Lebuhraya SKVE laluan gelap berbahaya !

Monday, October 19, 2015 PCL 12 Comments


Lebuhraya SKVE laluan gelap berbahaya !


Suatu ketika dulu pernah disiarkan dalam blog ini tentang berlaku insiden beberapa buah kenderaan terlanggar objek keras merintangi jalan raya telah mengakibatkan kerosakan kepada tayar kenderaan terbabit (baca sini). Di dalam artikal tersebut ada dinyatakan supaya pihak berkenaan (SKVE- South Klang Valley Expressway) memberikan perhatian serius tentang perkara ini :
Perhatian kepada pihak SKVE untuk penambahbaikan :
1. Ratakan permukaan jalan yang banyak berbonggol.
2. Peruntukkan Lampu Jalan sepanjang lebuh raya.
SKVE- South Klang Valley Expressway.
Gambar pada 3 Jun 2015

Tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkenaan telah membacanya, namun sehingga artikal ini disiarkan, masih tidak ada perubahan terutaman tentang kemudahan lampu jalan.

Tiada kemudahan lampu jalan secukupnya di sepanjang Lebuhraya SKVE

Keadaan jalan raya di waktu malam sungguh gelap dan membahayakan pengguna, lebih teruk lagi dengan keadaan permukaan jalan yang beralun (tidak rata di beberapa kawasan).

Memandangkan senario sekarang, musim jerebu kritikal melanda negara kita (Selangor khususnya). Keadaan jarak penglihatan pemandu agak terbatas lebih-lebih lagi di waktu malam gelap.

Berhati-hati ketika memandu

Sebagai pengguna lebuhraya SKVE, kita perlu mengambil langkah berhati-hati dalam setiap keadaan.
Berikut saya telah merakamkan pemanduan dari Plaza Tol Saujana Putra menghala ke Plaza Tol Teluk Panglima Garang malam tadi.

https://youtu.be/dOxu-7rb5Wk

Saranan Kepada Pihak SKVE ; mohon agar dapat menyediakan Lampu Jalan secukupnya di sepanjang jalan lebuhraya SKVE dari Plaza Tol Pulau Indah Ke Plaza Tol Ayer Hitam.

Kadar Tol sudah dinaikkan

Kenaikan kadar Tol juga sudah dilaksanakan mengikut saranan Pihak Kerajaan baru-baru ini, kenaikkan di beberapa Plaza Tol SKVE ini diharap dapat menyumbang kepada kebaikan untuk pengguna dan agar pihak berkenaan mendengar saranan dari pihak pengguna pula.

SKVE- South Klang Valley Expressway.
http://www.skve.com.my/
SKVE- South Klang Valley Expressway.
http://www.skve.com.my/

Apa pula kata anda yang pernah melalui Lebuhraya SKVE ini?

12 comments:

  1. Betul PCL..lampu jalan dan struktur jalan itu TERSANGATLAH PENTING..

    ReplyDelete
  2. gelap..dah lah lampu tak de..lalu rnr bsepah lampu die pasang

    ReplyDelete
  3. Patutnya, dengan tol naik, semua highway di Malaysia mmg wajar pasang lampu...kalau risau kos elektrik,pasang lampu solar

    ReplyDelete
  4. Seeloknya, laporkan pada pihak LLM, insyaAllah mungkin akan ada respon

    ReplyDelete
  5. guthrie pn ada tempat2 yg gelap..dh la situ sunyi..klu malam2 pn diya tak berani drive ikut situ..rela ikut jalan jauh skit jnji banyak kete lalu dan terang

    ReplyDelete
  6. suami lalu setiap hari..Ya Allah moga suamiku selamat pergi kerja dan balik ke rumah dengan selamat ;)

    ReplyDelete
  7. Betul bahaya tau kalu lalu waktu malam dengan lampu tak ada.

    ReplyDelete
  8. jalan dkt skve ni mmg teruk, jgn la bawak laju2, bila mlm mmg sgt gelap siap ada 'benda' menumpang lak dkt hilux encik suami ;)

    ReplyDelete
  9. Gelap betul lebuh raya tu..

    ReplyDelete
  10. seiring dengan kenaikan tol,pihak berwajib perlu menaiktaraf , membaikpulih , dan menambah mana2 prasarana yg difikirkan perlu :D

    ReplyDelete
  11. gelapnyaaa! bahaya gila! Tol dah naik. sila lah baiki jalan dan banyakkan lampu!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.