Koleksi 10 Insurans Yang Paling Pelik Di Dunia

Thursday, September 03, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Ramai di kalangan kita dah ada pelan insurans atau takaful untuk umat Islam. Pelan-pelan seperti insurans nyawa, insurans rumah, insurans, kereta tu dah jadi perkara biasa. Memang penting pun, sebab kalau berlaku hal yang tak diingini seperti kemalangan, penyakit, atau lain-lain bencana, setidak-tidaknya kurang impaknya kepada kewangan kita.

Koleksi 10 Insurans Yang Paling Pelik Di Dunia


Dalam artikel kali ini mari kita santai sikit, baca pasal polisi insurans yang melindungi dari.. perkara yang luar dari kebiasaan. Sesetengah keadaan memerlukan coverage yang unik yang tak diperlukan oleh orang lain, dan syarikat insurans pun tak kisah nak cover kalau kebarangkalian nak kena bayar pampasan tu rendah.

Jom baca senarai 10 polisi insurans yang palik pelik:

1. Insurans Anggota badan

Ini bukan perkara baru, malah telah bermula sekitar tahun 1900-an. Tapi masih dikira pelik daripada biasa. Kebanyakan daripada pemegang polisi insurans anggota badan ni terdiri daripada selebriti dan orang kaya. Berikut senarai kecil selebriti yang membeli polisi insurans untuk anggota badan mereka yang paling "berharga":

Jennifer Lopez membeli polisi untuk punggungnya.
Pemain American Football Troy Polamalu membeli insurans untuk rambutnya bernilai USD1 juta.
Kalau anda rasa Troy dah melampau, anda akan pengsan bila dapat tau nilai polisi America Ferrera, anak gadis yang melakonkan watak Ugly Betty - polisi untuk melindungi senyumannya bernilai USD10 juta!
Heidi Klum sebagai supermodel membeli polisi untuk sepasang kakinya bernilai USD2.2 juta.
Fahamlah, sebab sebagai supermodel, Kaki sangat penting untuk Heidi Klum. Tapi kenapa penyanyi terkenal Mariah Carey membeli polisi untuk kakinya bernilai sehingga USD1 BILLION?!
Selain itu ada juga personaliti TV dan Radio yang membeli polisi insurans untuk hidung mereka.. Pelik kan?

2. Insurans Cinta

Seorang fotografer mengambil polisi insurans untuk melindungi jika sekiranya model beliau mengambil keputusan untuk berumahtangga. Akhirnya model beliau memang berkahwin, dan beliau pun dibayar pamapasan insurans. Logiknya di sini, jika berkahwin, si model pasti akan berhenti menjadi model dan habislah periuk nasi sang fotografer.

Jadi bila pampasan dibayar, kuranglah kerugian pada pemegang polisi. Hmm.. mungkin boleh digunakan untuk isteri yang psycho?

3. Insurans Haiwan Peliharaan (Pets)

Saya gunakan pets la sebab haiwan peliharaan panjang sangat nak taip. Mak saya ada bela seekor kucing yang dia sangat sayang. Tapi sayang-sayang dia pun taklah sampai beli insurans untuk kucing. Tapi di sesetengah negara, terdapat juga polisi insurans untuk pets kita. Kebanyakan orang hanya mampu sediakan kediaman yang selesa untuk pets (boleh buat tempahan di sini), tetapi tidak pula pada insurans nya .

Bukan pets yang biasa saja macam anjing, kucing, ikan emas, etc. Semua haiwan yang diambil jadi pets ada insurans dia: ular, biawak, singa, katak, dan lain-lain.

Mungkin untuk sesetengah haiwan tu macam singa, ular sawa, etc memang perlu sebab kos rawatan dia terlalu mahal. Tapi dalam kebanyakan kes memang tuan punya pets tersebut sangat sayangkan pets mereka, sehingga sanggup habis berpuluh-puluh ribu untuk merawat pets yang sakit.

