Aku teringin dan tak sabar nak rasa makanan @ Crab Hut Cyberjaya !

Thursday, November 26, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

Gambar hiasan :  Dj Ray & Fren 

Menjamah makanan beramai dengan konsep 'longgok atas meja' sesuatu yang nampak rare, nampak macam emm... tapi itulah realitinya, longgok beralas kertas .Sesuatu yang bagus untuk dicuba namun aku sendiri masih berangan sebab belum sampai ke lokasinya.

Restoran Crab Factory dekat Petaling Jaya...korang mesti dah sampai kan? dah makan sana kan? apa korang rasa.. apa feel makan cara gitu? Hanya yang sudah ke sana saja ada jawapannya.  Aku ni golongan 'ongkos tak jenuh' ..tu pasal tengok dulu, nanti dulu ..ahaha.

Okay layan gambar menarik dan mengiurkan ni... .Aku Teringin dan tak sabar dah nak rasa !

Cari makanan sedap @ Cyberjaya : Restaurant Crab Hut 

Masuk ke page facebook dorang, owwh rupanya ada restoran baru dibuka (opening 1 Nov lepas) ..fuh terbaiklah ! Lokasinya pun dekat lagi senang... kat area Cyberjaya jer. Macam best jer..

p/s : Dua-dua anak dara aku penggemar sea food (Udang dan Ketam terutamanya) .. kalau boleh nak ajak depa makan sana dalam masa terdekat nih.Insya Allah.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Makan Kambing Menu Sedap Di Shah Alam

Monday, November 23, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments

CAFE CERITA KAMBING

Kalau ke Shah Alam cari lah lokasi Anggerik Mall (waze Anggerik Mall), dalam food court sana ada sebuah Cafe Cerita Kambing, ..meh cuba makan di kafe ini, confirm penggemar masakan kambing akan berpuas hati dengan sajian mereka.
Cafe Cerita Kambing - Persekitaran yang bersih dan selesa

Kambing Bakar @ Grilled Lamb Chops memang menepati cita rasa, cuba dulu baru tau dengan harga RM14

Nasi Beriyani Kambing Masala (gambar di bawah) tu memang sedap, kami (sebahagian dari ahli Kelab Blogger Ben Ashaari) dapat merasa masakan apabila memenuhi jemputan review masakan di Cafe Cerita Kambing semalam. Harga RM12

Set menu selain dari kambing juga ada disediakan antaranya ialah Mee Jawa, Laksa Johor dan Nasi Beriyani Ayam Masak Merah. Sebahagia menu-menu yang disediakan pada hari semalam (Ahad). Bukan sekadar cerita kambing saja ~ maksudnya apa saja menu yang anda mahukan berkenaan kambing mereka akan cuba penuhi terutamanya permintaan untuk perkhidmatan katering.

Endau Beriyani Caterers

Menurut Chef Zakaria (juga pemilik perniagaan), Cafe Cerita Kambing ini baru sahaja beroperasi di Shah Alam ini di mana tujuannya adalah untuk memperkenalkan jenama dan juga memudahkan para pelanggannya untuk merasai sebelum membuat sebarang tempahan katering.

Perkhidmatan Katering

Tempahan , boleh hubungi Chef Zakaria atau isterinya , Puan Noraziah
Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308
(019 3531 320 ( whatsapp )

Atau boleh ke Facebook mereka iaitu;
Nor Aziah Dahari atau Endau Beriyani Caterers.

Pesta Makanan 2015

Kepada yang suka makan atau kaki makan , jangan lupa turun ke Shah Alam untuk ke Pesta Makanan Anggerik Mall 2015 minggu depan (seperti di banner iklan) jangan lepaskan peluang.. Banyak sajian menu sedap bakal disediakan semestinya dari Cafe Cerita Kambing !

