Resepi Kari Ikan Patin style mamak

Sunday, October 11, 2015 PCL 7 Comments


Resepi Kari ikan patin claypot


Kari Ikan Patin masak simple untuk makan tengahari di hari minggu @ mamaDcafe.

Pagi tadi aku beli ikan patin di pasar kemboja kat sini, memang selalu ada jual ikan air tawar segar lagi murah. Beli ikan patin tak sampai sekilo beratnya, ambil bahagian tengah badan sahaja.., bahagian ni memang sedap dimasak gulai tempoyak atau masak kari.

Resepi Kari masak style mamak aku belajar dari mamaD, kari mamak tak akan guna santan atau susu cair.

Okay, untuk lelaki masak kita bagi mudah cara saja, aku terus kepada bahan yang nak guna :
1) potong 1 biji bawang besar dan blend campur air.
2) Bawang siap blend tadi campur dengan serbuk kari (babas).
3) hiris bawang merah, bawang putih dan sediakan biji halba campur dan daun kari.
4) panaskan minyak dan tumis bahan 3
5) masuk sekali bahan 2 dan masak sampai kari pecah minyak
6) masukkan air supaya tidak terlalu likat, air asam jawa dan masukkan potongan isi ikan.
7) Biar mendidih dan masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.
8) Masukkan bendi dan biar mendidih sampai ikan masak.
9) Masak dalam claypot rasanya lebih enak.
resepi masak ikan patin

resepi masak ikan patin

Suami-suami kena cuba masak sendiri, tolong isteri apa yang boleh, kalau keluarga anda peminat kari mamak.. bagi la rasa air tangan anda sesekali.. itu lebih baik dari air tangan tangan yang tak dikenali.

7 comments:

  1. Nampak sedap..kena cuba nanti nie...

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya... Boleh lah rasa PCL masak nanti hihih mamaD dah boleh buka kedai ni..

    ReplyDelete
  3. dasyat PCL..suami jauh camner ni PCL hahahahaha..nnt dia balik blh request ni ihiks

    ReplyDelete
  4. sedap..SA suka..dah cuba ikan keli masak kari?

    ReplyDelete
  5. Kalau kakak nak bagi abang resepi ini PCL entah apalah jadinya
    Abang masak maggi dan jerang air pandailah..

    ReplyDelete
  6. Wahhhh. Nani biasa patin masak tempoyak :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.