Kudapan Sihat Kerepek Pisang Nangka

Friday, October 30, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

Pengunyah Tegar Kudapan?

Mengunyah kudapan semakin menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita, kadang kalanya ia menjadi tabiat makan tidak mengira masa. Contohnya kalau di tempat kerja (pejabat khususnya) ada saja balang kudapan seperti kerepek/kekacang di meja kerja / pantry. Kalau di rumah pula semasa menonton televisyen, kebanyakan orang mesti suka mengunyah. ada juga suka mengunyah bila-bila masa dia suka...

Tabiat suka mengunyah tak kira masa ini sudah membuka peluang kepada peniaga kudapan menambah pendapatan mereka, maka tidak hairanlah ramai peniaga kudapan berebut-rebut memenuhi permintaan si pengunyah tegar ini.

Baru-baru ini kenalan saya yang juga bekerja tetap dahulunya, kini telah mengambil keputusan untuk beniaga secara serius untuk memenuhi permintaan 'pengunyah tegar'. Sambutan sangat menggalakan. Persaingan itu sudah pasti dalam dunia perniagaan ini cumanya harus kekal dengan persaingan sihat kalau nak lebih maju dan berkat. Persaingan sihat bukan sahaja dari segi mendapatkan pelanggan tetapi lebih kepada penghasilan kualiti makanan kudapan yang sihat untuk jangka masa panjang kepada pelangganya. Beliau telah memperkenalkan kerepek pisang BEBAS GLUTEN.

Apa itu gluten?
Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam kanji terutama tepung gandum, barli, gandum hitam dan sebagainya. 
Adakah Gluten tidak baik untuk kesihatan?
Gluten tidak semestinya tidak baik tetapi sesetengah orang tiada toleransi atau alah dengan gluten. Badan mereka akan menghasilkan tindak balas imun yang tidak normal apabila badan tidak mampu mencerna gluten itu. Seterusnya, ia akan merosakkan usus dan menghalang nutrien diserap oleh badan.
Tanda dan gejala alahan dari gluten:
sakit perut, cirit birit, muntah-muntah. depresi dan lekas marah. ruam kulit. cram pada otot. rasa letih. sukar untuk bernafas. Hasil campuran gluten sebenarnya menganggu metabolisma badan kerana ia tiada kandungan serat. Serat sangat diperlukan oleh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan dan mencegah penyakit diabetes, jantung dan kanser.
Jadi di sini, saya mahu mewar-warkan penjualan untuk peminat-peminat kudapan "Kerepek Pisang" (kalau berkenan di hati nak buat tempahan boleh terus hubungi nombor yang tertera di bawah gambar dan harga ;

Kerepek Pisang Nangka Bebas Gluten (Gluten Free)

Kerepek  Pisang Nangka
Kerepek  Pisang Bersalut  Chocolate
Kerepek  Pisang Sambal

Harga Kerepek  Pisang  Nangka
RM15  sebalang

Kerepek  Pisang Bersalut  Chocolate
RM15  sebalang

Kerepek  Pisang Sambal
RM10  sebalang

Gluten-Free
100% natural salt ( Himalaya)
Postage = 1 hingga 2 balang RM10  dan RM18 (Sabah dan Sarawak)

Hubungi : Halaman Nurani Enterprise
019-33905583 (Shahrul Nizam)

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Langkah Menuju Syurga Allah

Thursday, October 29, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Langkah ini membuatkan aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya ;

1. Wajah yang cantik/segak
2. Duit yang berjuta-juta
3. Sihat dan Kuat
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya dan
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang

Hal itu mudah kita perolehi dengan hanya perlukan 15 minit paling lama dalam sesuatu waktu.
Bagaimana caranya?

Nabi SAW bersabda ;
1. Barangsiapa yang meninggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.
2. Barangsiapa yang meninggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.
3. Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.
4. Barangsiapa yang meninggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang dipetik dari anak-anaknya.
5. Barangsiapa yang meninggalkan solat Isya' nescaya tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Kalau rajin singgah la ke insta @yatthamzah petikan dari sana, sekian untuk perkongsian.

"Solat itu tiang agama, ramai yang buat sambil lewa ..tegurlah kaum kerabat kita sebaiknya . Kalau tak kita siapa lagi?.. ubah diri , ubah keluarga ~ mohon insyaAllah kita hidup dalam redha dan rahmat Allah SWT."

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rempeyek Kak Nor (Kayu Manis)

Wednesday, October 28, 2015 Nazlee Ismail 4 Comments

Rempeyek Kak Nor (Kayu Manis)

Kenal Blogger Knor ?  Cinnamondotcom ? Kayu Manis ; seorang blogger dan pembuat rempeyek, pembuat kek ?  ...apa lagi haha (penulis blog tentang perkongsian nasihat, pendidikan anak-anak dan banyak lagi) .

Korang boleh masuk link blog ini (http://norihanchocolatebakery.blogspot.com/)

Sebagai anak saudara dengan Nor Ahmad, aku nak ambil berkat atas kerajinan dan usaha beliau memajukan diri dan keluarga , semoga keberkatan dalam melakukan sesuatu itu ada aura positifnya mengalir kepada anak-anak buahnya ini, insya- Allah.