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MEE UDANG SPECIAL PCL

Friday, November 20, 2015 Nazlee Ismail 6 Comments

Hujan lagi sejak petang tadi, balik kerja dalam kesejukan naik motor pulak tu.. membuatkan perut cepat terasa lapar sebelum waktunya.

Dari semalam lagi teringin nak makan mee udang sendiri bikin punya ; dah belajar dengan mamaD sebelum ni cuma sekali ni nak cuba try test !

Memang menjadi sungguh sejak kebelakangan ni.. kerja masak jadi mudah bila minat sudah ada..

Ini dia mee udang special, menu makan malam kami sekeluarga selepas maghrib tadi.

MEE UDANG SPECIAL PCL

Bahan-bahan
600g mee kuning
600g udang saiz besar
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Minyak masak
6 biji Ubi kentang (rebus dan lenyek/kisar lumat)
3 biji telur (rebus)

(Bahan hiasan)
Fish ball dan fish cake
Sawi, gobes dan daun bawang
Cili merah dan Bawang goreng

Cara-cara menyediakan kuah
1. Tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar
3. Masukkan air (sukatan separuh periuk)
4. Masukkan ubi kentang yang siap dikisar lumat
5. Tambah air jika kuah terlampau pekat
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa
7. Masukkan  sedikit air bancuhan tepung jagung
8. Masukkan udang dan biarkan mendidih.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Char Kuey Teow PCL

Wednesday, November 18, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Kalau anak-anak lapar tolonglah masakkan dan kenyangkan perut mereka, kalau isteri dah penat masak di siang hari atau penat bekerja seharian apa salahnya kita suami pula tolong bantu di dapur, dengan bakat yang sedikit tak salah kita gembirakan hati anak-anak dan isteri.

Aku sudah lama alami pengalaman sebegini, best sebenarnya rasa puas lagi dan menjimatkan. Kita sebagai suami, mana boleh kata penat selalu, tenaga kita lebih daripada isteri, kena tunjukkanlah 'kekeuatan' kita walau di mana saja. Malu lah sikit-sikit kata penat...alasan sangat!

Selalunya anak-anak memang suka makan char kuey teow, ini bukan kali pertama aku cerita bab kuey teow dalam famili kami, sampai lah bab memasak jadi mudah bagi pcl , alhamdulillah.

Resipi malam tadi ;

Char Kuey Teow PCL

Bahan-bahan
800gram Kuey teow  (saya guna kuey teow halus)
600gram Udang saiz besar
3 biji telur ayam
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili kisar
2 cm belacan dilumatkan
3 ulas bawang putih dikisar
Segengam Tauge dan sedikit kucai
Kicap manis dan kicap masin
Garam dan gula
Air

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak , tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (3 sudu besar) ---- tumis sampai cili masak ,
2. Masukkan udang , kicap cair, air (2 cawan) dan garam, gula (secukup rasa) .
3. Masukkan kuey teow, taugeh dan kucai .
4. Pecahkan telur ayam  dan kacau sama rata sehingga masak.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

POPIA GORENG PCL

Monday, November 16, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Semalam dengan bangganya aku cuba buat sendiri, selalu bila nak makan mintak saja..mamaD memang boleh buatkan. Sampai bila nak 'oder' saja..kan?

Sabtu dan Ahad, habiskan masa di rumah ..ini lah hasilnya bila 'Papa Blogger' menghilangkan kebosanan dengan memanfaatkan ilmu dunia dan akhirat. (Bagi isteri rehat sesekali...)

ini dia resipinya ;

POPIA GORENG PCL

Bahan-bahan
Kulit popia saiz sederhana besar

Bahan digoreng dengan minyak sedikit ;
1 batang lobak merah dihiris memanjang
½  biji timun dihiris memanjang
1 genggam tauge
Isi udang segar dicincang
Cili merah dibelah dua dan dipotong dadu
Bawang putih dan bawang merah
Garam, Serbuk perasa

Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga nampak sedikit kekuningan
2.  Masukkan udang dan gaul
3.  Masukkan semu bahan-bahan yang digoreng
4.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya
5.  Goreng  sekejap dan toskan dan biarkan sejuk seketika.
6.  Mulakan proses menggulung  bahan dengan kulit popia
7.  panaskan minyak dan sedia untuk digoreng

Kuah Cili

Kisar kesemua bahan berikut ;
6 tangkai Cili merah dibuang biji
4 ulas Bawang putih
Garam, cuka dan gula secukup rasa.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

DIY vertical garden

Friday, November 13, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

mamaD dah mulakan minatnya masa  dulu-dulu iaitu berkebun bunga dan sayuran di kawasan tepi rumah kami, dulunya memang best sebab rumah milik sendiri nak buat apa pun okay..terpulanglah tapi sekarang kat rumah kerajaan. Ala kadar saja.. Buat DIY vertical garden macam ni pun menarik jugak.. tanam pokok daun pudina, kucai, parsley dan macam-macam lagi.

Hari minggu kadang dah tak tau nak buat apa kalau tak ke mana-mana. kan?

DIY vertical garden

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016/2017 KUALA TERENGGANU

Thursday, November 12, 2015 Nazlee Ismail 16 Comments

PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016/2017 KUALA TERENGGANU  

candat sotong terengganu

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan bot candat sotong yang dihormati.
Jika anda berhajat mencadat, jangan tunggu lama untuk buat tempahan. Pakej yang disediakan seperti berikut :

Pekej Candat Sotong Terengganu 2016 / 2017

Harga : (tidak masuk kos sewa bilik di jeti)

1) Pakej 1 (bot max 8 orang)
Rm 1200.00
2) Pakej 2 (bot max 10 orang)
Rm 1350.00
3) Pakej 3 (bot max 15 orang) 
Rm 1750.00  (qty bot terhad)
4) Pakej 4 (bot max 06 orang) 
Rm 800.00

(update 2017) klik sini 

*(tidak masuk kos sewa bilik)
Tambahan Rm120/bilik 2 katil queen..siap dgn kemudahan toilet..max biasanya 5 org 1 bilik

Tentatif mencandat :
Semua Peserta dikehendaki berkumpul dijeti selepas waktu asar kebiasaannya pada pukul 5 petang. 
Bertolak ke destinasi candat. Apabila sampai ke destinasi peserta bolehlah mula bercandat dan memancing. 
Kebiasaannya peserta pulang sebelum subuh tetapi terpulang kepada peserta candat. 
Peralatan candat TIDAK disediakan 
Sewa Koyan Rm10/satu tetapi perlu dikembalikan apabila selesai candat (Peserta candat digalakkan membawa peralatan candat sendiri jika ada).

Naik di jeti pelabuhan Chendering
Makan dan minum disediakan.
Jaket keselamatan disediakan
Ubat mabuk disediakan.

Pakej 2016 bermula (Bulan April - Julai)

Kemudahan mencandat sotong 

Kemudahan Termasuk :
Jaket Keselamatan
Spot Light
Kemudahan dapur
Kemudahan tandas
Air batu dan Air mineral
Tekong berpengalaman lebih 10 tahun
Bertolak dari Jeti LKIM Chendering Kuala Terengganu.
Bertolak (5pm) dan balik waktu subuh keesokkannya (7am di jeti)
Bot berlesen

Kemudahan Tidak Termasuk :
Bilik untuk menyimpan barang tidak termasuk dalam harga pakej. Caj Rm120/bilik jika mahukan bilik sewa
Pelanggan boleh mendapatkan khidmat kami @ cari sendiri hotel/chalet yang berdekatan .
Alatan candat juga tidak disediakan. Anda boleh bawa kelengkapan set mencandat/pancing sendiri. Jika perlu anda boleh sewa dgn Kadar sewaan untuk koyan candat rm10/set

Syarat Tempahan Bot Mencandat Sotong

Tempahan hendaklah melalui :
Email : nazli.angkasa@gmail.com /
Whatsapp 017-4009726 (en. nazlee)

Pembayaran :
Deposit/pendahuluan RM500.00 (ke akaun Maybank) perlu dijelaskan untuk lock date
Deposit tidak dikembalikan dan pertukaran pakej tidak diterima setelah dimuktamadkan.
Bayaran penuh perlu dibayar sebelum menaiki bot.

