Apakah anda mempunyai anak yang sedang meniti usia remaja?

Wednesday, October 07, 2015 PCL 7 Comments


Hanis, Nina

Dua beradik, anak dara kami ni dah mula jeles sesama sendiri; subjek kepada berfesyen . Pantang tengok pakaian menarik di Instagram (terutamanya),  mulalah minta nak beli. Bila sorang beli lagi sorang nak juga..

Merengeklah si adik nak beli kalau kakak dah dapat, tapi mamaD tak semudah itu menurutkan kehendak anak-anaknya. Bagusnya kalau ada "akauntan" yang dedikasi macam mamaD. , kalau aku bab beli membeli keperluan anak-anak semuanya okay.

Apakah anda mempunyai anak yang sedang meniti usia remaja?


Ketika ini , ibu bapa akan mula berasa risau tentang pergaulan anak-anak remaja di luar dari pengawasan terutama bagi mereka yang mempunyai anak perempuan. Satu cara yang terbaik adalah sentiasa menerapkan ajaran agama diperingkat awalan lagi dan sentiasa menjadi sahabat yang baik kepada anak-anak remaja.

Bila anak-anak dah besar, anda akan lihat bertapa senangnya kehidupan ibu bapa seperti itu, hendak ke sana-sini tanpa mengendong/ menyorong stroller anak, tapi hakikatnya tidak semudah itu!. Lagi besar usia anak, lagi berat bebanan tanggung jawabnya.

Itu yang aku rasa sekarang ini.



7 comments:

  1. Anak saya masih di sekolah rendah.. tapi nak kena pantau jugak dengan siapa diorang berkawan..

    ReplyDelete
  2. Kalau Bonde Fatin tu selalu jeles dengan Bonde jer...
    Kalau Kanda beli something untuk Fatin Bonde pura-pura merajuk he he he

    ReplyDelete
  3. Cabaran..persaingan kan PCL..kena sentiasa sabar dan menjadi sahabat kepada anak anak..

    ReplyDelete
  4. betul tu bila kita jadi bff mereka,in shaa allah mereka tak perlu bff lain di luar sana. macam anak anak kak ana selalu berkongsi cerita dan masalah dengan kami, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. "Bila anak-anak dah besar, anda akan lihat bertapa senangnya kehidupan ibu bapa seperti itu, hendak ke sana-sini tanpa mengendong/ menyorong stroller anak, tapi hakikatnya tidak semudah itu! ", akan melaluinya suatu hari nanti

    ReplyDelete
  6. takutnya klu anak dh besar. huwaaaaaaaa

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.