Kami sentiasa mendoakan rahmat kehidupan seluruh keluarga dan pernigaannya berjaya dan terus berjaya ..

rempeyek kak nor
Rempeyek Rangup

Blogger Knor ; Seorang ushawanita kecilan pembuat kek dan juga pembekal REMPEYEK rangup sedap ! Dan terkini beliau mengorak selangkah maju lagi dalam bisnes kuih frozen ;

Untuk tempahan dan langganan rempeyek dan kek boleh hubungi beliau ;
Whatsapp 0132955849 (Kak Nor Ahmad)Face book : Nor Ahmad (https://www.facebook.com/nor.ahmad.52)

Rempeyek rangup Knor ..sedap memang boleh ralit makan !

http://norihanchocolatebakery.blogspot.com/

Aneka Resipi perkongsian Knor :

http://norihanchocolatebakery.blogspot.com/

.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bisnes tak sangka melalui blog

Monday, October 26, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

Gunakan sebaiknya Blog anda sebagai sumber pendapatan lain

Mesin Buai Elekrik (Automatic Cradle)

Ooo ingatkan anak orang Malaysia saja suka berendoi guna Buaian Elektrik? ..tak rupanya mommy minah saleh Germany pun ada hati gak nak guna.. Tadi aku dapat private massage di FB bertayakan tentang Baby Cradle . Katanya dia  guna khidmat google translate baca entri aku : haha..entah apa yang dia faham agaknya..
http://www.nazlee.com/2015/03/buaian-elektrik-untuk-bayi.html
..tapi dia dah berminat nak tahu dan nak buat pesanan, katanya brand dari Malaysia tu menarik perhatiannya. Nak oder banyak set pulak tu, kalau jadi lah (dalam proses) .

Aku sudah google search sesiapa yang ada jual / jadi agent jualan Buaian Elektrik .InsyaAllah kalau ada rezeki dapat lah berurusan dengan mereka.

Ini yang dikatakan 'Bisnes tak sangka melalui blog'  Betul tak ?

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kalau aku asyik dengan dunia aku.. kemana akhirnya?

Friday, October 23, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Biasanya malam jumaat masjid buat bacaan Yassin tapi semalam ada mesyuarat agung. Aku ingat-ingat lupa tarikh yang diberitahu sebelum ini. Aku bukan anak kariah tetap masjid ni, tapi kita cuba jugak mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Alhamdulillah di sini jemaahnya baik dan saling menghormati. Pernah lama tak ke masjid sebab tak sihat, kursus dan kekangan kerja. Kita dah biasa dengan ahli jemaah dan ada yang perasan ketiadaan kita terutamanya ajk masjid dan imam.

Semalam dalam mesyuarat ada pencalonan pegawai baru dan juga pemilihan ajk baru. Ini pengalaman aku yang pertama di sini selama bermastautin sejak 6 tahun lalu. Terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat sudah biasa tapi kali ini adalah untuk memilih peneraju masjid. Majunya masjid, aktifnya masjid bergantung kepada penglibatan semua dan perancangan oleh orang-orang yang dipilih.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, Muka-muka lama dikekalkan sebulat suara (satu dua nama ajk yg tidak hadir saja digantikan) . Memandangkan mereka semua masih muda belia dan  prestasi memberangsangkan. Penglibatan terbaik demi untuk kemajuan masyarakat setempat.

Aku berasa bertuah berada dalam linkungan kawasan ini, walau hakikatnya kedudukan rumah aku dalam pagar yang di kawal, walau kami bukan ahli kariah namun penerimaan mereka tetap sama. Cumanya diri sendiri perlu mendekati mereka dan rela didekati.

Hidup bermasyarakat

Itu yang aku sedang fikir sekarang ini, kalau aku asyik dengan dunia aku..  kemana akhirnya ?

Masjid Ar-Rohmaniah

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Auto Ping Entri Blog Anda Di Aplikasi Telegram

Wednesday, October 21, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Auto Ping Entri Blog Anda Di Aplikasi Telegram

Telegeram tak berat loading dia ; auto ping pulak tu.. sangat memudahkan

Dalam tempoh masa (setiap 15 minit) entri terkini anda akan terindeks di sini :
Gambar Print Scrn dari komputer 

Syaratnya, Blogger perlu ada akaun TELEGRAM (telegram di komputer atau telefon pintar)

Ping Entri?

Ping adalah istilah yang digunakan oleh kebanyakan blogger untuk promote entri mereka.

Selalu blogger akan auto ping entri ke facebook atau twitter. Kalau ke group facebook, blogger akan ping secara manual satu persatu atau ping secara berjemaah.

Sekarang dah ada satu telegram channel yang akan auto ping setiap entri kita. Channel ini akan semak blog kita setiap 15minit sekiranya ada entri baru.

Bermula di EFG (group telegram) sebelum ini , dan kini mahu diperluaskan lagi kepada Bloggers di mana-mana sahaja yang berminat ingin menyertai ;

Anda boleh merujuk di entri Irrayandotcom (untuk keterangan lanjut) atau terus berhubung dengan beliau;
Penyelaras program Telegram Auto Ping ini ialah Daddy G (suami kepada mommy Irra).

