ZY PHYTO TECH INDUSTRIES ; Jemputan Rumah Terbuka 16 Ogos 2015

Tuesday, August 18, 2015 PCL 12 Comments

Salam,

Cerita dah lepas sebab PCL makin sibuk sejak kebelakangan waktu nih.. harap dimaaf lah kiranya ada yang ternanti kisah makan-makan dan ziarah Syawal.  Sudah berakhir Syawal dan dah masuk Zulhijjah pun.. yes my birthday actually 16 Ogos tu bersamaan 1 Zulhijjah. Sama tarikh dengan majlis ini.

Memenuhi jemputan majlis rumah terbuka Encik Zaidi Yusoff dan Puan Ameelia Akma di Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama. Mereka berdua adalah kenalan baik kepada Puan Blogger/SMP Cikgu Ayu @akuzle. Berukhuwah sesama muslim, ini adalah aktiviti yang terancang oleh #SMP selain itu untuk meluaskan networking dalam kehidupan dunia selagi mampu.

Tengahari Ahad, hari minggu pulak tu kan memang ngam lah perut inginkan sesuatu hidangan yang lazat.
Disambut ramah oleh Tuan Rumah Terbuka yang sememangnya terbuka kepada tetamunya pada hari tu.
Kumpulan kami terdiri dari beberapa nama blogger/SMP dan ahli keluarga. Kami datarng terus cari meja dan menjamu selera dengan bersahaja. Besahaja sebab susana tak kalut, segalanya nampak good arrangment  sempurna. Menu nasi briyani , kari kambimg, daging , soto, sate antara yang sempat aku ingat dan sebenarnya banyak lagi menu sedap-sedap.

Ukhuwah terbina, yang baharu pertama berjumpa dan yang dah 2, 3 kali jumpa semuanya berlangsung di kediaman bangunan indah 99 peratus siap ini.

rumah terbuka zyphyto
Membelakang kamera : hanis, mamaD @nordianasaad, sebelah tu Bonde @zaidalifah_Aisheteru, Ayu @akuzle, JunAina @junainaabdullah, Hamidah Mahmood, mamawana @azwar_kamar dan Faizal @papaglamz

Berkenalan dengan Tuan dan Puan Rumah ;

Encik Zaidi Yusoff dan Puan Ameera Akma. Mereka adalah usahawan yang membantu pengeluar produk setempat bagi produk kecantikan berasaskan herba. Syarikat mereka dikenali dengan nama ZY PHYTO TECH INDUSTRIES



rumah terbuka zyphyto
Dari kiri : Isteri kepada papaglamz, mamawana, mamaD, Jun Aina, Ida Mahmood, Bonde Zaida, Ayu, Puan Ameelia, Encik Yusoff, papaglamz dan PCL .

rumah terbuka zyphyto


Bergambar berkumpulan sebagai kenangan ~ walau masa singkat kami di sana, namun yang teramat penting ukhuwah sentiasa terbina dan tak akan berlalu begitu saja..itulah harapan kami #SMP semoga perkenalan ini memberikan semangat berterusan dalam kerjaya masing-masing.

dapat ole-ole stemcells - terbaik lah.



Projek seterusnya , #SMP akan pergi melawat Kilang mereka di Shah Alam., insyaAllah.

Zy Phyto Tech Industries
No. 10-A, Jalan TIAJ 2/9,
Tmn. Industri Alam Jaya,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Tel : +603 60388898 Fax : +603 60388798
info@zyphyto.com



12 comments:

  1. HEHEE.....DEKAT DENGAN TEMPAT KITA KILANG DIA :P

    ReplyDelete
  2. Sangat menyokong industri bisnes orang kita... Moga terus maju.

    ReplyDelete
  3. Senorok dpt berjumpa blogger2 #SMP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senorok ke Seronok ni Bonde......?? hehehehehehee... :p

      Delete
  4. Best nya dapat join program2 macam ni.. dapat kenal2 geng blogger.. dapat bertukar-tukar idea.. eeeeeee... cemburunya...!! bila la Ain pula dapat join ekk... :p



    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  5. I follow. Memang seronok dpt bertemu rakan bloggers SMP ini. Terima kasih daun keladi. Lawat kilang habaq mai, mamawana dan gi... Insya allah.

    ReplyDelete
  6. Gathering antara #smp dan ahli korporat. Mmg mantap, pcl.

    ReplyDelete
  7. terlepas peluang sekali lagi, semoga terus sukses buat semua,akan tetap menyokong produk2 keluaran bumiputera..all the best :)

    ReplyDelete
  8. bila pula projek akan datang tu bro ?

    ReplyDelete
  9. Assalam abang nazlee,
    moga persahabatn terus kekal AMIN

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.