4. Insurans Kebarangkalian Rendah

Yang ni memang pelik. Insurans jenis ni banyak ditawarkan oleh Lloyd's of London, yang memang terkenal dengan produk insurans yang pelik-pelik. Ada polisi yang akan membayar pampasan kalau isteri melahirkan lebih daripada bilangan anak yang dijangkakan.

Penjelasannya: kalau anda menjangkakan ketibaan kembar, sebaliknya kembar empat yang keluar, bukankah kos anda nanti lebih tinggi?

Insurans ini berperanan membantu menyara kos ketibaan bayi yang tak dijangka. Kes yang dilaporkan: ada pasangan suami isteri yang mengambil polisi ini, mendapat pampasan apabila si isteri mengandung anak kembar.

Pasangan ini memutuskan untuk renew (memperbaharui) polisi mereka selepas kelahiran kembar tersbut, dan si isteri mengandung lagi dan kali ni - kembar lagi! Pampasan terpaksa dibayar sekali lagi oleh syarikat insurans.

Insurans jenis ini bukan berguna untuk bayi saja: sebuah syarikat membeli insurans yang mana pampasan akan dibayar jika pekerja mereka menang loteri, jadi jutawan, dan tak mahu bekerja lagi.

Memang pelik..

5. Insurans Penerbangan

Semenjak berlakunya tragedi MH370 dan MH17, insurans jenis ini semakin popular dan tak dikira pelik lagi. Tapi secara statistik, lebih ramai orang yang cedera ketika berjalan menuju ke kapal terbang daripada tercedera semasa dalam kapal terbang.

Bukan itu saja: daripada anda beli insurans untuk kejadian dalam kapal terbang sahaja, bukankah lebih baik beli perlindungan hayat dan kad perubatan biasa yang melindungi segala-galanya - termasuk dalam kapal terbang?

Ini buktinya manusia ni bukan berfikir secara rasional, tetapi secara emosional.

6. Insurans Asteroid/Meteor

Saya pernah tengok dokumentari dalam Discovery Channel tentang asteroid dan meteor dan bagaimana dahsyatnya kemusnahan yang diakibatkan jika ada yang terhempas ke permukaan bumi. Kebanyakan asteroid akan terbakar menjadi debu apabila bergesel dengan atmosfera bumi

Tetapi jika mendarat, kuasa pemusnahnya bersamaan seratus bom nuklear. Fakta menarik: kali terakhir sebuah asteroid besar menghempas bumi adalah ketika dinosaur masih wujud. Ia menyebabkan dinosaur tidak lagi wujud.

Tapi yang peliknya, kalau begitu besar kuasa pemusnah asteroid, siapa yang akan bayar pampasan jika berlaku bencana tersebut nanti? Bukankah syarikat insurans pun akan turut musnah bersama dengan seluruh tamadun manusia?

7. Insurans Pekerja Contoh

Ini pun agak menarik. Dalam mana-mana perniagaan, sudah tentu ada pekerja yang terlampau "star" dan melampaui jangkauan produktiviti pekerja lain. Kalau kehilangan pekerja macam ni, rugilah perniagaan tu.

Jadi salah satu langkah yang diambil oleh syarikat ialah membeli polisi untuk pekerja contoh tersebut. Jika berlaku sesuatu yang tak diingini kepada si pekerja contoh, pampasan akan dibuat kepada syarikat.

Ini berbeza dengan polisi yang syarikat bekalkan kepada semua pekerja, yang mana ahli keluarga pekerja yang mendapat pampasan. Nama lain untuk polisi ini ialah Key Man Policy, di mana Key Man membawa maksud orang penting dalam syarikat.

8. Insurans Serangan Paranormal

Sampai millenium baru ni pun, cerita mengenai vampire, werewolf, dan lain-lain masih popular. Malah saya rasa makin popular pun ada. Tengok saja sales ticket cerita Twilight. Jangan terkejut: ramai orang di dunia ni yang percaya kewujudan makhluk-makhluk paranormal ni.

