Kisahnya gini, macam mana boleh dapat landak?

Wednesday, September 30, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments


Daging Landak 


Rezeki tengah malam, mana nak sangka ada orang nak bagi kita daging landak yang siap dilapah.. dah lama teringin nak makan tapi tak terbeli (susah nak dapat) sampi lah dapat free nih..alhamdulillah.

Bila dah ada di tangan, tak tau pulak nak dibuat masak apa..

landak, eksotik
landak, eksotik


Di Facebook aku tadi , Ramai yang suka dan cadangkan daging landak sedap di masak rendang dan juga masak lemak salai pedas.. huh memang tak terfikir dalam kepala mamaD sebab ini baru kali pertama untuk mengerjakannya. Menda rare gini memang terkedu, blank nak buat apa, silap-silap membeku terus dalam peti sejuk !

landak, eksotik


Kisahnya gini, ... macam mana boleh dapat landak?


Lokasi kami tinggal ni dalam kawasan yang di sekitarnya adalah kebun kelapa sawit, ubi, pisang dan kebun sayuran. Sepasang landak tersesat agaknya, masuk dalam pagar dan dapat ditangkap oleh pakguard yang meronda kawasan. Pakguard sini memang dah biasa, dah pernah beberapa kali tangkap landak, kali ni rezeki kami yang tak pernah merasa pulak. Siapa yang pernah datang kuarters kediaman aku ni, memang tau lah (Banting) ni macam mana. aman dan persekitaran macam Zoo :). apa pon life kat sini terbaik  !

Khasiat Daging Landak?


Sejauh mana kebenerennya..aku kena cuba?? keh keh . ok  babai.
Adakah khasiat dari daging landak?
Ternyata hampir seluruh bagian tubuh landak memiliki khasiat bila dimakan. Hati landak jika dibakar berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit asma dan diabetes. Kulitnya dapat dibuat menjadi asem-asem. Sedangkan daging dan ekornya baik untuk meningkatkan vitalitas pria.


8 comments:

  1. tak pernah lagi makan landak seumur hidup saya PCL..sedap ke rasanya

    ReplyDelete
  2. pernah merasa makan rendang landak masa pregnantkan Dania

    ReplyDelete
  3. mummy tak pernah makann daging landak ni.. tp kawan2 yg pernah mkan cakap daging landak ni manis.. tp kalo ada kesempatan nak jugak merasa, masok lomak daging salai daging landak..perghhhhh!

    ReplyDelete
  4. jangan kata makan nampak pun tak penah , pestaim tengok rupa landak hihihi...

    ReplyDelete
  5. daging landak ni sedap tapi kalau perut xtahan mudah sakit perut sbb landak ni banyak makan sawit kot..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan pun.. tapi teringin la jugak sebab tengok kat ig PCL macam sedap jer..

    ReplyDelete
  7. kalau tak tahu itu daging landak memang kak ana makan tapi tak pernah lagi makan daging landak ni, jumpa pun kat zoo je PCL :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah merasa daging landak.. Sedap ke? macam mana rasanya?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.