Kegawatan melanda, ketua keluarga pening kepala?

Tuesday, September 01, 2015 PCL 8 Comments

salam petang dai PCL

tetiba kawan lama menegur pm  (privet message) dalam facebook aku, lama sangat tak dengar berita tentang dia, seorang kenalan berbangsa Cina dan tinggal se Taman, katanya tempat dia bekerja sekarang nak berhentikan pekerja. Ramai yang dah hantar surat letak jawatan dan sedang sibuk cari pekerjaan baru

"Kompeni nak pindah ke Cambodia katanya. Isteri dah dapat kerja baru tapi jauh dari rumah. Sekarang saya tengah kerja juga.. kerja cari kerja haha..",  sempat lagi bergurau walau hati dah tak tenang.

Aku pernah merasai situasi begitu. Aku faham sangat dengan keadaan  tekanan mental yang dihadapi, kalau tak kuat boleh hilang akal dibuatnya. Ini semua pasal duit dan kemelesetan ekonomi. Bezanya waktu kegawatan aku dulu anak masih kecil, tapi dia anak sudah besar dan hampir tamat sekolah menengah.

Kalau dia tetiba pm pasti ada perkara mahu dikongsikan, agaknya dia dalam dilema mahu ikut pindah kerja ke Cambodia dengan peningkatan gaji 35% atau mahu cari kerja lain di Malaysia?
Demikeluarga ku gagahkan jua.. (gambar sekadar hiasan)

Pening kepala kerana kegawatan melanda?


Ramai ketua keluarga pening kepala memikirkan bagai mana nak 'cari makan'? cari makan ok lagi tapi nak cari kesempurnaan untuk menyara kehidupan keluarga tersayang. Dalam kes sama, ramai orang kita berhijrah ke negara maju untuk bekerja dan bawa balik kekayaan itu. Untung nasib mereka berjaya tapi jauh yang amat dari keluarga tercinta.

Mungkin kawan aku ni tak boleh seperti mana orang lain buat, hakikatnya berjauhan itu satu keterpaksaan dalam memenuhi keperluan. Dan aku dapat rasakan ramai buat bukan atas tindakan mengikut kehendak hati.

Apa nak buat, ekonomi negara makin mendesak.. keperluan mengatasi kehendak, buatlah tindakan yang baik dan jangan jangan buat jenayah sudah la.

8 comments:

  1. saya sebagai student pun rasa jugak...hanya mampu doakan yg terbaik utk malaysia..

    ReplyDelete
  2. Merudumnya ekonomi moga mampu mentarbiah hati kita..boleh membentuk sahsiah diri..ambil dan pandang dari sudut yang positif..bohong kalau PC tidak merasainya..

    ReplyDelete
  3. Suami kakak lagilah terjejas dgn tanggungan anak yg semua masih bljar,perit tapi trpaksa lalui

    ReplyDelete
  4. saya yang ada anak kecil pun terasa. nasib baik boleh jimat tang susu formula sebab bf dia dan yuran nursery sbb jaga anak sendiri. semoga kita kuat menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  5. Adik ipar duduk kat Kajang.. Baru beli rumah, dah kena pindah kerja kat kelantan.. Adik saya tinggal dengan anaknya di Kajang..

    ReplyDelete
  6. Assalam abang nazlee,
    memang sekarang ni semua dah mula risau isu gawat
    moga kita semua dilindungi AMIN

    ReplyDelete
  7. kesian kt suami...nk tolong pun tak tahu mcm mana.kalau nk keje nnti kena byr kos tuk nursery anak pula..hm...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.