KAIO STUDIO : Khairul Anwar Abdullah

Sunday, September 20, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments


KAIO STUDIO PHOTOGRAPHY & CINEMATOGRAPHY


Mula kenal nama KAIO Studio ni dari Kelab Blogger Ben Ashaari, di suatu acara Stylo Workshop Bersama Wawa Idris

Hasil kerja fotografi dan videografi memang memuaskan hati, suka je tengok hasil kerja yang dikongsikan dalam official social media mereka.

Dan terbaru, KAIO studio telah menjadi sebahagian dari penaja Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Khairul Anwar Abdullah @ Kaio 


KAMERA YANG MAHAL TAK SEMESTINYA MENGHASILKAN GAMBAR YANG CANTIK TETAPI ILMU FOTOGRAFI DAN SENI MELIHAT ITU LEBIH PENTING     Kaio.my

Bermula dari seorang pemandu pelancong berlesen di Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008, Kaio atau nama sebenarnya Khairul Anwar Abdullah mula mencipta nama dan melebarkan sayapnya dalam bidang photography dan videography. Minatnya yang mendalam telah berjaya membuatkan namanya semakin dikenali dan di situlah tertubuhnya Kaio Studio. Kaio sebenarnya sudah mula dikenali ketika menjadi pemandu pelancong lagi sebelum ni. Kaio yang berkelulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah disiarkan di kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.


Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan. Dan kini, hasil kerjanya yang memuaskan hati, telah menarik minat orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan professional Kaio Studio. Kaio bukan sahaja menjalankan tugasan photography serta videography di serata Malaysia tetapi juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Kaio juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Kaio juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai 'Iron Lady'. Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Kaio yang juga meminati industri pelancongan turut berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran "Discover Thainess 2015" di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.


Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. Dan terbaru, Kaio telah memenagi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP. Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.


Antara Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8 )

Ikuti mereka dengan lebih dekat.

Link Kaio Studio

Website : www.kaiostudio.com
Instagram: www.instagram.com/kaiostudio
Youtube : www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter : www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

Founder Kaio Studio Kaio:  secara personal
Blog : www.kaio.my
Instagram www.instagram.com/kaio_my

6 comments:

  1. berusaha keras dia sampai namnya meningkat naik

    ReplyDelete
  2. Hebatlah Kaio... Lama dah tak lepak dengan dia... apapun, shoot dia memang de best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lepak boleh je.. hallo2 okay!
      www.kaio.my
      www.kaiostudio.com

      Delete
  3. Kaio Studio mmg hebat.... Tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  4. Thanks atas penulisan yang baik ni! siap cari kat my personal blog gambar2 dan quotes tu! usaha itu ada! nice!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.