Berkelah di Tadom Hill Resort best jugak!

Monday, September 28, 2015 Nazlee Ismail 23 Comments


Berkelah di Tadom Hill Resort 


Bertukar lokasi kebiasaan berkelah dari pantai ke tasik batu kapur !

Asyik dengar dan baca cerita orang di blog, pagi kelmarin kami sekeluarga ke Tadom Hill Resorts.
Layankan anak-anak beriadah dan santai-santai hujung minggu sebelum musim cuti sekolah berakhir.


Tadom Hill Resorts dan Tadom Base adalah dua lokasi yang sama tetapi terdapat perbezaannya dari segi aktiviti di sini. Tadom Hill Resort lebih kepada aktiviti riadah bersama keluarga seperti mandi tasik, berkhemah, bbq, bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitar. Manakala Tadom Base pula lebih kepada sukan lasak di tasik dan darat juga.Kawasan ini sudah popular sejak menjadi viral di dalam facebook dan blog-blog. Lokasinya terletak di Labuhan Dagang, Banting Selangor hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur.

Kalau ikutkan cuaca sekarang memang berjerebu tahap tidak sihat dan kekadang samapi kepada IPU sangat tidak sihat di kawasan Banting keseluruhannya sejak akhir-akhir ini.

Anak-anak PCL dah besar, atas desakan terutamanya Hanis nak sangat ke sini.. terpaksalah kami ikutkan ..
Cadangan untuk anda, kalau boleh datang waktu pagi seawal lokasi dibuka (jam 10 am), suasana masa ni memang segar dan jerebu kurang. Apa pun tentang kesihatan perlu diambil berat (jangan contohi aku... aku dah terpergi) cari masa yang sesuai !

Ok, aku nak kongsi beberapa gambar di sini.., banyak khemah tapi masih kosong lagi sebab masih awal (pagi) , ada kadar sewa khas untuk setiap kemudahan di sini.



  



 

Pusat Rekreasi terbaru di Banting !


Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini masih baru dibuka dan difahamkan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.





Yang best sebab berpiknik boleh bawa makanan luar buat sementara waktu nih, warung / restorant tak siap sepenuhnya lagi, masih dalam proses pembinaan. Lepas mandi manda boleh rehat dan sambung semula. selain kemudahan biasa, terdapat juga Surau lelaki dan wanita dan kemudahan asas yang lainnya.




 Aktiviti Air adalah percuma di Tadom Hill Resorts sebab awal lagi diorang dah caj masuk Rm18/single entry (Mon-Thu) dan Rm20/single entry (Fri-Sun /public holiday). Ganyang sampai lebam dan merah mata !!






Nampak semuanya sempoi.., nampak tu papan tanda pun ala-ala sempoi gitu...mungkin lepas ni akan ditambah baik lagi.

23 comments:

  1. salam pagi..
    wah!seronoknyer...
    hari tu call banyak kali..x berjawab..
    klu x..dah pegi dah..hihihi :)

    ReplyDelete
  2. ramai juga nampaknya tu.. hehehehehe.. mesti syok kan dapat spend masa dgn anak-anak untuk aktiviti santai macam ni... :)

    ermm.. jacket keselamatan colour oren dgn rakit buluh tu ada bayaran lain ke..? tgk semua pakai jacket keselamatan tu.. wajib eh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaket keselamatan wajib bg yg nak main air, rakit percuma tapi terhad jumlahnya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Takut plak tgk ayaq tu.. pehtu mula fikir bukan2. Hahahah

    ReplyDelete
  4. wahhh. besttnye pcl. nk jugak pergi nnti. takot jugak dengar cerita kencing tikus tu. tapi in shaa Allah takde apa kann

    ReplyDelete
  5. wahh best nampaknyaaa! boleh laa ajak kawan2 dtg hehee

    ReplyDelete
  6. Ntah bila dapat pergi ni...mmg tempat mcm ni sesuai utk aktiviti keluarga kan...

    ReplyDelete
  7. Tak bahaya ke mandi situ..macam dalam je..

    ReplyDelete
  8. Menarik tempat nih! Sesuai bawa budak umur 7 tahun ke bawah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je aku tengok org dtg bawa budak (bawah 7 thn)..depa bg jaket keselamatan wajib pakai kalau nak mandi manda.

      Delete
  9. esh. best gile. macam meriah jeee

    ReplyDelete
  10. Dah pernah bagi hint dekat en. suami tapi setakat ni tak berjaya lagi memandangkan susah nak cuti hujung minggu..

    ReplyDelete
  11. arang kena bawak sendiri or ada disediakan kalau nak bbq?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tertulis pada notis harga utk BBQ Pit sahaja ~ sy tak pasti. sebaiknya bawa sendiri arang.

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.