Kudapan Sihat Kerepek Pisang Nangka

Friday, October 30, 2015 PCL 8 Comments

Pengunyah Tegar Kudapan?


Mengunyah kudapan semakin menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita, kadang kalanya ia menjadi tabiat makan tidak mengira masa. Contohnya kalau di tempat kerja (pejabat khususnya) ada saja balang kudapan seperti kerepek/kekacang di meja kerja / pantry. Kalau di rumah pula semasa menonton televisyen, kebanyakan orang mesti suka mengunyah. ada juga suka mengunyah bila-bila masa dia suka...

Tabiat suka mengunyah tak kira masa ini sudah membuka peluang kepada peniaga kudapan menambah pendapatan mereka, maka tidak hairanlah ramai peniaga kudapan berebut-rebut memenuhi permintaan si pengunyah tegar ini.

Baru-baru ini kenalan saya yang juga bekerja tetap dahulunya, kini telah mengambil keputusan untuk beniaga secara serius untuk memenuhi permintaan 'pengunyah tegar'. Sambutan sangat menggalakan. Persaingan itu sudah pasti dalam dunia perniagaan ini cumanya harus kekal dengan persaingan sihat kalau nak lebih maju dan berkat. Persaingan sihat bukan sahaja dari segi mendapatkan pelanggan tetapi lebih kepada penghasilan kualiti makanan kudapan yang sihat untuk jangka masa panjang kepada pelangganya. Beliau telah memperkenalkan kerepek pisang BEBAS GLUTEN.

Apa itu gluten?
Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam kanji terutama tepung gandum, barli, gandum hitam dan sebagainya. 
Adakah Gluten tidak baik untuk kesihatan?
Gluten tidak semestinya tidak baik tetapi sesetengah orang tiada toleransi atau alah dengan gluten. Badan mereka akan menghasilkan tindak balas imun yang tidak normal apabila badan tidak mampu mencerna gluten itu. Seterusnya, ia akan merosakkan usus dan menghalang nutrien diserap oleh badan.
Tanda dan gejala alahan dari gluten:
sakit perut, cirit birit, muntah-muntah. depresi dan lekas marah. ruam kulit. cram pada otot. rasa letih. sukar untuk bernafas. Hasil campuran gluten sebenarnya menganggu metabolisma badan kerana ia tiada kandungan serat. Serat sangat diperlukan oleh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan dan mencegah penyakit diabetes, jantung dan kanser.
Jadi di sini, saya mahu mewar-warkan penjualan untuk peminat-peminat kudapan "Kerepek Pisang" (kalau berkenan di hati nak buat tempahan boleh terus hubungi nombor yang tertera di bawah gambar dan harga ;

Kerepek Pisang Nangka Bebas Gluten (Gluten Free)

Kerepek  Pisang Nangka
Kerepek  Pisang Bersalut  Chocolate
Kerepek  Pisang Sambal

Harga Kerepek  Pisang  Nangka
RM15  sebalang

Kerepek  Pisang Bersalut  Chocolate
RM15  sebalang

Kerepek  Pisang Sambal
RM10  sebalang

Gluten-Free
100% natural salt ( Himalaya)
Postage = 1 hingga 2 balang RM10  dan RM18 (Sabah dan Sarawak)

Hubungi : Halaman Nurani Enterprise
019-33905583 (Shahrul Nizam)














8 comments:

  1. sedapnya kerepek pisang..nak² time tengok tv,..sure tiba² bersih je

    ReplyDelete
  2. anak anak Sal suka sgt kerepek pisang...tq PCL sharing..

    ReplyDelete
  3. sedap kerepak pisang ni..Dulu masa duduk asrama..selalu beli banyak2 simpan dalam loker..
    Bila time prep..boleh buat kunyah2..tapi tak satu hari boleh habis..sebab memang SEDAP!

    ReplyDelete
  4. kat opis SA ni memang kena ada kudapan sebab kerja sampai malam kan...sure boss akan kuar cari kudapan

    ReplyDelete
  5. pisang sambal tu nmpk macam menarik plak.
    x pernah lagi rasa.
    boleh test nie.
    sebotol ni mcm lekat celah gigi jer kalau tgk tv.

    ReplyDelete
  6. saya suka kerepek pisang yang biasa je..tak suka yang salut2..bagi sebalang pun boleh habis..kena beli balang besar kalau yang macam ni..heheh

    ReplyDelete
  7. Ermm syok ni..daripada makan junkfood baik gantikan dengan kudapan yang macam ni..original..

    ReplyDelete
  8. kerepek pisang ni kalau dah start tak boleh nak stoppp..sampai lenguh rahang kunyah hahahaha..suka!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.