Makan Kambing Menu Sedap Di Shah Alam

Monday, November 23, 2015 Nazlee Ismail 17 Comments


CAFE CERITA KAMBING


Kalau ke Shah Alam cari lah lokasi Anggerik Mall (waze Anggerik Mall), dalam food court sana ada sebuah Cafe Cerita Kambing, ..meh cuba makan di kafe ini, confirm penggemar masakan kambing akan berpuas hati dengan sajian mereka.
Cafe Cerita Kambing - Persekitaran yang bersih dan selesa


Kambing Bakar @ Grilled Lamb Chops memang menepati cita rasa, cuba dulu baru tau dengan harga RM14

Nasi Beriyani Kambing Masala (gambar di bawah) tu memang sedap, kami (sebahagian dari ahli Kelab Blogger Ben Ashaari) dapat merasa masakan apabila memenuhi jemputan review masakan di Cafe Cerita Kambing semalam. Harga RM12


Set menu selain dari kambing juga ada disediakan antaranya ialah Mee Jawa, Laksa Johor dan Nasi Beriyani Ayam Masak Merah. Sebahagia menu-menu yang disediakan pada hari semalam (Ahad). Bukan sekadar cerita kambing saja ~ maksudnya apa saja menu yang anda mahukan berkenaan kambing mereka akan cuba penuhi terutamanya permintaan untuk perkhidmatan katering.



Endau Beriyani Caterers



Menurut Chef Zakaria (juga pemilik perniagaan), Cafe Cerita Kambing ini baru sahaja beroperasi di Shah Alam ini di mana tujuannya adalah untuk memperkenalkan jenama dan juga memudahkan para pelanggannya untuk merasai sebelum membuat sebarang tempahan katering.

Perkhidmatan Katering

Tempahan , boleh hubungi Chef Zakaria atau isterinya , Puan Noraziah
Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308
(019 3531 320 ( whatsapp )

Atau boleh ke Facebook mereka iaitu;
Nor Aziah Dahari atau Endau Beriyani Caterers.

Pesta Makanan 2015


Kepada yang suka makan atau kaki makan , jangan lupa turun ke Shah Alam untuk ke Pesta Makanan Anggerik Mall 2015 minggu depan (seperti di banner iklan) jangan lepaskan peluang.. Banyak sajian menu sedap bakal disediakan semestinya dari Cafe Cerita Kambing !


17 comments:

  1. jarang sgt jumpa kedai yang special menu kambing. dah la murah. ish.. berbaloi2 nih..

    ReplyDelete
  2. Bestkan makan kt situ... Sedap sangat.

    ReplyDelete
  3. Terliur. Hahhaha. Sedapnyaa :D

    ReplyDelete
  4. Nak kena cuba ni..macam sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. kannn tak rugi try berbaloiii

    ReplyDelete
  6. wah pepagi ni tgk terliur dah..sedap..

    ReplyDelete
  7. Mee jawa dia boleh tahan sedap!

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba nanti. Minggu lepas pergi makan kat Anggerik Mall tapi gerai lain... :)

    ReplyDelete
  9. aishh semua duk promote kambing ni. jeles kite

    ReplyDelete
  10. mee jawa..wow...sedapnya..

    ReplyDelete
  11. amboi pcl. Asyik ngan menu sedap2 ja... terlior aih.

    ReplyDelete
  12. Nama cafe nya pun dah Cerita Kambing. Mesti awesome dan sedap rasanya.

    ReplyDelete
  13. sesekali pekena briani kambing memang melekat arr...!! hehehehee.. :)

    ReplyDelete
  14. baca entry ni tengah2 malam..memang buat perut lapar je la..hahah

    ReplyDelete
  15. Peminat kambing mesti datang punya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.