Jaga Perasaan Anak-anak

Thursday, October 15, 2015 PCL 7 Comments


Hubungan perasaan antara ibu dan anak begitu besar sekali, keperluan anak-anak kepada kasih sayang ibu adalah lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan makanan lazat-lazat yang diberi oleh ibu setiap hari.

Hubungan perasaan antara anak-anak dengan ayah pula mengikut genetik. Anak perempuann manja dengan ayahnya dan anak lelaki manja dengan ibunya... lumrah dan kebiasaanya begitu. Namun ada juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada kelangsungan si ayah mendampingi si anaknya.

Kanak-kanak yang menikmati kasih sayang ibu dan ayah semasa kecilnya akan menjadi dewasa yang penuh kasih sayang dan dapat memahami orang paling hampir dengannya. Menurut pakar jiwa, kanak-kanak (lelaki) yang datangnya dari keluarga yang bahagia akan menjadi suami-suami yang bahagia. Didiklah dan sayangilah anak-anak bujang lelaki anda dengan ajaran agama dan kasihlah mereka sepertimana anak-anak lainnya.

Aku cuma ada anak-anak perempuan..
husnina, hanis
husninan, hanis
hanis, husnina, mamaD , pcl


Risau juga bila kanak-kanak yang terlalu dimanjakan dan terlalu melewati batas akan menimbulkan akibat buruk kepada mereka bila dewasa nanti. Apa yang boleh buat, setelah berbuat yang terbaik untuk mereka hanya iringan doa setiap kali selepas bersolat supaya anak-anak kami ini akan menjadi anak-anak yang solehah. insyaallah. aamin.

Ohh anak-anakku ..

7 comments:

  1. Amin...amin...amin...in sha Allah PCL..kasih sayang yang berpada pada..ketegasan yang tetap ada..boleh mendorong anak anak lebih menghormati..biar anak hormat kerana wajib hormat..bukan wajib hormat kerana takut pada ibu bapa..berbezakan..

    ReplyDelete
  2. SA pun ada anak perempuan...so far kami agak rapat cuma SA agak tegas...

    ReplyDelete
  3. Laaa..PCL dah ada anak dara ke?muka nampak awet muda hokayyy.. ;)

    ReplyDelete
  4. dah besar anak2 PCL.. jue kena tunggu 10 thn lagi lah nak tgk depa besar mcm ni..

    ReplyDelete
  5. anak ummul pundua2c perempuan..insyallah doa jln terakhir setelah kita usaha mendidik kn pcl...

    ReplyDelete
  6. In Sha Allah doakan yang baik akan menjadikan mereka anak-anak yang solehah.

    ReplyDelete
  7. saya doakan kebahagiaan encik di dunia dan akhirat..doakan saya dpt jd suami dan ketua rumah tangga yg baik suatu hr nnt ^^

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.