Hot Pindang Kitchen Restoran Penuhi Selera Anda

Thursday, September 17, 2015 PCL 12 Comments

HOT PINDANG KITCHEN (Seksyen 10 Shah Alam, Selangor)


Sebuah restoran sajian masakan Melayu dan Western, mempunyai daya tarikan tersendiri tentang menu dan rasa masakan mereka. Kalau anda berada berdekatan kawasan Seksyen 10 Shah Alam, mungkin sudah biasa nampak logo 'HOT PINDANG KITCHEN'. Kalau tak sampai lagi boleh lah saya cadangkan anda bawa keluarga dan rakan ke 'Hot Pindang Kitchen' untuk merasainya.

Menu Eksklusif Hot Pindang Kitchen, Special Hot Pindang


Special Hot Pindang adalah menu ekslusif yang hanya terdapat di Hot Pindang Kitchen. Masakan ini menggunakan Beras Faiza Basmati yang dimasak bersama daun pudina. Lauk ayam menu ini diperap bersama daun pudina serta pelbagai rempah. Menu ini juga dinikmati bersama 'Arabic Vegetables' iaitu Kubis Ungu, Lada Benggala dan Timun Jepun. Kuah gulai yang enak dan keropok yang rangup sudah pasti menaikkan lagi selera anda. Team Kelab Blogger Ben Ashaari sudah sampai untuk merasai hidangan seperti yang disebutkan.


First impression ; Menu gambar besar terpampang di dinding restoran memukau mata dan selera, terus nak oder apa yang dilihat !,  di samping persekitaran ruang dalam restoran yang luas dan selesa serta lukisan-lukisan abstrak dinding menarik perhatian memukau tetamu yang datang .



"Selamat Datang ke Hot Pindang, Sila masuk "  anda akan di layan terbaik oleh Staf-staf Hot Pindang Kitchen  yang peramah . Menu tertulis dengan jelas di dalam buku menu dan anda yang baharu pertama kali datang akan diperkenalkan dengan menu-menu dan cadangan menu yang memeusakan hati.



Ruangan dapur terbuka yang boleh dilihat oleh pelanggan yang datang, nampak stafnya telus melakukan kerja dapur dengan bersih dan kemas. itu satu kelebihan restoran Hot Pindang Kitchen.



Okay, tak sabar nak tunjuk menu diorang. Menu-menu yang telah kami (Kelab Blogger Ben Ashaari) nikmati sewaktu makan tenghari semalam. Konsep Hidangan Panas (Everything is hot) !

Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran

Antara menu-menu yang ada, dan terdapat beberapa lagi yang TOP HOT ! , seperti Hot Bawal dan Nasi Ayam Kampung .

Minuman pun tak kurang hebat, saya suka satu menu ni .... syahdu sangat !

Ya,  ini saya syorkan untuk anda mencubanya ;  JUS SYAHDU

Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran
Hot Pindang Kitchen Restoran

Menu dan tempat memang nampak ekslusif,  tapi jangan risau harga makanan dan minuman berpatutan, dan anda pasti mendapat layanan terbaik di sini.

Selain membuka restoran, Pemilik Hot Pindang Kitchen juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan lain seperti katering untuk sebarang majlis-majlis sosial atau korporat.

Perkhidmatan katering Hot Pindang Kitchen


Sebarang pertanyaan/ tempahan, anda boleh berhubung seperti butiran berikut ;

Alamat : No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, Shah Alam Selangor .
(Next to Azira & Hatini Restoran) 

Tel : 03-5523 1259 , 012-204 3773 (Kak Ana)
Waktu Operasi : 11 am - 11 pm

Email : ana_hotpindang@yahoo.com
Face book : https://www.facebook.com/hotpindang
Instagram : https://instagram.com/hotpindangkitchenrestoran/

Hot Pindang Kitchen
Hot Pindang Kitchen Restoran


Hot Pindang Kitchen Restoran dan Katering servis cuba sebaik mungkin untuk penuhi selera anda, itu harapan pemiliknya , Kak Ana (berdiri tengah).

12 comments:

  1. Air airnya mesti best...in sya Allah boleh datang dengan fanily ni..tq PCL..dan blogger KBBA share info..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... Amat berpuashati makan disini. Sedap!
    Restoran yg kemas dan bersih dan staff yg friendly...

    ReplyDelete
  3. ehhh ehhh.....ada saya laaa dalam gambar tuh..heheeee

    ReplyDelete
  4. green tea eh tu ? lela suke laaa

    ReplyDelete
  5. Airnya yang buat tak cukup segelas..pasti nak repeat lebih daripada 1

    ReplyDelete
  6. perghh lapor... sotong celup tepung boleh lawan teganu punya tu.. haha

    ReplyDelete
  7. wow nampak menyelerakan semuanya

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa~ rugi x join! nt nk dtg lah!

    ReplyDelete
  9. rasa nak minum something cold pasne after tgk gmbr minuman2 sejuk tu hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnyeeee...terliurrr..hehe

    ReplyDelete
  11. Memang nampak menarik semua masakannya..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.