Dalam kepala aku fikir dua perkara saja.. Nak tau?

Tuesday, October 13, 2015 PCL 9 Comments


Kongsi Rasa Penulis ; Jaga mata, Jujur  dan Realiti


Aku ni sudah biasa dan menjadi tabiat bila berjalan-jalan asyik suka pandang ke bawah dari mataku melilau melihat sana sini, kecualilah dulu masa kanak-kanak dan first time datang ke ibu kota, Kuala Lumpur.. mata tercangak ibarat 'seekor rusa keluar hutan masuk kampung'.
duniahidupku


sapa pulak skodeng dari bawah ni.. ni yg aku malas nak jalan tunduk ! (gambar sebagai hiasan kisah penulis)

Dalam kepala aku fikir dua perkara saja.., nak tau?
Maksiat ..maksiat ..maksiat  dan satu lagi "mengharap sangat akan terjumpa sesuatu yang berharga".

Aku bukan baik sangat bila bicara pasal akhlak mulia ni, tapi sekurang-kurangya aku dapat mendisiplinkan diri sendiri dan menjadi contoh kepda keluarga sendiri. Jalan tunduk bukan bermaksud tak boleh toleh sana-sini, tapi cuba kawal pandangan daripada sesuatu yang tak sepatutnya dilihat. Dan aku akui memang tak boleh bercakap depan-depan dengan sesiapa sambil bertentangan mata. Aku sedikit pemalu orangnya serius memang tak boleh.

Sudah banyak kali hajat aku nak terjumpa sesuatu yang berharga dimakbulkan olehNya.
Yang masih aku ingat ; Di Zoo Negara beberapa tahun dulu, sekeping not RM100 terjumpa di bawah kerusi tempat rehat (tapi munjur ternampak, duit tu jatuh dari poket seorang pengunjung berbangsa Cina (apek tua), itu bukan rezeki namanya dan aku kembalikan kepada tuannya).

Jumpa duit terpijak di pasar malam , Rm50 (yang ni memang tak tau sapa punya), ..ni kira rezeki aku kah?

Jumpa duit lagi Rm50 baru-baru ni di parkir kereta di sebuah Mall. mahu pulangkan semula tapi kereta yang berkenaan tak ada di situ masa tu...ni kira rezeki aku kah?

Jumpa duit syiling dah banyak kali tapi segan nak kutip, sebab duit syiling kot..ahaha
Jumpa top-up telco yang belum digores dah banya kali, ini kira rezeki aku kah?

Pasal duit atau barang jumpaan itu, ada pendapat ulama' menyatakan perlu diiklankan selama setahun, selepas itu barulah boleh dimiliki sepenuhnya jika tidak berjumpa kepada tuannya.

aku baca kat sini ;

Hebahkan selama setahun .Ulama memberi panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka pada zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan. (rujukan)
tapi, malangnya masa tu tak terbuat untuk hebahan. Duit yang jumpa memang dimasukkan ke dalam tabung-tabung masjid dan kebajikan dan diniatkan pula kepada tuannya atas pahalanya. Kecuali beberapa keping top-up yang aku guna sendiri... (kebetulan telco sama, aku belasah la)

eh...jujurnya aku hari ni.. hurmm. Anda bagai mana?

p/s :  Ramai je aku tengok orang sekarang ni yang berjalan-jalan sambil pandang ke gajet (smart phone) hihi..



9 comments:

  1. eee.. jahatnya guna telco free. ekekekek. tp bgs gak idea masukkan dlm tabung sejid utk duit tu.. hmm.. bab tgk gajet tu, betul sgt. bnyk kali tsadung. kihkikhi

    ReplyDelete
  2. Ye benar tu, makin ramai sekarang bila sampai kerja semua pandang hp, nak balik tunggu lif pandang hp, sapaan ucap salam pergi dan balik seakan hilang, ya Allah rasa malu bila tiap kali itulah julia kena memulakan ucapan salam, dah lama kenal pun seakan budaya ucap salam dan selamat pergi pun ibarat tak rasa apa2 bagi mereka.

    Rasa nak buat entry ttg ini.

    ReplyDelete
  3. Saya ada beberapa kali terjumpa duit tapi nilai tak banyak..ada sekali dua, sedekah pada orang yang tidak berkemampuan dengan niat pahala pada tuan empunya duit..yang terbaru haritu, terguna untuk beli barang sendiri..aiyooo..baca entry PCL ni tetiba termalu..heee

    ReplyDelete
  4. sama mcm Fidah...Selalu jalan mesti pandang bawah...kot2 la jumpa duit RM 100..ternyata benar..pernah jumpa duit RM 50 sebelah kereta je..pernah gak jumpa RM 5.00..da paling win,..jumpa rokok dunhill ..simpan lama gak duit tu...tak tau nak tanya siapa...dekat situ ramai student asing...

    ReplyDelete
  5. ok mulaaai skarang kita jalan tunduk =P

    ReplyDelete
  6. Waaaa Nani pun kadang2 bila naik lrt ke nak tunggu rapid ke mesti mata tengok hp. Huhu

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak tunduk PCL hahahahaha..jalan asyik pandang anak je nak lari sana lari sini fuhhh!..tp yg jalan tengok HP tu pn betul jg kihkih

    ReplyDelete
  8. Saya berjalan tak tengok bawah..tengok depan saja..takut terlanggar orang,tiang dan di langgar..hehehh...pernah la juga jumpa duirt tapi massa kecik2 dulu la..dah tantu habis kat kedai Samad kat kampung saya..hahah..dah besar2 ni tak de pulak terjumpa duit..sebab saya jalan tengok depan kot..:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.