Disebabkan permintaan yang tinggi, ada syarikat insurans yang menawarkan perlindungan jika pemegang polisi dibunuh hantu, vampire, werewolf, Gollum, dan lain-lain makhluk mistik.

Yang bestnya: ahli keluarga pemegang polis perlu membuktikan bahawa pemegang polis memang dibunuh oleh makhluk halus. Bagaimana nak buktikan tu jangan tanya saya.

Kalau kena sihir dengan bomoh boleh dapat insurans tak? Kena sorok bunian? Syarikat insurans Malaysia nampaknya tak update benda-benda ni.

9. Insurans Majlis Perkahwinan

Kalau tengok kepada cara rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu, tak rasa pelik sangat insurans ni. Kos majlis perkahwinan (wedding) di Malaysia semakin tak masuk akal dari tahun ke tahun. Sampai ada yang berhutang dengan bank untuk buat majlis, majlis dah berlalu 5 tahun lepas, hutang buat majlis masih tak selesai.

Kalau anda memang tak boleh tahan nak buat majlis grand-grand, memang jadi keperluan insurans macam ni. Kalau terjadi apa-apa, at least dapat balik duit tu.

Ada juga insurans untuk "perubahan hati". Maknanya kalau tengah nak akad tu tiba-tiba salah seorang mempelai terfikir,"Ermm... Tak jadilah nak kawen sekarang.." mempelai yang ambil polisi "perubahan hati" ni berhak dibayar pampasan.

At least dapatlah duit, terubat sikit hati yang terluka.. Ke tak?

10. Insurans Siti Maryam

Ini paling melampau. Bahasa Inggeris dia lain sikit tapi konsepnya sama. Sepasang adik-beradik perempuan membeli insurans untuk dibayar pampasan jika didapati mereka mengandungkan Jesus Christ, atau Nabi Isa. Syaratnya juga ialah mereka mengandung semasa masih dara, seperti Siti Maryam.

Kejadian ini mengundang kontroversi yang dahsyat, sehingga syarikat insurans tersebut terpaksa menarik balik polisi tersebut dan meminta maaf kepada orang awam.

Kesimpulan

Harap anda terkejut, terhibur, dan mungkin juga terkedu dengan skim-skim insurans yang pelik-pelik yang saya paparkan ni. Tapi walaupun insurans ni jarang dibincangkan, ia memang penting sebagai salah satu asas yang kukuh kepada kewangan kita.

Yang mana belum ada pelan takaful/insurans untuk diri dan keluarga, silalah jumpa agen terdekat dan ambil cepat-cepat ye! Sekian saja dari saya untuk kali ini.


[Guest Writer :  http://diyanatajularus.com/]



Nota : Sila email kepada admin untuk menjadi Guest Writer  Blog  www.nazlee.com

13 comments:

  1. Wah banyak no insurans ya ..

    ReplyDelete
  2. Salam Khamis..
    singgah sini pagi ini..

    ReplyDelete
  3. assalam..jenjalan kat sini

    ReplyDelete
  4. hehe, aku dah ada insurans sebab ulang-alik kerja naik moto. insurans yang pelik2 ni untuk yang ada duit terlebih je.

    *aku ada buat bidaan dalam entri terbaru, silakan kalau nak join...

    ReplyDelete
  5. mmg xbtoi dah puak2 ni

    ReplyDelete
  6. wah macam-macam insurans hahahah

    ReplyDelete
  7. Terbaiklah... terima kasih sebab ena ni masih blurr2 pasal insurans.. now boleh belajar serba sedikit info yang abg PCL sharekan

    ReplyDelete
  8. ah..dah ada penulis jemputan blog ni ye..hebat..:)

    ReplyDelete
  9. banyaknya insurans. Tahu yang basic saja... tq

    ReplyDelete
  10. Assalam abang nazlee,
    insuran dah jadi keperluan dah sekarang ni kan3

    ReplyDelete
  11. MACAM-MACAM INSURANS RUPANYA YANG ADA..

    ReplyDelete
  12. Banyak duit x taww nak buat apa dah , boleh la beli insurans pelik2 ni...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.