Trend Gaya Baju Kemeja Lelaki

Monday, September 21, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments


Baju Kemeja Lelaki



zalora, kemeja lelaki


Kalau bercakap tentang fesyen kebiasaannya wanita akan menarik nafas lega kerana mereka mempunyai jauh lebih banyak pilihan berbanding lelaki. Ini kerana realitinya memang begitu. Kalau kita lihat pentas fesyen peragaan tidak kira sama ada di Malaysia ataupun luar negara kita akan mendapati koleksi pakaian untuk wanita adalah lebih luas dan lebih banyak diketengahkan. Mengapa? Jawapannya terletak kepada fesyen itu sendiri. Tidak seperti wanita, trend fesyen lelaki tidak begitu banyak ruang untuk diketengahkan. Malah fesyen wanita lebih mudah untuk digayakan dengan hampir apa sahaja stail tidak kira sama ada yang terkini mahupun yang lama seperti vintage. Lelaki pula terlalu terhad kerana tidak semua, malahan pilihan yang ada jauh lebih sedikit jika hendak dibandingkan dengan wanita.


zalora, kemeja lelaki


Lelaki tidak suka berlebih-lebih dalam berfesyen ?


Namun mengikut sifat semulajadi lelaki itu sendiri mereka tidak suka berpakaian yang terlalu menonjol seperti wanita. Jika wanita boleh menggayakan sesuatu pakaian yang cukup glamour seperti night dress labuh bersama matching women accessories, namun lelaki lebih gemar memakai tuxedo dengan rekaan minimal bagi kelihatan lebih segak. Lelaki tidak suka berlebih-lebih dalam berfesyen dan itu adalah satu fakta.
Antara pakaian yang paling popular dalam kalangan lelaki ialah baju kemeja. Mereka sangat gemar memakainya sehingga pasaran fesyen baju kemeja lelaki menerima permintaan yang cukup tinggi oleh kaum Adam sehingga kini. Sekarang ini terdapat banyak koleksi kemeja tekrini yang boleh didapati di luar sana dengan seleksi rekaan yang cukup pelbagai bersama corak-corak menarik. Selain daripada itu mens shirt sekarang juga lebih stylish jika hendak dibandingkan dengan dahulu.

zalora, kemeja lelakizalora, kemeja lelaki


Baju kemeja lelaki terbaru online juga boleh didapati dalam saiz yang berbeza dan ini adalah antara faktor mengapa ia begitu popular kerana tidak kira apa pun saiz badan anda, pasti akan ada yang sesuai untuk anda! 

7 comments:

  1. assalam...lelaki walau berfesyen sederhana tetap tampak segak bergaya...

    ReplyDelete
  2. orang perempuan banyak pilihan pun masih pening tak tahu nak pakai apa..Orang lelai kalau pandai jaga badan pakai kemeja sama tiap2 hari pun nampak segak..

    ReplyDelete
  3. simple..tapi mengekalkan imej bersih..itu sudah memadai untuk lelaki..

    ReplyDelete
  4. Kalau kurus memang nampak cantik

    ReplyDelete
  5. seluar khakis, t-shirt/t-shirt berkolar, sneakers..tu jer gaya sejak 15 tahun lalu.
    ni baru nak berjinak2 pakai jeans lak ;)

    ReplyDelete
  6. nampak model dia ensem hehehee

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.