Cara mudah  sertai Auto Ping Telegram

Anda boleh daftar terus dengan Mommy Irra. atau boleh lah pm di telegram mommy @irrayyan

"Lagi ramai yang join, lagi besar audience coverage dan lagi meriah dengan link entry yang akan dikongsi bersama."

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lebuhraya SKVE laluan gelap berbahaya !

Monday, October 19, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Lebuhraya SKVE laluan gelap berbahaya !

Suatu ketika dulu pernah disiarkan dalam blog ini tentang berlaku insiden beberapa buah kenderaan terlanggar objek keras merintangi jalan raya telah mengakibatkan kerosakan kepada tayar kenderaan terbabit (baca sini). Di dalam artikal tersebut ada dinyatakan supaya pihak berkenaan (SKVE- South Klang Valley Expressway) memberikan perhatian serius tentang perkara ini :
Perhatian kepada pihak SKVE untuk penambahbaikan :
1. Ratakan permukaan jalan yang banyak berbonggol.
2. Peruntukkan Lampu Jalan sepanjang lebuh raya.
SKVE- South Klang Valley Expressway.
Gambar pada 3 Jun 2015

Tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkenaan telah membacanya, namun sehingga artikal ini disiarkan, masih tidak ada perubahan terutaman tentang kemudahan lampu jalan.

Tiada kemudahan lampu jalan secukupnya di sepanjang Lebuhraya SKVE

Keadaan jalan raya di waktu malam sungguh gelap dan membahayakan pengguna, lebih teruk lagi dengan keadaan permukaan jalan yang beralun (tidak rata di beberapa kawasan).

Memandangkan senario sekarang, musim jerebu kritikal melanda negara kita (Selangor khususnya). Keadaan jarak penglihatan pemandu agak terbatas lebih-lebih lagi di waktu malam gelap.

Berhati-hati ketika memandu

Sebagai pengguna lebuhraya SKVE, kita perlu mengambil langkah berhati-hati dalam setiap keadaan.
Berikut saya telah merakamkan pemanduan dari Plaza Tol Saujana Putra menghala ke Plaza Tol Teluk Panglima Garang malam tadi.

https://youtu.be/dOxu-7rb5Wk

Saranan Kepada Pihak SKVE ; mohon agar dapat menyediakan Lampu Jalan secukupnya di sepanjang jalan lebuhraya SKVE dari Plaza Tol Pulau Indah Ke Plaza Tol Ayer Hitam.

Kadar Tol sudah dinaikkan

Kenaikan kadar Tol juga sudah dilaksanakan mengikut saranan Pihak Kerajaan baru-baru ini, kenaikkan di beberapa Plaza Tol SKVE ini diharap dapat menyumbang kepada kebaikan untuk pengguna dan agar pihak berkenaan mendengar saranan dari pihak pengguna pula.

SKVE- South Klang Valley Expressway.
http://www.skve.com.my/
SKVE- South Klang Valley Expressway.
http://www.skve.com.my/

Apa pula kata anda yang pernah melalui Lebuhraya SKVE ini?

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jaga Perasaan Anak-anak

Thursday, October 15, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Hubungan perasaan antara ibu dan anak begitu besar sekali, keperluan anak-anak kepada kasih sayang ibu adalah lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan makanan lazat-lazat yang diberi oleh ibu setiap hari.

Hubungan perasaan antara anak-anak dengan ayah pula mengikut genetik. Anak perempuann manja dengan ayahnya dan anak lelaki manja dengan ibunya... lumrah dan kebiasaanya begitu. Namun ada juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada kelangsungan si ayah mendampingi si anaknya.

Kanak-kanak yang menikmati kasih sayang ibu dan ayah semasa kecilnya akan menjadi dewasa yang penuh kasih sayang dan dapat memahami orang paling hampir dengannya. Menurut pakar jiwa, kanak-kanak (lelaki) yang datangnya dari keluarga yang bahagia akan menjadi suami-suami yang bahagia. Didiklah dan sayangilah anak-anak bujang lelaki anda dengan ajaran agama dan kasihlah mereka sepertimana anak-anak lainnya.

Aku cuma ada anak-anak perempuan..
husnina, hanis
husninan, hanis
hanis, husnina, mamaD , pcl

Risau juga bila kanak-kanak yang terlalu dimanjakan dan terlalu melewati batas akan menimbulkan akibat buruk kepada mereka bila dewasa nanti. Apa yang boleh buat, setelah berbuat yang terbaik untuk mereka hanya iringan doa setiap kali selepas bersolat supaya anak-anak kami ini akan menjadi anak-anak yang solehah. insyaallah. aamin.

Ohh anak-anakku ..

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Support Mini Give Away Blog CikSepet PV ke 1 Juta !

Tuesday, October 13, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

TAHNIAH CIK SEPET (LISA MAWAR BIRU)

Salam ,

agak kelewatan nak turut serta countdown angka page view blog cik sepet ke PV 1 juta. Tapi tak apalah.. pcl dah screen shot angka ke 1000121

jeng..jeng..

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dalam kepala aku fikir dua perkara saja.. Nak tau?