**entri ini dikemaskini pada (8/12/2016)

Klik : (Booking unntuk Trip 2017 sudah dibuka dengan harga sama @ Chendering Kuala Terengganu) 

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Serabut orang buat aku pening ..

Thursday, November 05, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Rambut panjang merimaskan, sebulan sekali mesti mau potong rambut kalau tak... hidup kita kelihatan serabut walau hakikatnya di hati rasa bahagia selalu .. itu tanggapan aku bila nampak orang lain "serabut" .

Tak apa.. bagi lelaki yang suka simpan rambut panjang itu hak memasing, aku cuma cakap dan rasa apa yang aku nampak.. kalau aku lah yang semacam itu mesti serabut kepala. Rimas !

Teringin juga nak botak terus, tapi belum masa lagi.. senang tak payah fikir pasal rambut, tak perlu beli syampo dan  sebagainya .

Ada isteri mintak dia guntingkan rambut.. itu yang terbaik. Kalau tak boleh, cari salon rambut lelaki.. takyah penig hilangkan serabut .

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bukan lupakan terus anniversary..

Tuesday, November 03, 2015 Nazlee Ismail 12 Comments

dah terlepas sehari baru teringat ..hemm nampak sangat kita ni tak hirau pasal sambutan hari ulang tahun dan sebagainya. Bukan tak suka tapi tak teringat. Kalau kebetulan ingat memang ada lah sesuatu untuk dia.

Okay untuk yang tak tahu, semalam 2 November adalah hari bersejarah ulang tahun pernikahan kami, sudah 19 tahun berlalu.. bahagia rasa syukur alhamdulillah segalanya berlalu begitu cepat sedar tak sedar anak-anak kami dah pun membesar di depan mata seadanya.

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dengan iringan doa di fb dan group sembang sosial.

"sekerat kek banana SR & segelaih ayaq #gelaihh green tea . "bukan lupa terus...tp ada jgk utk dia walau x seberapa" .. sorry @nordianasaad"

#happyanniversary
#family #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kelas Belajar Membuat Roti

Sunday, November 01, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Kelas Belajar Membuat Roti Puan Wanie

Puan wanie mempunyai pengetahuan serta pengalaman luas dalam bidang bakeri lebih 10 tahun.

Belajar Membuat Roti dan Kek

Kebanyakan daripada anda memang sangat mengemari roti dan kek. Namun tidak tahu untuk membuatnya walaupun anak-anak anda sering meminta daripada anda. Jadi ramai yang mengambil keputusan dengan membelinya. Sampai bila nak membeli sahaja?

Sedangkan anda boleh belajar dan membuatnya berulangkali untuk pelbagai perayaan dan situasi. Malah anda boleh jadikannya sebagai produk jualan anda.

Jom manfaat jadual cuti anda untuk kelas membuat roti . HANYA RM 70 shj bayaran
Anda akan mempelajari teknik membuat :

1) ROTI BOY (Mexican buns) dan
2) ROTI SARANG LEBAH dan SOS BUTTERSCOTCH

Terhad 8 ke 10 org masa pembelajaran.
Tarikh  :  10 hb Nov  2015.
Alamat :  No. 18 Kg. Baru Lanjut  43900 Sepang, Selangor..

Rebut peluang sempena cuti umum (Deepavali) ini, sila booking tempat dan Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Puan Wanie 017 690 6288 instagram @wanie.vanillamanis
 Kelas Puan Wanie

BELAJAR SAMPAI PANDAI..