Projek Rumah Kucing di Perumahan Orang?

Wednesday, September 09, 2015 PCL 10 Comments

Projek Rumah Kucing 

Petang semalam aku pergi sebuah kediaman indah di taman perumahan mewah. Ada pelanggan nak buat sangkar kucing ..alhamdulillah permintaan untuk projek ini sangat-sangat memberangsangkan sejak awal tahun 2015 ini. Alhamdulillah juga dan tak sangka juga Rakyat Malaysia sanggup berhabis untuk haiwan kesayangan mereka.

Seekor ibu kucing dan lima ekor anak, tidak ada sangkar yang sempurna. Cuma sebelum ini ditempatkan sementara di dalam sangkar besi bersaiz kecil dan sesekali berkeliaran dalam pagar rumah.. Tembok pagar keliling rumah tersebut tidak selamat untuk mereka dengan struktur rekabentuk pagar yang boleh dibolosi haiwan pemangsa dan musuh tradisi kucing iaitu anjing jalanan. Pelanggan maklum tentang ini. Sayang kucing sebab takut digigit anjing, sayang kucing sebab risau haiwan itu kesejukan, kepanasan, tidak selesa dan sayang kucing juga sebab ikut sunnah Rasulullah SAW menyayangi kucing. Semuanya antara sebab mereka menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan membuat rumah kucing.

Nak buat rumah kucing bukannya rumah orang?


Kalau diikutkan bajet pelanggan, semuanya mahukan yang terbaik untuk 'anak-anak' mereka dan bajet murah. Sesuatu yang baik adalah dari kualiti yang baik dan juga barang yang baik-baik. Kami sebagai kontraktor pembuat rumah kucing akan bertanyakan bajet pelanggan terlebih dahulu. Ramai yang beranggapan, untuk haiwan ini tidak perlu bajet besar, cukup sekadar dinding sekeping dan bumbung sahaja. Ya betul kalau ingin melihat mereka 'bahagia' dan anda bahagia dengan apa yang anda belanjakan. Buat baik kepada haiwan, insyaAllah besar ganjaran pahalanya. Berkenaan bajet ? Buat ikut kepampuan dan bukannya kehendak semasa.

Okay, ini untuk projek terkini kami ;
Kawansan  tepi rumah dengan keluasan persegi mampu menempatkan sebuah rumah kucing bersaiz 10 kaki panjang x 6 kaki lebar dan 7 kaki tinggi, material dari bahan kayu paine gred A, supaya ia nampak lebih kemas dan cantik dari pandangan tuannya dan juga tetamu sekeliling.

perkhidmatan membuat rumah kucing, sangkar kucing

perkhidmatan membuat rumah kucing, sangkar kucing

gambar sekadar hiasan dari google.com

(gambaran seperti di atas adalah idea yang kami propose dan ada perubahan telah dibincangkan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan juga bajet yang dicadangkan seperti penambahan bumbung yang sesuai, lanskap, dekorasi dalam dan sebagainya)

Projek sedang dalam progres, insyaAllah siap dengan kadar segera.


Apakah anda menginginkan kebahagian?

Menginginkan kebahagian yang sebenar tidak perlu dicari jauh-jauh, depan mata boleh nampak ...kena buka mata seluasnya. Kebahagian sejati tu ada dalam diri sendiri, ada dalam fikiran yang inovatif, ada dalam khayalan indah, ada dalam kemahuan yang optimis..semua itu berada dalam hati yang penuh dengan kebaikan.


Sep 02, 2015
Projek "Rumah Kucing" terbesar setakat ini, anggaran dalam RM70k ke RM80k , ..memang besar dan agak memeranjatkan . Alhamdulillah kini dalam proses dan ini adalah satu sebab aku agak sibuk kebelakangan ini.
Feb 02, 2015
RUMAH BURUNG / ARNAB / KUCING BERBAGAI REKA BENTUK DAN SAIZ UNTUK TEMPAHAN. Peminat burung atau haiwan kesayangan lain seperti kucing, arnab dan seumpamanya boleh mendapatkan perkhidmatan membuat 'Rumah ...
Jul 13, 2015
Kami sebenarnya ada projek...baru lepas tengok lori kayu bawak masuk kayu-kayu pallet second-hand. Ini yang aku pernah cerita dulu...aku ada projek buat rumah kucing / meja dan banyak benda lagi yang sekarang ni ...
Jun 05, 2015
Buat rumah kucing/haiwan dari kayu pain ... xcukup ruang dkt rumah.....huhuuuuu....tp santek tuh. ReplyDelete ... wah..menarik la projek pcl..btwy,khaty baru singgah sini,blog dah bertukar..hebat dan terbaikk. ReplyDelete.



TEMPAHAN SUDAH DIBUKA KEPADA UMUM
TEMPOH SIAP : 3-4 MINGGU
TEL/WHATSAPP : 017-4009726 (NAZLEE) 
Kemaskini : 08 Ogos 2016

10 comments:

  1. Replies
    1. ingatkan nak ajak main pcl bowling td.. hah

      Delete
  2. impressnya...tukang buat rumah kucing :)

    ReplyDelete
  3. Bestnyee ..rasa mcm nk buat tuk ahcing

    ReplyDelete
  4. PCL nanti projek dah siap share boleh tak..mesti kucing kucing tu happy..

    ReplyDelete
  5. dah lama tak bela kucing sendiri....tp kat rumah sentiasa ada kucing singgah cari makan..

    ReplyDelete
  6. Wah mewah juga rumah tuh kucing yaa.....

    ReplyDelete
  7. Encik.boleh tau rumah kucing yg kt atas tu brp budget ?sama saiz dgn atas.sekadar mahu tahu harga dulu.tq

    ReplyDelete
  8. Encik.boleh tau rumah kucing yg kt atas tu brp budget ?sama saiz dgn atas.sekadar mahu tahu harga dulu.tq

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.