Bila kita cepat mesra, orang lain akan senang dengan kita

Monday, October 12, 2015 PCL 13 Comments


Kongsi Rasa Penulis : Mesra , Sedekah dan Rezeki


Best ! .. sebuah salam perkenalan yang tak boleh dilupakan. 
Nak dijadikan cerita masa kitaorang sampai untuk sarapan pagi tu di sebuah restoran yang selalu penuh dengan pelanggan , Aku dan mamaD mahu cari tempat duduk tapi tak ada meja kosong (berasingan). Hanya ada beberapa buah meja yang diduduki oleh pelangan lain.

Sudah melangkah ke dalam restoran, rasa segan pulak nak keluar balik dan berpusing-pusinglah... last sekali minta izin duduk semeja dengan pasangan suami isteri yang lebih kurang sebaya dengan usia aku tapi berader tu tampak berumur lebih sikit kot. Sempat kami berkenalan , sambil kami menunggu makanan yang dipesan tiba. Borak takda la rancak mana..maklumlah akul ni bukan kaki sembang kuat, boleh la kalau nak kata (baik sikit dari orang pendiam), begitu juga mamaD berborak dengan isteri brader tu.

Semakin lama semakin dapat seseuaikan diri kami, sedikit rancak perbualan masing-masing. Orang kata kalau nak mesra kena jadi peramah, aku cuba jadi 'peramah' tapi memang lambat nak mesra lagi-lagi untuk kali pertama jumpa.

duniahidupku


muka macam ni gayanya , ada ke orang nak dekat...ahaha !! (gambar sebagai hiasan kisah)

Tapi pagi tu lain sikit, aku terlajak peramah pulak dengan dia..dan diorang pun peramah jugak, mungkin boleh masuk dengan cara aku. Sebenarnya apa yang aku nak bagitau kat sini.., aku boleh mesra dengan sesiapa saja tapi bukan dari diri aku yang memulakannya. Aku tak banyak modal untuk berborak sama ada di alam nyata atau di alam maya. (kalau ada yang perasan la) .

Bila kita cepat mesra, orang lain akan senang dengan kita (macam tu jugak la dengan aku ni).
Jadi untuk pagi tu dengan tak disangka dia mebelanja makan, bayar kesemuamya dengan ucapan "Salam Perkenalan" katanya jumpa lagi di mana-mana InsyaAllah, jangan tak tegur !

Salam perkenalan yang tak boleh dilupakan sebabnya, antara kami tak pernah kenal sebelum ini, hanya insiden tak dirancang tersebut.

"semoga setiasa murah rezekinya" .. alhamdulillah . Terima kasih.

Selepas insiden itu, baru aku terfikir...

"Kita ini tak boleh tunggu orang lain mulakan dahulu, sebaiknya kitalah memulakan sesuatu yang baik. Buangkan sifat ego dalam diri dan kita ni kena biasakan diri dengan mengeluarkan sedekah miskipun jumlahnya hanya sedikit kerana sedekah itu akan menambah rezeki kita dalam bentuk sesuatu yang tak disangka" wallhu'alam

Ini pelajaran untuk diri aku dan aku kongsikan moga bermanfaat untuk pembaca...

13 comments:

  1. betul tu PCL, kadang-kadang kena kita mulakan dahulu, seronok kan menjalin perkenalan walau untuk seketika cuma :)

    ReplyDelete
  2. Hehe...zati pun cmtu jugak pcl..mula2 jumpa mmg susah nk borak pstu bila dh lama sikit bleh dh nk ajak sembang..hihi..

    ReplyDelete
  3. Betul PCL...kita memang x boleh tunggu orang yang memulakan..x salah kalau kita yang mulakan..tp kena hati2 dan tengok keadaan bukan kena peramah sentiasa...ok?

    ReplyDelete
  4. PCL tak sombong pn..senyum jer hihihi.klu jmpa mesti PCL yg snyum dlu..sbb tu awet muda kan PCL

    ReplyDelete
  5. saya pendiam... lagi pemalu... habis laa kalo jumpa pcl...ahha

    ReplyDelete
  6. setuju....Kalau tak mau bercakap sgt pun...senyuman tu pun dah cukup indah...
    Tapi kalau Fidah dah start sembang...memang sejam 2 jam gak la nak full stop..nasib baik husband cepat2 stopkan...

    ReplyDelete
  7. dah saya nie mmg pendiam & pemalu gitu. guane tu. bukan ego ataupun sombong ekekeke

    ReplyDelete
  8. PCL.. ha ha ha ha seius sgt nak gelak tgk pic tu

    ReplyDelete
  9. Tu gambar macam nak gadoh je?

    hehe

    ReplyDelete
  10. Amboii gambar pcl tu, hahahaa.

    ReplyDelete
  11. Juju suka salam dengan rakan2. tanya kbr sekali dua..round table...sbb dari situ kita letak harga diri kita yangkita hormati mereka....dalam masa yang sama kita pecahkan tradisi malu tak bertempat hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.