Tuesday, October 13, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Kongsi Rasa Penulis ; Jaga mata, Jujur  dan Realiti

Aku ni sudah biasa dan menjadi tabiat bila berjalan-jalan asyik suka pandang ke bawah dari mataku melilau melihat sana sini, kecualilah dulu masa kanak-kanak dan first time datang ke ibu kota, Kuala Lumpur.. mata tercangak ibarat 'seekor rusa keluar hutan masuk kampung'.
duniahidupku

sapa pulak skodeng dari bawah ni.. ni yg aku malas nak jalan tunduk ! (gambar sebagai hiasan kisah penulis)

Dalam kepala aku fikir dua perkara saja.., nak tau?
Maksiat ..maksiat ..maksiat  dan satu lagi "mengharap sangat akan terjumpa sesuatu yang berharga".

Aku bukan baik sangat bila bicara pasal akhlak mulia ni, tapi sekurang-kurangya aku dapat mendisiplinkan diri sendiri dan menjadi contoh kepda keluarga sendiri. Jalan tunduk bukan bermaksud tak boleh toleh sana-sini, tapi cuba kawal pandangan daripada sesuatu yang tak sepatutnya dilihat. Dan aku akui memang tak boleh bercakap depan-depan dengan sesiapa sambil bertentangan mata. Aku sedikit pemalu orangnya serius memang tak boleh.

Sudah banyak kali hajat aku nak terjumpa sesuatu yang berharga dimakbulkan olehNya.
Yang masih aku ingat ; Di Zoo Negara beberapa tahun dulu, sekeping not RM100 terjumpa di bawah kerusi tempat rehat (tapi munjur ternampak, duit tu jatuh dari poket seorang pengunjung berbangsa Cina (apek tua), itu bukan rezeki namanya dan aku kembalikan kepada tuannya).

Jumpa duit terpijak di pasar malam , Rm50 (yang ni memang tak tau sapa punya), ..ni kira rezeki aku kah?

Jumpa duit lagi Rm50 baru-baru ni di parkir kereta di sebuah Mall. mahu pulangkan semula tapi kereta yang berkenaan tak ada di situ masa tu...ni kira rezeki aku kah?

Jumpa duit syiling dah banyak kali tapi segan nak kutip, sebab duit syiling kot..ahaha
Jumpa top-up telco yang belum digores dah banya kali, ini kira rezeki aku kah?

Pasal duit atau barang jumpaan itu, ada pendapat ulama' menyatakan perlu diiklankan selama setahun, selepas itu barulah boleh dimiliki sepenuhnya jika tidak berjumpa kepada tuannya.

aku baca kat sini ;

Hebahkan selama setahun .Ulama memberi panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka pada zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan. (rujukan)
tapi, malangnya masa tu tak terbuat untuk hebahan. Duit yang jumpa memang dimasukkan ke dalam tabung-tabung masjid dan kebajikan dan diniatkan pula kepada tuannya atas pahalanya. Kecuali beberapa keping top-up yang aku guna sendiri... (kebetulan telco sama, aku belasah la)

eh...jujurnya aku hari ni.. hurmm. Anda bagai mana?

p/s :  Ramai je aku tengok orang sekarang ni yang berjalan-jalan sambil pandang ke gajet (smart phone) hihi..

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila kita cepat mesra, orang lain akan senang dengan kita

Monday, October 12, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Kongsi Rasa Penulis : Mesra , Sedekah dan Rezeki

Best ! .. sebuah salam perkenalan yang tak boleh dilupakan. 
Nak dijadikan cerita masa kitaorang sampai untuk sarapan pagi tu di sebuah restoran yang selalu penuh dengan pelanggan , Aku dan mamaD mahu cari tempat duduk tapi tak ada meja kosong (berasingan). Hanya ada beberapa buah meja yang diduduki oleh pelangan lain.

Sudah melangkah ke dalam restoran, rasa segan pulak nak keluar balik dan berpusing-pusinglah... last sekali minta izin duduk semeja dengan pasangan suami isteri yang lebih kurang sebaya dengan usia aku tapi berader tu tampak berumur lebih sikit kot. Sempat kami berkenalan , sambil kami menunggu makanan yang dipesan tiba. Borak takda la rancak mana..maklumlah akul ni bukan kaki sembang kuat, boleh la kalau nak kata (baik sikit dari orang pendiam), begitu juga mamaD berborak dengan isteri brader tu.

Semakin lama semakin dapat seseuaikan diri kami, sedikit rancak perbualan masing-masing. Orang kata kalau nak mesra kena jadi peramah, aku cuba jadi 'peramah' tapi memang lambat nak mesra lagi-lagi untuk kali pertama jumpa.

duniahidupku

muka macam ni gayanya , ada ke orang nak dekat...ahaha !! (gambar sebagai hiasan kisah)

Tapi pagi tu lain sikit, aku terlajak peramah pulak dengan dia..dan diorang pun peramah jugak, mungkin boleh masuk dengan cara aku. Sebenarnya apa yang aku nak bagitau kat sini.., aku boleh mesra dengan sesiapa saja tapi bukan dari diri aku yang memulakannya. Aku tak banyak modal untuk berborak sama ada di alam nyata atau di alam maya. (kalau ada yang perasan la) .

Bila kita cepat mesra, orang lain akan senang dengan kita (macam tu jugak la dengan aku ni).
Jadi untuk pagi tu dengan tak disangka dia mebelanja makan, bayar kesemuamya dengan ucapan "Salam Perkenalan" katanya jumpa lagi di mana-mana InsyaAllah, jangan tak tegur !

