Jom Tonton Filem “Pontianak Menangis”
Review Filem “Pontianak Menangis”
1 Oktober ini filem baru seram komedi “Pontianak Menangis” akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Filem ini adalah sebuah filem yang bermesejkan kehidupan masyarakat di sebuah desa yang bersatu dan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Filem terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Seniman Sdr. Ismail Jejaka, fdam . Beliau lebih dikenali sebagai seorang pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.
Sinopsis cerita “Pontianak Menangis”
Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap pada malam-malamnya diganggu oleh pontianak dan juga sering berlaku kecurian harta benda penduduk.
Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi setiap hari. Tampil Seorang pemuda yang digelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononya ada mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari Seberang (tanah Jawa).
“Raja Paku” telah diperkenalkan oleh Din Kelentong kepada penduduk dan telah mendapat persetujuan sepakat penduduk Kampung Selamat yang sangat-sangat memerlukan bantuan waktu itu.
Sebenarnya “Raja Paku” tidak wujud, hanya penceritaan yang di 'kelentong' oleh Din Kelentong sahaja.
Untuk meyakinkan penduduk kampung, maka "Mat Yeh" diminta untuk menyamar sebagai Raja Paku. Demi persahabat baik mereka berdua, Mat Yeh bersetuju dengan permintaan itu.
Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan agar Mat Yeh dapat mengusir pontianak. Tetapi lain pula terjadi apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu.
Kenapa pontianak menangis? Apa yang sebenarnya berlaku dan adakah dalang di sebalik kejadian permasalahan Kampung Selamat? , siapakah yang berbuat onar di Kampung Selamat ?
Apa yang menariknya tentang filem “Pontianak Menangis”
Filem terbitan Heart N Soul Sdn Bhd itu dibintangi Watie Sadali, Joey Daud, Yassin SYJ, Hamdan Senario, Ilya Senario, Sathia, Wan Walla, Rahim dan Soya. Tonggak pelakon dengan barisan nama-nama pelawak yang mencuit hati ini mampu mengamatkan panggung beberapa ketika..
Babak yang sangat menarik dan melucukan apabila Soya bercerita "kelentong" tentang Raja Paku ..meleleh air mata aku gelak dalam panggung . (Rahim) tanya "siapa paku?" "...Raja Paku" jawab (Din Kelentong) , .. (Rahim) tanya lagi "Siapa paku?" .."nenek aku" eh bukan .. "Raja Paku" jawab (Din Kelentong). babak seakan watak Sudin dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk, P.Ramlee (kena tonton barulah dapat gelak bab itu).
Okay, korang jangan lupa beli tiket dan tonton pada 1 Oktober ini, Tayangan Perdana di Seluruh pawagam Malaysia.
TAJUK : PONTIANAK MENANGIS Tarikh Tayangan : 1 Oktober 2015Genre : Komedi / SeramPengarah : Ismail JejakaPelakon : Joey Daud, Yassin SYJ, Watie Sadali, Hamdan Senario, SoyaTerbitan : Heart N Soul Sdn Bhd
TONTON DAN SOKONG FILEM TEMPATAN
semua pelakon komedi ..mesti lawak ni..
ReplyDeletehmm lupakan masalah seputar kita dgn gelak2 gelihati tonton filem komidi...lega stress...
ReplyDeleteNama watak pun kelakar...hehe
ReplyDeletemesti cerita lawak ni.. hehehehe...
ReplyDeleteMacam xseram je..hehehe
ReplyDeletepalakon komedi ramai...
ReplyDelete2 darab 2 kalu Ampattttttt!!!
ReplyDeletehilang stress
ReplyDeletekomedi ker, tak komedi ker.. selagi namanya hantu, mummy memang penakut keh keh keh.. :P
ReplyDelete