Char Kuey Teow PCL

Wednesday, November 18, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments


Kalau anak-anak lapar tolonglah masakkan dan kenyangkan perut mereka, kalau isteri dah penat masak di siang hari atau penat bekerja seharian apa salahnya kita suami pula tolong bantu di dapur, dengan bakat yang sedikit tak salah kita gembirakan hati anak-anak dan isteri.

Aku sudah lama alami pengalaman sebegini, best sebenarnya rasa puas lagi dan menjimatkan. Kita sebagai suami, mana boleh kata penat selalu, tenaga kita lebih daripada isteri, kena tunjukkanlah 'kekeuatan' kita walau di mana saja. Malu lah sikit-sikit kata penat...alasan sangat!

Selalunya anak-anak memang suka makan char kuey teow, ini bukan kali pertama aku cerita bab kuey teow dalam famili kami, sampai lah bab memasak jadi mudah bagi pcl , alhamdulillah.

Resipi malam tadi ;

Char Kuey Teow PCL


Bahan-bahan
800gram Kuey teow  (saya guna kuey teow halus)
600gram Udang saiz besar
3 biji telur ayam
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili kisar
2 cm belacan dilumatkan
3 ulas bawang putih dikisar
Segengam Tauge dan sedikit kucai
Kicap manis dan kicap masin
Garam dan gula
Air


Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak , tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (3 sudu besar) ---- tumis sampai cili masak ,
2. Masukkan udang , kicap cair, air (2 cawan) dan garam, gula (secukup rasa) .
3. Masukkan kuey teow, taugeh dan kucai .
4. Pecahkan telur ayam  dan kacau sama rata sehingga masak.

13 comments:

  1. uih...lazat nampak tu PCL..harus menambah..

    ReplyDelete
  2. Char kuew teow. Makanan feveret nih! :D

    ReplyDelete
  3. my fav...huhu..mcm kt umh ni,,lau bab goreng kuew teow byk serah kt suami...

    ReplyDelete
  4. wah..nampak sedap ni pCL..TELAN AILIO DAH NI...

    ReplyDelete
  5. harini banyak blog buat entri mengenai makanan, kali ke berapa dah kecur air liur ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. wah..bile lah nak dapat rase airtangan PCL ni.. :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya..makan hangat2..PC suka berulamkan timun.hihi..

    ReplyDelete
  8. nampak sedap tu..makan pulak dengan cili jeruk..memang best la..

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa.. kalau makan char kuew teow husna akan sapu bersih kuah dya tu.. yg tu yg nak sedap sgt tu.. hehhe..

    ReplyDelete
  10. Senang rupanya goreng char kuey tiaw.. Boleh try resepi Nazlee next time.. Lps ni xde alasan x nak masak dgn resepi semudah ini.. hehehe

    ReplyDelete
  11. uishhh menggoda sungguh hehheh...nak try la,suka gak kueyteow

    ReplyDelete
  12. saya suka !!! nyumssssss


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.