Salam perkenalan yang tak boleh dilupakan sebabnya, antara kami tak pernah kenal sebelum ini, hanya insiden tak dirancang tersebut.

"semoga setiasa murah rezekinya" .. alhamdulillah . Terima kasih.

Selepas insiden itu, baru aku terfikir...

"Kita ini tak boleh tunggu orang lain mulakan dahulu, sebaiknya kitalah memulakan sesuatu yang baik. Buangkan sifat ego dalam diri dan kita ni kena biasakan diri dengan mengeluarkan sedekah miskipun jumlahnya hanya sedikit kerana sedekah itu akan menambah rezeki kita dalam bentuk sesuatu yang tak disangka" wallhu'alam

Ini pelajaran untuk diri aku dan aku kongsikan moga bermanfaat untuk pembaca...

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Resepi Kari Ikan Patin style mamak

Sunday, October 11, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Resepi Kari ikan patin claypot

Kari Ikan Patin masak simple untuk makan tengahari di hari minggu @ mamaDcafe.

Pagi tadi aku beli ikan patin di pasar kemboja kat sini, memang selalu ada jual ikan air tawar segar lagi murah. Beli ikan patin tak sampai sekilo beratnya, ambil bahagian tengah badan sahaja.., bahagian ni memang sedap dimasak gulai tempoyak atau masak kari.

Resepi Kari masak style mamak aku belajar dari mamaD, kari mamak tak akan guna santan atau susu cair.

Okay, untuk lelaki masak kita bagi mudah cara saja, aku terus kepada bahan yang nak guna :
1) potong 1 biji bawang besar dan blend campur air.
2) Bawang siap blend tadi campur dengan serbuk kari (babas).
3) hiris bawang merah, bawang putih dan sediakan biji halba campur dan daun kari.
4) panaskan minyak dan tumis bahan 3
5) masuk sekali bahan 2 dan masak sampai kari pecah minyak
6) masukkan air supaya tidak terlalu likat, air asam jawa dan masukkan potongan isi ikan.
7) Biar mendidih dan masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.
8) Masukkan bendi dan biar mendidih sampai ikan masak.
9) Masak dalam claypot rasanya lebih enak.
resepi masak ikan patin

resepi masak ikan patin

Suami-suami kena cuba masak sendiri, tolong isteri apa yang boleh, kalau keluarga anda peminat kari mamak.. bagi la rasa air tangan anda sesekali.. itu lebih baik dari air tangan tangan yang tak dikenali.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kerja makin mudah dengan Electric Presseure Cooker !

Saturday, October 10, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Pertama kali guna Electric Presseure Cooker, ni kita dapat sekali dengan tulang lembu dari kakak ipar yang baik hati, tulang lembu ambik buat masak dan pressure coocker tu buat pinjam sementara..haha katanya. Oklah kan kalau tak ada coocker memang susah dan lambat la nak kasi empuk daging lembu.

Nampaknya proses makin mudah, orang lelaki pun boleh buat kerja dapur kalau semua barang keperluan tersedia. Aku dan mamaD selalu bekerjasama kalau dalam bab masak memasak. Tak jadi chef besar kat dapur sendiri , jadi tukang cuci pinggan mangkuk pun kira okay sangat lah. kan ? Yang penting ...kalau bolehlah sesekali teman berteman di dapur apa salahnya. (suami-suami.. tolong buang sifat ego anda, bantu isteri di dapur bila ada masa terluang).

Ye lah, betul kerja memasak makin mudah dengan Electric Presseure Cooker. Selain buat soup coocker,  kegunaan lain coocker ni juga boleh buat food steamer, rice coocker , stir-fry and slow coocker.

Boleh sangat lah kalau dapat memilikinya sendiri.. (suatu hari nanti) !

Okay.. tunggu mamaD sediakan bahan untuk Moi Sup ?  lepas tu boleh ambil kuah sup ni jadikan kuah kepada Moi Sup ( bubur nasi special @mamaD Cafe) .

Sabar !

Shrort video on my instagram : @nazleeismail (klik) , aku dah share dalam ig ..boleh la tengok..

https://instagram.com/p/8paZ42qZTn/
https://instagram.com/p/8pbDAIKZUg/

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sup Tulang Lembu dalam proses ..

Saturday, October 10, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Sup Tulang Lembu dalam proses .

Hari Sabtu lagi sunyi bertambah sunyi rumah kami ni bila Hanis tak ada. Kakak nina memang tak balik minggu ni. Hanis pula mengikuti aktiviti sekolahnya, perkhemahan di UKM selama 3 hari 2 malam.

Apa plan hari ni?  jemput kakak ipar datang rumah buat makan-makan sikit. Minggu lepas dia bagi kami seketul tulang kaki, katanya dapat agihan lembu korban di kejiranan rumahnya.

moi sup

Daging korban dah habis dimasak, cuma tinggal tulang kaki lembu seketul.. jadi panggil balik tuan punya datang untuk makan tulang yang dah siap dibuat sup nanti.. haa ni baru planning !

Lepas hantar hanis ke sekolah tadi, kami singgah pasar beli tambah daging batang pinang dan paru . MamaD kata nak buat Moi Sup.

okay tunggulah nanti siap boleh share gambar dalam instagram @nazleeiamail.

