Bapa Rayu Bantuan Beli Ubat Khas Untuk Anak Alahan Gandum
Penyakit Alahan Gandum Jarang di temui di Malaysia
![]() |
Muhammmad Irfan, 3 (teringin ke sekolah tahun depan tapi tak ada sekolah yang sanggup terima sikecil ini kerana alahan yang dihidapinya. |
Penghidap alahan luar biasa yang jarang ditemui di Malaysia iaitu alahan kepada gandum (Anaphylaxis). Muhammad Irfan 3, adalah penghidapnya sejak dilahirkan. Anak tunggal kepada Shahrul Nizam kamal, 29 dan isteri, Nur Fairuz Zainudin, 29 .
Muhammad Irfan akan mengalami mata bengkak dan merah, tubuh menjadi biru, tekanan darah rendah serta sukar bernafas setiap kali terhidu, tersentuh dan termakan makanan berasaskan gandum. Muhammad Irfan hanya bergantung kepada ubat suntikan khas yang dikenali dengan nama Epipen .
"Epipen bagaikan nyawa Muhammad Irfan setiap kali dia diserang alahan hingga mengalami reaksi melampau apabila terdedah kepada tepung gandum"
Sapa tak sayang anak ?, Shahrul Nizam sanggup behenti kerja bagi menumpukan sepenuhnya penjagaan terhadap anaknya, orang lain (luar) tak boleh jaga dan mungkin tak sanggup menjaga Muhamad Irfan dengan penjagaan yang kritikal sebegitu.
Kos Rawatan Anak Alahan Gandum Mahal
Disebabkan penyakit alahan gandum ini jarang ditemui, maka ubatan untuk itu juga sukar didapatkan, kalau ada pun ianya mahal ; "Harga Epipen mencecah Rm350 sebatang dan hanya boleh digunakan sekali suntikan sahaja"
Shahrul Nizam memerlukan simpanan sekurangnya 2 Epipen dalam tempoh sebulan bergantung kepada kesihatan Muhammad Irfan. Untuk memastikan tidak terputus bekalan ubat dan pengawasan kepada penyakit tersebut, Shahrul Nizam memperuntukan sebanyak Rm1000 sebulan.
Perbelanjaan yang tinggi itu membebankan, katanya beliau terpaksa berhenti kerja sejak 2 bulan lalu dan hanya bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja di sebuah pasar raya di Selangor.
Untuk menampung kos sara hidup keluarga dan kos ubatan Muhammad Irfan, beliau bekeja sambilan di rumah dengan meyediakan tempahan makanan dan kek.
Rayuan kepada Pihak Berwajib untuk membantu
Disebabkan kesukaran mendapatkan Epipen di pasaran termasuk hospital kerajaan mahupun swasta dan farmasi di negara ini, beliau merayu kepada pihak berkenaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia supaya dapat menyediakan bekalan tersebut dengan lebih banyak di setiap hospital dan pusat kesihatan bagi mengurangkan beban itu.
Sokongan dalam perniagaan kecil
Sharul Nizam kini sedang giat menjalankan perniagaan di rumah beliau dengan mengambil tempahan makanan, pelbagai kek dan kuih muih dan juga menyediakan perkhidmatan kelas membuat roti dan kek.Bagi orang ramai yang ingin membantu Shahrul Nizam boleh lah dengan cara menyokong beliau dalam bisnes kecilan yang sedang dijalankan. Untuk info lanjut boleh berhubung terus dengan beliau di talian
Hp / whatsapp: 019-3395583
Facebook : Shahrul Nizam
![]() |
Klik sini |
p/s : Shahrul Nizam dan isteri adalah kenalan rapat PCL sekeluarga .
Anak kawan akak pun mcm ni jgk...so utk mkn kat luar dia mmg sgt risau dan berhati-hati
ReplyDeletekesian adik kecil tu, Thanks for sharing PCL..
ReplyDeletesmart budaknya... alahai..... moga dipermudahkan urusan dan dibukakan jalan kelapangan seluas luasnya oleh Allah...
ReplyDeletekesiannya dia...
ReplyDeleteMoga Allah limpahkan rezeki kpd mereka yg sabar
ReplyDelete