Kalau aku asyik dengan dunia aku.. kemana akhirnya?

Friday, October 23, 2015 PCL 10 Comments


Biasanya malam jumaat masjid buat bacaan Yassin tapi semalam ada mesyuarat agung. Aku ingat-ingat lupa tarikh yang diberitahu sebelum ini. Aku bukan anak kariah tetap masjid ni, tapi kita cuba jugak mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Alhamdulillah di sini jemaahnya baik dan saling menghormati. Pernah lama tak ke masjid sebab tak sihat, kursus dan kekangan kerja. Kita dah biasa dengan ahli jemaah dan ada yang perasan ketiadaan kita terutamanya ajk masjid dan imam.

Semalam dalam mesyuarat ada pencalonan pegawai baru dan juga pemilihan ajk baru. Ini pengalaman aku yang pertama di sini selama bermastautin sejak 6 tahun lalu. Terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat sudah biasa tapi kali ini adalah untuk memilih peneraju masjid. Majunya masjid, aktifnya masjid bergantung kepada penglibatan semua dan perancangan oleh orang-orang yang dipilih.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, Muka-muka lama dikekalkan sebulat suara (satu dua nama ajk yg tidak hadir saja digantikan) . Memandangkan mereka semua masih muda belia dan  prestasi memberangsangkan. Penglibatan terbaik demi untuk kemajuan masyarakat setempat.

Aku berasa bertuah berada dalam linkungan kawasan ini, walau hakikatnya kedudukan rumah aku dalam pagar yang di kawal, walau kami bukan ahli kariah namun penerimaan mereka tetap sama. Cumanya diri sendiri perlu mendekati mereka dan rela didekati.


Hidup bermasyarakat


Itu yang aku sedang fikir sekarang ini, kalau aku asyik dengan dunia aku..  kemana akhirnya ?

Masjid Ar-Rohmaniah

10 comments:

  1. alhamdulillah.... baiknya PCL...

    ReplyDelete
  2. Hm..patutnya kita bermasyarakt namun kadang kenkangan waktu membataskan diri kita kn ..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ... bagus PCL..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..secara tak langsung semakin bertambah ukhuwah PCL..lebih meriah..

    ReplyDelete
  5. Pokchik pun selalu kata, tak semestinya kita ada jawatan kat masjid baru nak rajin datang masjid... hehehehee... :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.....

    Moga diberikan kesihatan yang baik Aamiin.

    ReplyDelete
  7. betul..kita ni kalau asyik dengan dunia kita je memang tak kemana la..orang keliling mudah lupa kat kita..kemnduri kendara orang jemput,datang tak datang orang tak kisah..tak syok macam tu..ada masa tunjuk2 muka kat masjid,lagi bagus..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Syabas PCL

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. simple entry tapi manfaat nya masuk ke dalam jiwa.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.