Selamat bercuti..

May 21, 2015
Ini moi bukan sebarang moi...Moi sup ni la buat Pak mertua aku masuk ICU dulu...sedih bila terkenangkan. Arwah Tok Abah penah kata kat kawan dia "moi bini aku buat tak sama macam hangpa makan kat kedai tuh..lagi .
Mar 01, 2010
Ini moi bukan sebarang moi...Moi sup ni la buat Pak mertua aku masuk ICU dulu...sedih bila terkenangkan. Arwah Tok Abah penah kata kat kawan dia "moi bini aku buat tak sama macam hangpa makan kat kedai tuh..lagi ...
Jul 20, 2013
... sayur kobis goreng bersama cendawan hitam dan kacang panjang menambah kerangupan ..juga.taburan bawang goreng serta hirisan daun sup dan daun bawang yang segar...semuanya dalam satu mangkuk MOI SUP !
Jul 13, 2014
Nasi Ayam stim; Bihun Sup soto; Laksa goreng berlada; Moi sup (bubur nasi berlauk); Serawa durian. Nina. Nasi pattaya & tomyam; Nasi goreng USA. Hanis. Murtabak mee segera (jenama SEDAP) & Roti canai; Koew teow ...

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Penyebaran Artikal “November Black Out” PALSU !

Friday, October 09, 2015 Nazlee Ismail 4 Comments

Penafian Bumi Bergelap pada November ini

Berita palsu tersebut memberitahu bahawa:
Pihak NASA telah mengesahkan bahawa Bumi akan bergelap selama 15 hari kerana planet Musytari (Jupiter) dan planet Zuhrah (Venus) akan kelihatan sangat hampir atau hampir selari (close parallelism) hanya terpisah sejauh pada sudut satu darjah (1o) sahaja di langit. Apabila planet Zuhrah menghampiri planet Musytari, planet Zuhrah akan bersinar sepuluh kali lebih cerah daripada planet Musytari dan cahaya dari planet Zuhrah tersebut akan memanaskan gas-gas di planet Musytari dan menyebabkan berlaku tindakbalas. Tindakbalas tersebut menghasilkan banyak gas hidrogen ke angkasa lepas dan akhirnya sampai ke permukaan Matahari lalu menyebabkan letupan besar di permukaan Matahari. Ini menyebabkan suhu permukaan Matahari meningkat ke 9000 darjah pada skala Kelvin (8726.85 darjah Celsius). Matahari kemudian akan mengeluarkan haba dari pusatnya yang akan menyebabkannya menyejuk sedikit menjadikannya berwarna kebiruan dan akan mengambil masa selama 14 hari untuk kembali kepada keadaan biasa atau normal. Charles Bolden Ketua Pentadbiran NASA didakwa telah memberi penjelasan dalam dokumen sepanjang 1,000 mukasurat kepada Rumah Putih mengenai kejadian yang hanya berlaku sekali dalam satu juta tahun ini yang juga dikenali sebagai “November Black Out”. Kejadian tersebut didakwa akan menyebabkan Bumi terus bergelap mulai Ahad, 15 November 2015 jam 3 pagi hingga Isnin 30 November 2015 jam 4.15 petang.

PERKARA SEBENAR:
Semakan daripada website NASA mendapati bahawa peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau “conjunction”. Fenomena ini adalah normal kerana ia telah berlaku pada 30 Jun 2015 dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun 2015, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi. Perbezaan jarak antara kedua-dua planet tersebut tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang didakwa akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika berlakunya fenomena ijtimak ini.
Bagaimana tarikh 15 November 2015 dipilih, tiada sumber rasmi yang menyatakan.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Planetarium Negara, Lot 53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur
www.angkasa.gov.my / http://astronomi.angkasa.gov.my
Tel: 03-2273 4303 Fax: 03-2273 5488

Disalin dari sumber : FB Agensi Angkasa Negara

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Best Seller Makan Petang di Hot Pindang Kitchen

Thursday, October 08, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Best Seller Makanan Petang di Hot Pindang Kitchen

Makan petang lebih enak kalau kita dapat menikmatinya dengan santai di lokasi selesa, nyaman dan tidak memenatkan minda. Lebih enak kalau dapat makan cucur dan teh tarik ! , nak sejuk sikit Oder Jus Syahdu !

Cucur Tempura Hot Pindang  ; lembut di dalam dengan sayuran dan rangup di luar..Best seller makan petang di Hot Pindang Kitchen, Shah Alam. Dihidang bersama kuah cili pedas manis-manis.

HARGA : CUCUR TEMPURA @ RM4.50/hidangan

Hot Pindang Kitchen

Cucur Tempura Hot Pindang di hidang bersama kuah cili dan teh tarik

Hot Pindang kitchen

Cucur Tempura Hot Pindang di hidang bersama kuah cili

antara jus minuman penyejuk badan..

