Penyebaran Artikal “November Black Out” PALSU !

Friday, October 09, 2015 PCL 4 Comments


Penafian Bumi Bergelap pada November ini


Berita palsu tersebut memberitahu bahawa:
Pihak NASA telah mengesahkan bahawa Bumi akan bergelap selama 15 hari kerana planet Musytari (Jupiter) dan planet Zuhrah (Venus) akan kelihatan sangat hampir atau hampir selari (close parallelism) hanya terpisah sejauh pada sudut satu darjah (1o) sahaja di langit. Apabila planet Zuhrah menghampiri planet Musytari, planet Zuhrah akan bersinar sepuluh kali lebih cerah daripada planet Musytari dan cahaya dari planet Zuhrah tersebut akan memanaskan gas-gas di planet Musytari dan menyebabkan berlaku tindakbalas. Tindakbalas tersebut menghasilkan banyak gas hidrogen ke angkasa lepas dan akhirnya sampai ke permukaan Matahari lalu menyebabkan letupan besar di permukaan Matahari. Ini menyebabkan suhu permukaan Matahari meningkat ke 9000 darjah pada skala Kelvin (8726.85 darjah Celsius). Matahari kemudian akan mengeluarkan haba dari pusatnya yang akan menyebabkannya menyejuk sedikit menjadikannya berwarna kebiruan dan akan mengambil masa selama 14 hari untuk kembali kepada keadaan biasa atau normal. Charles Bolden Ketua Pentadbiran NASA didakwa telah memberi penjelasan dalam dokumen sepanjang 1,000 mukasurat kepada Rumah Putih mengenai kejadian yang hanya berlaku sekali dalam satu juta tahun ini yang juga dikenali sebagai “November Black Out”. Kejadian tersebut didakwa akan menyebabkan Bumi terus bergelap mulai Ahad, 15 November 2015 jam 3 pagi hingga Isnin 30 November 2015 jam 4.15 petang.

PERKARA SEBENAR:
Semakan daripada website NASA mendapati bahawa peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau “conjunction”. Fenomena ini adalah normal kerana ia telah berlaku pada 30 Jun 2015 dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun 2015, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi. Perbezaan jarak antara kedua-dua planet tersebut tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang didakwa akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika berlakunya fenomena ijtimak ini.
Bagaimana tarikh 15 November 2015 dipilih, tiada sumber rasmi yang menyatakan.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Planetarium Negara, Lot 53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur
www.angkasa.gov.my / http://astronomi.angkasa.gov.my
Tel: 03-2273 4303 Fax: 03-2273 5488

Disalin dari sumber : FB Agensi Angkasa Negara

4 comments:

  1. assalamualaikum...ehh...kejapp...ade ye pasal ni? yaya tak da perasan.... nanti yaya nak research lagi... tq abg pcl info ni ye..

    mohon untuk bagi sokongan kempen yaya ni abg pcl... tq.. :)

    http://www.yayacendana.com/2015/10/dtopsecret-berita-gembira-buat.html

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat...
    smlm baru dengar org dok cerita pasal “November Black Out”..
    belum sempat search lagi...

    ReplyDelete
  3. ha ni baru betul sahih beritanya ye..

    ReplyDelete
  4. Baru tauu..hee. thanks for the info pcl

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.