Nanti belikan untuk adik pulak .. iPhone yang latest model?

Wednesday, September 09, 2015 PCL 13 Comments

Ini semua pasal ragam kanak-kanak remaja, sifat cemburu antara mereka tetap ada walau kadang tak ditunjukkan di depan abah dan mama, bagusnya mereka harus diberi pujian. Gitulah anak-anak kami, Nurhusnina (18) dan Nurhanis (14) .

Dua orang sudah cukup memeningkan kepala dengan karenah bila depa buat perangai, tapi antara kedua dua beradik tu, Kakak Nina lah yang suka beralah sejak dulu lagi. Karektor yang di bawa oleh Nina adalah jelmaan karektor aku semasa kecil. Dan Hanis pula ikut style mamaD yang senang terluka perasaannya.

Kalau perhati pada raut wajah pula, Anak sulung kami ikut wajah mamaD, manakala  yang seorang lagi banyak ikut aku. Antara kedua-duanya, kami berikan layanan sama rata. Tiada pilih kasih. (boleh like Fbpage PCL tengok gambar depa)

Apabila si kakak mengadu yang handphone dia sudah meragam, minta dibelikan yang baru, Adik juga buat-buat handphone dia meragam (sebenarnya dia saja menykat kakak dia).

"adik nak jugak, henfon adik pun tak boleh pakai dah rosak !"

Kebetulan hari tu aku dapat rezeki lebih, alhamdulillah ada bajet untuk belikan handphone untuk Nina, terus sambar iPhone yang menjadi idaman kedua-dua beradik tu.

(sebenarnya ..terima kasih kat mamaD, bajet nak belikan mama hadiah birthday dia, tapi mama yang suruh guna bajet tu beli untuk Nina) ~ Ya Allah, kasihnya pada anak-anak.

Depa dah besar, semoga mereka berfikiran lebih matang dari hari ke hari, melihat kasihnya dan sayangnya mama terhadap mereka. Hanis just nice, tidak berdengki dengan kakaknya, sudah boleh fikir apa yang sepatutnya difikiran orang muda yang mahu jaga hati dan perasaan orang tua.



Nanti belikan untuk adik pulak .. iPhone yang latest model? ~hanis
Kalau ada bajet, apa salahnya, mamaD memujuk hanis, Lepas ni adik pulak katanya . Aku pula pesan mohon agar  "adik, kakak doakan abah mama sentiasa sukses. Sentiasa dalam Lindungan dan Ramat Allah SWT".






13 comments:

  1. syiok nyeeee . PCL henfon lela pon dah meragam ni . #mintakBelanje

    ReplyDelete
  2. Untungnya anak2 skang kan.. Tk mcm dlu.. Nak mintk henset mau kena hayun kepala.. Hehe

    ReplyDelete
  3. setuju dengan caption gambar tu PCL. ..zaman kita kita tak merasa..tak salah kita bagi anak kita merasa..paham sanagt perasaan bila orang ada dan kita pun nak ada tapi tak mampu..

    ReplyDelete
  4. ad ura2 nak belikan kakak dania handphone for her bday...tgh cari yang sesuai ni

    ReplyDelete
  5. wahhh seronoklah dia dapat handphone baru..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah moga ukhuwah dua beradik ni hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  7. Rezeki..anak pun pmbwa rezeki juga..huuu... Senak perut nk beli utk diri sndiri pun kedekut. Sbb kita beli sbb tau perlu atau tak bnda tu utk kita. Haa. Anak2 sekarang. Paham perasan ittew..

    ReplyDelete
  8. Nanti adik pula dapat iphone baru.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya adik dan kakak. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. Wahai uncle PCL.., saya pun teringin nak pakai I-Phone. Belikan le sebijik dua.. :)

    ReplyDelete
  11. bestnyeee... untg dyeorg... semoga jd anak yang solehah..aminn

    ReplyDelete
  12. wah...kakak dpt iphone!!!..
    tepon aunty pun tgh kiok berkabus... Nak beli IP...nth bile2 laaa... hihihihi

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.