Jus Syahdu ..memikat hati (sampai tak boleh lupa)

Tarikan pelanggan di waktu petang ; Cucur Tempura Hot Pindang 
Hot Pindang Kitcen RestoranAlamat : No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, Shah Alam Selangor .(Next to Azira & Hatini Restoran) 
Tel : 03-5523 1259 , 012-204 3773 (Kak Ana)Waktu Operasi : 11 am - 11 pm

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA : Hari 7

Wednesday, October 07, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

GaDgeT TeRCiNTa

CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBAHari1. SeLFiE PaLinG CoMeL
Hari2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
Hari3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
Hari4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
Hari5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
Hari6. BReaKFaST WaJiB AnDa
Hari7. GaDgeT TeRCiNTa

Apa ada, itulah yang aku guna sampai tamat perkhidmatannya. Ini betul-betul gadget tercinta namannya. Ni aku cakap pasal gadget (smart phone). Di zaman yang semakin maju , tuntutan hidup juga semakin tinggi. Perkembangan teknologi begitu cepat memaksa mereka yang sangat obses dengan gadget sanggup berhabis wang demi mendapatkan gadget impian mereka. Tiada istilah gadget tercinta di sini jika apabila datang model baru akan hilang cintanya beralih kepada yang baru. ini pendapat aku saja..

Dan aku masih setia sejak 2 tahun dulu ; HUAWEI HONOR 3C

Cabaran InstaBlog 7 Hari

Dengan dia, blog aku cari makan ! , dengan dia instagram aku penuh dengan gambar dan sekarang follower cecah ke angka 7.5k @nazleeismail 

Ok bangga dengan gadget tercinta !

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apakah anda mempunyai anak yang sedang meniti usia remaja?

Wednesday, October 07, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Hanis, Nina

Dua beradik, anak dara kami ni dah mula jeles sesama sendiri; subjek kepada berfesyen . Pantang tengok pakaian menarik di Instagram (terutamanya),  mulalah minta nak beli. Bila sorang beli lagi sorang nak juga..

Merengeklah si adik nak beli kalau kakak dah dapat, tapi mamaD tak semudah itu menurutkan kehendak anak-anaknya. Bagusnya kalau ada "akauntan" yang dedikasi macam mamaD. , kalau aku bab beli membeli keperluan anak-anak semuanya okay.

Apakah anda mempunyai anak yang sedang meniti usia remaja?

Ketika ini , ibu bapa akan mula berasa risau tentang pergaulan anak-anak remaja di luar dari pengawasan terutama bagi mereka yang mempunyai anak perempuan. Satu cara yang terbaik adalah sentiasa menerapkan ajaran agama diperingkat awalan lagi dan sentiasa menjadi sahabat yang baik kepada anak-anak remaja.

Bila anak-anak dah besar, anda akan lihat bertapa senangnya kehidupan ibu bapa seperti itu, hendak ke sana-sini tanpa mengendong/ menyorong stroller anak, tapi hakikatnya tidak semudah itu!. Lagi besar usia anak, lagi berat bebanan tanggung jawabnya.

Itu yang aku rasa sekarang ini.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !

Tuesday, October 06, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

Pasti semua dah kenal dengan L’arome Slimming Serum atau nama barunya L’arome Warm Serum.  Bukan sahaja untuk kurus dan pecah lemak. Sebenarnya  banyak kegunaanya.

APA YANG L’AROME BOLEH BANTU LAGI?

    LEMAK: pembakaran lemak berlaku sangat pantas
    SELULIT: perubahan ketara hanya dalam tempoh 1 minggu
    LANGSING: perubahan yang amat ketara dlm 3-7 hari
    STRETCH MARKS: hampir 100% hilang dlm masa 1 bulan

BAHAN UTAMA L’AROME ialah dari APPLE STEM CELLMenggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Switzerland dalam membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan. Menghilangkan selulit, orange peels, strecth marks & parut.

BAHAGIAN MANA BOLEH DI SAPUKAN L’AROME?
* Boleh disapukan pada double chin.
* Menghaluskan tekstur kulit.
* Mengeluarkan angin-angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME :
Untuk pertama kali, cuba dahulu 1pam dan sapukan di bahagian perut tengah sambil sapu. Gosok, urut, tenyeh, dan tepuk-tepuk pada bahagian berlemak atau bahagian yang perlu.

SAPUAN PALING EFEKTIF UNTUK L’AROME:-
- 2 x sehari
- pagi selepasmandi
- malam sebelum tidur

Jika ada masa lapang boleh sapu 3x-4x sehari (lagi cepat Nampak keputusannya sambal tepuk-tepu di bahagian yang telah di sapu). Kunci turun berat badan ialah bahagian (urutan dari ulu hati kebahagian perut)

TIP:
- Kalau boleh hindarkan dari minum kopi/teh (kecuali green tea) kerana gangguan metabolism badan.
- pakai girdle/korset (jika ada)
- Jika anda banyak lemak tepu,  amalkan diet protien (makan Ikan, ayam)
- Kurangkan karbohidrat (nasi, mee, roti, kuih muih dan minuman manis)
- elakkan makan telur, kacang soya, kentang, durian, minuman manis, sejuk, berais dan bergas
- perbanyakkan minum air masak.

TINDAK BALAS L’AROME

- kurang selera makan
- lawas buang air besar
- nyah toksid dan lemak
- mungkin aka nada merah2 atau gatal pada bahagian yg disapu. Jangan panik/takut...itu normal...serum sedang meresap dan merungkai lemak tepu.

