Hari Keluarga Di Hulu Langat Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)
Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2015, Hulu Langat
Selesai aktiviti kekeluargaan di Hulu Langat selama 3 hari 2 malam. Sangat meriah kerana lebih ramai ahli KBBA yang turut serta kali ini. Ramai juga muka-muka baru dan semuanya sporting. Lokasi di mana di adakan itu tak penting dan yang penting adalah keseronokan bersama mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli keluarga KBBA.
Acara bermula seawal 8 malam selepas check in di siang harinya, di mulakan dengan makan malam dan pertandingan karaoke. Bab ni pcl n family duduk di meja terkebelakang dan saja nak beri lalauan kepada kawan-kawan yang lebih muda belia untuk menunjukkan bakat nyanyian mereka. Hebat memang hebat dengan persembahan dan gaya masing-masing ada potensi untuk menjadi artis ? gambar-gambar pada malam karaoke tu korang boleh klik pautan ni (instagram Kelab Blogger Ben Ashaari) banyak.. dan berbaloi kalau rajin scroll.
Kawasan ni tak disyorkan atas sebab jerebu? ... , memang pon tak baik untuk kesihatan. tapi program kbba telah dirancang terpaksa diteruskan. Ramai ahli yang terlibat menyatakan keseronokan beraktiviti , terima kasiha kepada AJK yang terlibat dan semua yang menjayakan program ini dengan sukses sekali.
Famili pcl mulanya malas nak join , segan sebab ramai sangat yang tak kenal , tempat tak bestlah dan macam-macam lagi lah alasan diorang, tapi bila dah berada di tempat kejadian ..oooh memang teruja lagi-lagi dengan aktiviti sempoi dan menyeronokan. Semuanya sporting lah.. !
Nina, standby untuk menunggu turn Flying fox ! sambil tu melayan Qalif makan ais krim ..
dah terbang sekali nak try lagi sekali, gantikan tiket untuk hanis yang mula-mula berkobar nak terbang...tapi tak berani !
Sementara menunggu waktu makan tengahari disediakan, dan menunggu rakan lain yang masih dalam aktiviti flying fox, ramai yang ambil peluang untuk sejukkan badan dengan mandi-manda bersama famili..
Gaya zumba terompah gergasi.. memang happening dibuatya, satu insiden 'kemalangan terompah' ada dalam video, korang boleh cari dalam instagram atau fb ahli KBBA. huh ! memang memenatkan dengan strategi Ben yang tak menjadi tu mengakibatkan Merah di tempat ...(eh tak ingat dah !)
Ada lagi aktiviti yang lain tak dapat di masukkan dalam entri ni seperti senaman, poco-poco , zumba di sebelah paginya . Aktiviti seterus di hari terakhir adalah jungle trekking dan mandi air terjun.
MamaD, Nina dan hanis cukup bersemangat.., kali ni best boleh mandi air terjun dan redah hutan , takut kepada pacat kalau terjumpa memang melompat-lompat tapi sayang tak nampak pulak !.. haha
Suasana mendamaikan, cantik tenang tapi sayangnuya Malaysia sedang di landa jerebu teruk terutamanya di Selangor. Untung kami masih dalam kawasan hutan lagi, boleh la bertukar oksigen dan karbon dioksida dengan pokok-pokok hijau disekeliling. Alhamdulillah.
Jadi penonton pon ok lah kan mamaD... Sebenarnya kbba ada task nak buat ..korang tengoklah nanti gambar seterusnya..
Selain Cosmoderm , ada beberapa lagi penaja sudi menaja Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari ini. Antaranya ialah Kaio Studio yang menaja rakaman video dan juga gambar yang cukup menarik !
Agensi travel , Az Zuha Travel Tours juga sudi menaja baju khas untuk Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.
Juga buat penaja hadiah untuk cabutan bertuah seperti AJCDistrict , PTS , KaryaSeni dan Team Mummie Official dan semua yang terlibat.
Sempoi.... Best fan enjoy Kat sana
ReplyDeleteBestnya tgk pics korang mandi air terjun. Ruginya tak dpt ikut masa tu huhuhu
ReplyDeleteMeriah...moga terus diadakan dari masa ke semasa..
ReplyDeleteseronok tengok gambar dan video yg diupload...letih gelak sorang sorang
ReplyDeletewaa mcm best je
ReplyDeletesemua aktiviti best!
ReplyDeleteKeseronokan terselah, next time nk joinnnn jugak...
ReplyDeletelamanya tak mandi kat air terjun... dah dekat dua tahun kot.. huhuhuhuu..
ReplyDeletemeriah tengok family day korang.. *sebenarnya jealous... ok baiiii...* :p
sejuk tu yang best haniss hehehehhehe. i luv my skin too ! ;))
ReplyDeleteTempat ni nama apa??macam best je sebab ada flying fox tu..
ReplyDeleteterbaikla!
ReplyDeletebest sangat.. wahh rindu lak nak berkumpul reramai kan..
ReplyDeletejeles tak dapat p naik air terjun
ReplyDeletewaaaa banyak gambar.... syoknyaaa laaaaaaaaaa....
ReplyDeleteSyoknya naik flying fox! Serius kalau pegi camping, team building mesti request nak flying fox. Bila dah kumpul ramai-ramai macam ni, yang takut boleh jadi berani =)
ReplyDeleteseronok bila buat flying fox ... rasa macam tak hidup...tak fikir apa - apa dah..hahahaa
ReplyDeleteKAT MANE LOKASI
ReplyDelete