STYLO WORKSHOP WAWA IDRIS BERSAMA KBBA

Tuesday, September 08, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

STYLO WORKSHOP WAWA IDRIS BERSAMA Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)


Aku taip entri ni selepas beberapa hari masuk stylo workshop, macam kereta lah ..dah patut dah kena servis bila tiba masanya. Okay patik dah mula selesa nak menggunakan terma ganti nama #patik sejak baca penulisan Wawa Ideris di blognya imejpatik.wawaidris.com , rupanya beliau adalah blogger yang bersahaja dalam berkarya selain sebagai Perunding Imej Korporat dan Selebriti bertaulaiah serta berpengalaman luas.

Stylo Workshop tersebut telah diadakan pada hari Sabtu lepas (5/8/2015) bertempat di Hotel De Palma Ampang Selangor. Beberapa nama blogger terlibat dalam worshop tersebut. Kalau ditanya kepada semua yang hadir pada hari tu , memang rasa bersyukur sangat sebab banyak ilmu disedut, banyak perkara belajar tentang penampilan imej diri.

Wawa memang pandai, bijak berkomunikasi dalam pemyampaiannya... Bab itu tak perlu nak disangkal lagi, memang selayaknya beliau berada di mana beliau berada sekarang. The best !

Serba sedikit mengenai Wawa Idris : Wawa Idris merupakan seorang perunding imej korporat & selebriti yang bertauliah dan berpengalaman mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan ( personal branding ). Beliau yang mempunyai Master Degree dalam bidang Komunikasi Korporat dan Diploma di Style Coach Institute di London. Pengalaman dalam bidang korporat dan public relations lebih sedekad ! Bagi yang berminat untuk mengenali beliau dengan leih dekat , boleh follow Wawa Idris di Facebook dan Instagramnya.
Facebook : https://www.facebook.com/idris.wawa.7
Instagram : www.instagram.com/wawaidris_imejpatik

wawaidris
wawaidris

Hai Maryam..!!  (semasa sesi suai kenal Wawa dengan peserta stylo workshop)

Di bawah ni Wawa menunjukkan cara mengukur badan untuk menetukan body shape seseorang. Bukan nak ukur buat pakaian ye, ini bukannya masuk kelas menjahit pakaian tau !,  tapi ini untuk yang patik sebutkan tadi.. haha. Kenali bentuk tubuh anda ?  kalau ada peluang cari Wawa, patik cadangkan ambil beliau sebagai perunding imej.. garenti hebat penampilan anda nanti.



Workshop berjalan lancar, suasana ceria sesekali diselang seli dengan acara cabutan bertuah, hadiah dari penaja stylo workshop terdiri dari EYEMASTER (kaca mata), CHEMBOJA (butik), RAJA JANNAH dan RATU JANNAH (produk kesihatan), SALEES (produk makanan), MBH SPA (spa dan produk kesihatan)

stylo workshop wawa idris
stylo workshop wawa idris


Part ini paling best di mana, Puan Wawa sendiri memberi komen terhadap pemakaian dan gaya peserta yang terlibat. Komen membina membuatkan peserta 'anguk-anguk' bukannya 'geleng-geleng' kepala mendengarnya. Dari komen dan ilmu perkongsian beliau, semua perseta nampaknya berjaya menyerap ilmu yang diberikan dan mampu melontarkan idea fesyen, ada keyakinan diri untuk menggayakan pakaian yang sesuai mengikut situasi semasa. Ini lah bagusnya ada perunding imej, kalau tak mampu bayar upah perunding imej, kita ikuti jer program / workshop yang dikendalikan oleh Wawa Idris. Garenti berpuas hati !  (Berani kata tak puas hati dengan Wawa !...hihi)


Gambar kejadian di atas adalah dari kamera patik, patik sedar gambar tak cantik sebab patik bukan khas nak datang ambil gambar... kita nak belajar eh..kan ? , so..  ada gambar-gambar menarik lagi kebaboom! patik ambil dari insta @wawaidris_imejpatik  ;


Wawa bersama penaja @unclekayfphotoworks (juru foto)


Wawa bersama penaja KAIO STUDIA (Juru Video)

Wawa bersama Ben Ashaari (Founder of KBBA)


Penceria Majlis ; Najeeb bersama Nik Nabil (Penghibur)

Tamat pembelajaran di Stylo Workshop sekitar jam 4 petang.  Belajar sini siap dapat sijil lagi.. Terima kasih Puan Wawa Idris dan Kelab Blogger Ben Ashaari




Bersama Kapten Jai , penaja kepada Hadiah yang patik menangi..untuk kembalikan TENAGA LELAKI !!  #RAJA JANNAH / RATU JANNAH. (tunggu entri review dari patik dalam masa terdekat)

p/s  penulisan saya guna #patik untuk kali ini sahaja (ngajuk Wawa)


8 comments:

  1. paling smart pcl ler..nasib tak bocor kes dekat mama d..hehee

    ReplyDelete
  2. Bestnye kalau boleh join kan...

    ReplyDelete
  3. Campur laki ompuan ke?? Macam segan je orang fokus kat badan kita..heheh

    ReplyDelete
  4. Semua kne comment . Pasni dh boleh aplikasikan apa yg dh belajar , geng kbba makin stylo la nnti

    http://www.farahandherpandasuit.blogspot.my/2015/09/event-style-workshop-wawa-idris-x-kelab.html?m=1

    ReplyDelete
  5. phew..
    sorg2 ek kena tegur.
    betul2 kena runding nie.
    terbaik ler.

    ReplyDelete
  6. TQ PCL.. looking forward to see you in more stylo..

    ReplyDelete
  7. makin stylo laaa abe nanti... hehe..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.