Testimoni 1

"Saya hilang 2.5inci 2 minggu. Selulit makin hilang!!"
 
Testimoni 2

"Lengan kecik, perut kempis"

HARGA LAROME:
1 botol RM170

All-in-1 bottle – harga treatment jika di SPA RM1.5K-RM3K, tetapi anda hanya perlu bayar lebih kurang 10% sahaja.

HARGA ISTIMEWA PENGHABISAN STOK RM106 SAHAJA !! TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS)

PM/SMS/CALL/WA: 0126460421

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA : Hari 6

Tuesday, October 06, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA
Hari1. SeLFiE PaLinG CoMeL
Hari2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
Hari3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
Hari4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
Hari5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT
Hari6. BReaKFaST WaJiB AnDa

Breakfast Wajib Saya ?

Hari-hari mau makan telor, ada asas teloq sebagai sumber protin yang menyumbang tenaga.

Sesekali makan telur separuh masak, scrambled egg, telur goreng dengan roti gardenia, letak salad, bawang buat macam burger..walah ! memang menjadi satu kemestian dalam sarapan yang disediakan oleh mamaD.Wajib ada telur !

boleh tengok kat instagram PCL_MOMENTS dengan hastag #mamaDcafe

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak larat dah nak mengkahak ke longkang !

Monday, October 05, 2015 Nazlee Ismail 5 Comments

Kalau tak kena tak apa, dah kena lambatbpulak nak baiknya.. nasib la tak ada athma.. semput nyawa hanya Dia yang tahu..

entah mana datang dia melekit lekit di tekak, lagi buang lagi banyak dia datang..

tak larat dah nak mengkahak ke longkang !

tak berkesan jugak..lagi parah #batuk ; perit doh tekak ni #esokmc !

#KelabBloggerBenAshaari
#ExChANgeFeEdGrOuP
#bloggerlife #nazleedotcom #capkelapalautafrika

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA : Hari 5

Monday, October 05, 2015 Nazlee Ismail 18 Comments

CaBaRaN iNsTaBLoG 7 HaRi EFGKBBA
Hari1. SeLFiE PaLinG CoMeL
Hari2. ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?
Hari3. PeRKaRa WaJiB BuaT SeTiaP HaRi
Hari4. APa AnDa SeLaLu CaRi DaLaM FReeZer?
Hari5. DrAMa TV / MoViE FeVeReT

DrAMa TV / MoViE FeVeReT

Ini hari paling mencabar ..ya loh, sebab aku tak tau tajuk apa drama yang aku seskali termenonton ! ..owh aku dah ingat.. MOK CUN ! hahahaa.. tak tau lah dah habih tamat dah kot ?

Carian google nak tunjuk poster Mok Cun.. ok jumpa tunggu sat noh !

Drama Mok Cun Jadi Pilihan Ramai

"Mak Cun mengisahkan tentang Perusahaan Bedak Sejuk Mok Cun makin menjadi-jadi. Bukan shaja di Kokdiang nuh malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun dah macam kilang buat bedak sejuk ~ tuu diaa !!

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

UMMIZA CAFE : SAJIAN MAKANAN MELAYU & ORIENTAL

Monday, October 05, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

MAKANAN MELAYU & ORIENTAL Di Ummiza Cafe

Ummiza Cafe terletak di persekitaran kampung yang jauh dari kesesekan dan kesibukan kotaraya, dengan menu-menu ketimuran yang enak dan kemudahan yang tersedia mampu memikat hati pelanggan. Ummiza Cafe juga menyediakan ruang yang selesa serta kemudahan asas untuk pelangganya yang datang makan sendiri atau berkumpulan.

Ummiza Cafe berlokasi di Daerah Sepang Selangor di alamat ; No 229 Batu 29 Jalan Kampung Jenderam Hulu Sepang, Selangor.

Kumpulan Blogger Food Review Di Ummiza Cafe pada Sabtu lalu, lebih kepada perjumpaan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari bersama keluarga sambil bersantai-santai dan bekerja.

ummiza cafe

Tujuan ahli kelab adalah untuk mempromosi jenama Ummiza Cafe kepada umum terutamanya pengguna internet media sosial yang ingin mencari lokasi makan MAKANAN MELAYU & ORIENTAL.

Ummiza Cafe
Ummiza Cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe
ummiza cafe

Perkidmatan Katering Ummiza Cafe 

Sajian menu-menu MAKANAN MELAYU & ORIENTAL (ketimuran) mampu  memenuhi selera pelanggan Ummiza Cafe. Ummiza Cafe juga menyediakan perkhidmatan katering. Bagi kapasiti tempahan setakat ini diambil hanya untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/hari lahir dan majlis ulang tahun. 

Untuk tempahan dan pertanyaa boleh hubungi :
Puan Nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Ummiza Cafe dibuka : Setiap hari 7 pagi - 3 petang,  Isnin - Sabtu (Ahad Cuti)

Antara kemudahan asas yang disediakan di Ummiza Cafe :
Surau, Tandas, Wifi percuma, Karaoke dan Kawasan pakir yang luas .

"Sila berkunjung dan selamat menjamu selera. Sedap beritahu kawan-kawan dan jika tidak beritahu tuan punya Ummiza Cafe.."