MEE UDANG SPECIAL PCL

Friday, November 20, 2015 PCL 6 Comments


Hujan lagi sejak petang tadi, balik kerja dalam kesejukan naik motor pulak tu.. membuatkan perut cepat terasa lapar sebelum waktunya.

Dari semalam lagi teringin nak makan mee udang sendiri bikin punya ; dah belajar dengan mamaD sebelum ni cuma sekali ni nak cuba try test !

Memang menjadi sungguh sejak kebelakangan ni.. kerja masak jadi mudah bila minat sudah ada..

Ini dia mee udang special, menu makan malam kami sekeluarga selepas maghrib tadi.

MEE UDANG SPECIAL PCL




Bahan-bahan
600g mee kuning
600g udang saiz besar
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Minyak masak
6 biji Ubi kentang (rebus dan lenyek/kisar lumat)
3 biji telur (rebus)

(Bahan hiasan)
Fish ball dan fish cake
Sawi, gobes dan daun bawang
Cili merah dan Bawang goreng

Cara-cara menyediakan kuah
1. Tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar
3. Masukkan air (sukatan separuh periuk)
4. Masukkan ubi kentang yang siap dikisar lumat
5. Tambah air jika kuah terlampau pekat
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa
7. Masukkan  sedikit air bancuhan tepung jagung
8. Masukkan udang dan biarkan mendidih.

6 comments:

  1. yum yum sedapnyer.... pcl yg masak ye...

    ReplyDelete
  2. PCL ni...saja bikin panas la...dh la SA kat Penang x sempat nak explore apa pun....

    ReplyDelete
  3. sedapnya. PCL buka restoren pleaseee...

    ReplyDelete
  4. Perghhhhhh
    Di kala kesejukan dan lapar di office.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.