700 Banting, Selangor
Land mark : simpang 4 , tak jauh dari Kerepek House (Ros kerepek) .



6 comments:

  1. boleh masuk wishlist jenjalan cari makan nih!

    ReplyDelete
  2. Makanan tradisi wong jowo..sarapan pagi..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaa....lama tak makan lempeng...

    ReplyDelete
  4. nanti pergi Banting lagi, nak ajak kawan makan kat sini lak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. macam best je ni, terliur :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.