Langkah Menuju Syurga Allah

Thursday, October 29, 2015 PCL 7 Comments


Langkah ini membuatkan aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya ;

1. Wajah yang cantik/segak
2. Duit yang berjuta-juta
3. Sihat dan Kuat
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya dan
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang

Hal itu mudah kita perolehi dengan hanya perlukan 15 minit paling lama dalam sesuatu waktu.
Bagaimana caranya?

Nabi SAW bersabda ;
1. Barangsiapa yang meninggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.
2. Barangsiapa yang meninggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.
3. Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.
4. Barangsiapa yang meninggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang dipetik dari anak-anaknya.
5. Barangsiapa yang meninggalkan solat Isya' nescaya tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Kalau rajin singgah la ke insta @yatthamzah petikan dari sana, sekian untuk perkongsian.

"Solat itu tiang agama, ramai yang buat sambil lewa ..tegurlah kaum kerabat kita sebaiknya . Kalau tak kita siapa lagi?.. ubah diri , ubah keluarga ~ mohon insyaAllah kita hidup dalam redha dan rahmat Allah SWT."



7 comments:

  1. Langkah yang makin ditinggalkan.. :"(

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan....

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah PCL. trima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..Allahu..subhanallah..kita semua sama sama perbaiki diri..
    *header baru ea PCL..

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita perbaiki diri.. inshaAllah

    ReplyDelete
  6. sentiasa berusaha perbaiki diri....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.