Santai dengan kerusi meja kayu boleh ubah bentuk..terbaik !

Tuesday, September 01, 2015 PCL 10 Comments

Alangkah bestnya rasa dapat bersantai di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu. Memang cantik dan sedap mata memandang, lagi-lagi kalau kita dapat miliknya dan meletakkannya di dalam rumah atau di halaman . Indah suasana bersatai bersama keluarga. Letak di bawah pokok rendang, atau buat bumbung ala gazebo.., berehat minum petang sambil menikmati susasana indahnya halaman rumahku.

Sudah lama menyimpan hasrat tapi belum dapat dilaksanakan lagi, insyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti, teringin juga nak ada satu set kerusi meja kayu di halaman

Nina dan hanis dah berangan.., entah apa yang diangankan tu ; nak lepak kat luar rumah tak ada kerusi (alasan yang selalu aku demgar) haha..memang anak-anak dara suka terperuk dalam bilik aje kan !

meja kerusi pelbagai guna
meja kerusi pelbagai bentuk


Gambar di atas ni adalah sebuah kerusi serba serbi boleh, konsep dia ala-ala dalam filem tranformer yang boleh berubah bentuk, boleh jadi kerusi, meja , boleh disesuaikan untuk kerja-kerja melelukis plan ..wah sudah advance sungguh menarik perhatian aku ! materialnya adalah dari kayu merbau. Dimaklumkan ia adalah kayu yang sangat tahan lama dan cantik untuk perabot dan kelengkapan rumah.

Ada lagi kat bawah ni gambar meja pelbagai guna juga. Konsep sama tapi advancenya ada set permainan tradisional seperti Congkak dan Dam Aji .

meja congkak

Terbaik sangatlah kalau dapat memiliki sebahagian dari perabot kayu sebegini, emm terasa kemewahannya.
Mewah sebab dia eksklusif ; Untuk makluman korang harganya tak begitu mahal, ianya mampu milik.
Contoh  untuk kerusi transformer tu boleh beli dengan harga RM1500 ke RM4000 lebih kurang , termasuk penghantaran ke rumah (Semenanjung Malaysia).

Pembekal meja kayu boleh ubah bentuk mengikut kegunaan

Boleh whatsapp pcl kalau berkenan di hati , dan mahukan info lanjut tentang perabot kayu dalam gambar. (017-4009726) (nazli.angkasa@gmail.com) email .


10 comments:

  1. cantiknya ^_^

    *jemput singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kreatifnya cara ni..ada yang menjimatkan ruang.berbaloi dengan harga yang dibayar

    ReplyDelete
  3. unik gilerrr... kalau ada kat rumah satu macam ni, bestnyaa... haishh tertarik pula ena melihatnya

    ReplyDelete
  4. Pergh...cantik dan menarik nie PCL

    ReplyDelete
  5. Assalam abang nazlee,
    waaa
    bestnyaaaaa

    ReplyDelete
  6. bestnya meja...kalau ada rmh sendiri bole beli...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.