Agaknya dia ikut abang balik rumah la...

Thursday, September 10, 2015 PCL 14 Comments

Cerita seram Angkasa Gym !


Setiap malam Rabu, adalah malam bersukan..  sport day lah tiap malam tu angkat besi, main gym keluarkan peluh kadang main ping pong dan jogging . Lokasi angkasa gym ni di bahagian belakang sikit bersebelahan hutan dan kebun kelapa sawit . Persekitaran sunyi dan nyaman suasana memanng sesuai untuk kami beriadah.

Tempat ni memang scarry sikit dan terkenal dengan lokasi 'keras' sejak dulu lagi. Sejarahnya memang terbukti, kalau ada tetamu baru datang menginap di Mes Pegawai atau tetamu keluarga menumpang rumah kuarters akan ada 'usikan manja' dari makhluk halus sebagai salam ucapan selamat datang.
Ini semua pernah diperakui oleh mereka yang sudah terkena usikan tersebut.

Kena Tindih Jin ?

Mungkin ramai sudah biasa merasai bagaimana beratnya 'tindihan' makhluk itu. Kejadian sama telah berlaku malam Rabu (semalam) di mana kejadian ini adalah kali ke-2 dalam hidup aku. Kata orang-orang lama kat sini, jangan suka-suka bermain di tempat gelap, Jangan suka cakap besar dan jangan suka mempersendakan 'mereka'.

Persekitaran di kuarters ini cukup terang dengan cahaya lampu jalan dan memang tiada dihadkan untuk penjimatan elektrik bagi menerangi kawasan. Kawasan terang tapi bila dia nak 'menumpang' sapa nak halang?. Aku tak cakap besar pun, tak usik apap-apa pun cuma tumpang lalu jogging saja. Adakah aku 'tersepak' dia .. ishh tahyul betul !

Kalau kat rumah selalu selepas solat wajib baca surah Yassin, paling tidak sempat baca pon mesti ada sekali dalam seminggu. Kita duduk di kawasan 'keras' kena berserah kepada Allah SWT di samping berusaha menjauhi gangaun syaiton. Pernah kejiranan kami di sini panggil ustaz / imam masjid bacakan doa selamat buat kenduri masuk rumah bagi yang baru pindah di sini dan ada juga usaha panggilkan ustaz darul syifa buat 'pagar' kawasan sebab kanak-kanak kecil selalu menangis waktu malam.

Sudah lama tak kedengaran, tapi kali ni jadi lagi. Allahuakbar.

Benda nak jadi, supaya aku boleh story kat sini..share pengalaman kena tindih. Ya sungguh memenatkan rasanya macam kena letak bongkah batu berat sampai sesak nafas dibuatnya. Mulanya aku seolah bermimpi. Okay, jangan cakap aku masuk tidur tak basuh kaki. Aku, malam tadi walaupun tertidur di ruang tamu, tapi selepas dikejutkan, aku akan mandi dan solat dulu. Selepas solat Isyak terus masuk tidur semula. Memang kepenatan selepas bersenam jogging bagai.

Dalam tempoh masa sejam dua ketiduran, benda ini berlaku. MamaD yang tidur di sebelah aku naik hairan . (Menceritakan balik masa kejadian) katanya, dengar suara aku mengerang (seingat aku masa kena tindih tu aku cuba sebut Allahuakbar, tapi tak lepas..tak boleh nak sebut dengan jelas dan cuba menolak benda yang menindih tu tapi tak berdaya.

Agaknya suara ngerangan aku agak kuat dan menyeramkan membuatkan mamaD bingkas memeluk dan menepuk badan aku dengan kuat supaya terjaga.

Allahuakbar ..Allahuakbar, Astaghfirullahalazimm.. (bila terjaga), mamaD bertanyakan, kenapa..mengigau ke? Aku cakap ..tak lah, abang kena tindih ? agaknya dia ikut abang balik rumah la...



Sewrrrammm Takk ? !!



14 comments:

  1. hissh seram pula baca n3 ni..

    ReplyDelete
  2. Kata ustaz benda tu terjadi sebab kelalaian kita juga, mungkin semasa masuk rumah kita lupa beri salam lngkah kaki kiri paling senang kita meninggalkan sunnah rasul yg kecik2.

    ReplyDelete
  3. alamak.ini serius rupanya..pcl ada peminat rahsia nampaknya skrg yg ikut balik rumah.

    ReplyDelete
  4. Tengah baca cerita ni, terus terbayang. Jadi seramlah sekejap. Bila scroll bawah, ternampak nampak, terus terperanjat. Hahahahahha. Ingat gambar apa tadi.

    ReplyDelete
  5. kak ana selalu dulu masa single mingle kena tindih ni ,masa stay kat keramat dulu..rasa kita jerit kuat dah baca ayat semua tapi tak keluar kan.. ,btw pic atas tu memei serammm :(

    ReplyDelete
  6. scary baca ni time ni.. heheheh... ngerangan ehh

    ReplyDelete
  7. Kena tindih SA dah biasa kena itupun kalau betul2 penat..apa yang SA lakukan tido mengiring jangan melentang..kalau tak memang selalu kena...

    ReplyDelete
  8. Pernah kena tindih gak..nasib baik mak kjut bgun

    ReplyDelete
  9. Pernah kene masa zaman sekolah..mmg penat sangat..rasa mcm dlm mimpi..tp.bukan mimpi

    ReplyDelete
  10. memahami apa pcl rase..anis kerap jugak kena dulu.. tp kebelakangan ni memang takde dh..mintak2 xde langsung la.. seram..memang sesak nafas mcm nak mati dh..baca surah ape2 pun xlepas.. hanya mampu sebut Allah ulang2 bru lepas..

    ReplyDelete
  11. Pernah jugak kena masa mula2 masuk rumah ni... tp tu 10thun lepas..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.